download Jom Explore app
Escape Penang Taman Tema Satu Dunia Kenal Di Penang!

Escape Penang Taman Tema Satu Dunia Kenal Di Penang!

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 12 May 2023
Digital Editor

Walaupun dikenali sebagai syurga makanan, Pulau Pinang pun ada taman tema yang menyediakan pelbagai permainan yang menyeronokkan untuk menguji tahap fizikal korang terletak di Teluk Bahang sehinggakan dapat perhatian mata dunia lagi tau!

Mesti korang tak percaya negeri yang terkenal dengan pelbagai makanan sedap seperti Nasi Kandar, Rojak Pasembor dan Kuey Teow mempunyai sebuah taman tema yang pemegang Gelaran Dunia Guinness tau. Wow!

Taman Tema Ini Terkenal Satu Dunia TauPhoto from Emir23 Emir

Haa.. mesti korang semua tertanya apa nama tempat ni kan? Kalau korang nak tahu terletak di Teluk Bahang, Penang. Sebuah taman tema dikenali sebagai Escape Penang menawarkan aktiviti serta tarikan lasak yang sesuai untuk korang yang inginkan sebuah pengembaraan serta adrenaline rush!

Kalau nak tau apa yang menariknya kat taman ni, pastikan korang baca sampai habis apa yang Min ceritakan di bawah ini!

Water Slide Sepanjang 1.1KM Diiktiraf Sebagai Paling Panjang Dalam Dunia!

Korang Tengok Sendiri Water Slide Ni Panjang Betul!Photo from IG: _khairulazham_

Escape Penang ini terletak di kawasan yang dipenuhi dengan landskap semula jadih menjadikannya lokasi yang sesuai untuk aktiviti luar. Taman ini pula terbahagi kepada dua bahagian tau iaitu bahagian basah dan kering.

Korang tiada masalah untuk tukar ke mana-mana bahagian kerana kedua-dua bahagian cuma dipisahkan dengan jalan besar untuk membezakan tempat je tau.

Selain itu, tarikan utama di taman ini adalah Water Slide paling panjang dalam dunia tau! Kalau korang nak tahu tarikan ini mengambil masa 3 minit dari mula sampai habis! Haa.. memang seronok sangat Min pun exicted tau.

Tarikan ini akan membawa korang menurun bukit setinggi 230 kaki melalui kawasan hutan dan pokok kanopi sepanjang kawasan untuk korang melihat seluruh taman ini. Korang jangan risau tau, terdapat staff-staff yang bersedia membantu jika korang tersekat ataupun menghadapi masalah di water slide ini.

Antara Tarikan Yang Ada Di Kawasan BasahPhoto from Andrew Chen

Bukan itu saja tau, antara tarikan di kawasan basah ini adalah seperti AK Splash, Banana Flip, Dead Sea Pool, Escape Club, Lazy River dan Mega Drop! Memang banyak sangat tarikan dekat taman ini sampaikan korang tak cukup masa ataupun tenaga untuk menghabiskan setiap tarikan di sini tau.

Secara keseluruhannya, Min rekomen sangat untuk korang menghabiskan masa di bahagian basah ini kerana setiap tarikan yang ada pasti menguji tahap fizikal korang sekaligus memberikan korang pengalaman yang mengembirakan bersama rakan-rakan ataupun keluarga.

Bukan Satu Tapi Pelbagai Tarikan Yang Ada Photo from Escape Penang

Buktikan Yang Korang Pakar Memanjat Ataupun Berlumba Di Trek Yang Disediakan Di Kawasan Extreme!

Flying Fox Pun Ada!Photo from IG: jiawaiii

Selepas menikmati kepelbagaian tarikan di kawasan basah. Min rekomen korang untuk turut mencuba kawasan extreme (kering) yang turut mempunyai tarikan tersendiri tau!

Kalau korang penggemar sukan extreme memang sesuai dekat sini tau kerana terdapat pelbagai tarikan yang bakal menguji tahap fizikal korang serta ketakutan korang.

Antara tarikan utama di sini adalah Monkey Business iaitu trek laluan bertali yang mencabar kemahiran serta keseimbangan korang melalui aktiviti memanjat tau! Terdapat tiga bahagian mengikut kepakaran korang supaya korang tak jatuh tersungkur nanti!

Memang Taman Ini Akan Menguji Tahap Fizikal KorangPhoto from FB: Escape Penang

Selain itu, berlumba menuruni kawasan bukit bersama kawan korang untuk lihat siapa paling laju di kawasan Zoom Bug! Korang akan menaiki sebuah kereta kecil yang korang boleh pandu menuruni kawasan berbukit sambil mengendali selekoh laju yang bakal menguji kepakaran serta skill memandu korang tu.

Haa.. seronokkan? ini baru sikit je tau! Banyak lagi aktiviti yang ada dekat taman tema ini.

Korang Suka Berkhemah Duduk Bawah Unggun Api Bersama Rakan-Rakan? Jangan Risau Dekat Sini Pun Ada Kawasan Untuk Korang Berkhemah tau!

Antara Tapak Disediakan Untuk Korang BerkhemahPhoto from FB: Escape Penang

Haa.. siapa je tak suka menikmati suasana berada dalam taman yang dipenuhi dengan pelbagai landskap flora dan fauna kan? Dekat taman ini pun turut diadakan kawasan khas untuk berkhemah yang korang boleh sewa.

Kawasan ini dijaga dengan baik serta dibersihkan supaya pengalaman korang kekal bersih dan seronok tanpa menghadapi sebarang masalah tau! Korang hanya perlu cari kawasan bernama Escape Base Camp.

Satu tapak mempunyai dua khemah yang boleh muatkan sebanyak 5 orang tau dan segala keperluan seperti BBQ pun ada untuk korang guna. Selain itu, tandas pun turut disediakan yang mementingkan privasi pada setiap tapak supaya korang kekal dalam situasi yang selesa tau!

Kawasan Berkhemah Ada Tempat BBQ dan Tandas TauPhoto from FB: Escape Penang

Haa.. memang tempat ini menyeronokkan dan sangat sesuai kalau korang inginkan sebuah tempat untuk melepaskan stress melalui aktiviti yang menyeronokkan sampai korang penat! Min rekomen sangat untuk korang pergi ke sini kalau itu yang korang inginkan tapi jangan lupa untuk sentiasa memakai pakaian yang bersesuaian apabila korang sampai di taman tema ini!

📍 828, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
⏰ 10 am - 6 pm (Isnin Tutup)

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok