Ini 6 Lapangan Terbang Paling Cantik Di Dunia Tahun 2024
Pengalaman lapangan terbang boleh menceriakan atau memusnahkan percutian yang sudah lama anda idamkan. Jika tidak mencapai tahap sekalipun, sekurangnya biarlah ia tidak terlalu buruk kan? Namun terdapat beberapa yang melangkaui jangkaan dengan rekaan menakjubkan.
Menurut laporan Prix Versailles, platform anugerah seni bina antarabangsa berprestij. Mereka telah menyenaraikan enam lapanangan terbang tercantik di dunia untuk tahun 2024.
Photo from Vietjet
Menariknya, 6 lapangan yang tersenarai, 2 daripadanya terletak di Asia Tenggara tau. Khususnya negara Thailand dan Singapura.
Kedua-dua negara ini telah berjaya menghasilkan sebuah lapangan yang bukan sahaja mempunyai reka bentuk hebat. Malah cekap, efektif dan memudahkan pelancong berinteraksi dengannya.
Selain itu ada banyak sebab lagi. Oleh itu, baca sehingga habis untuk ketahui kenapa.
Photo from KPF
Changi Airport Terminal 2, Singapura
Photo from The Straits Times
Selepas menjalani proses penambahbaikan selama tiga setengah tahun. Terminal 2 Changi dibuka semula pada November 2023 dengan rupa baru yang menakjubkan.
Antara tarikan utama seperti The Wonderfall, paparan digital setinggi 14 meter menampilkan air terjun di dewan pelepasan. Selain itu, terminal ini membawa suasana alam semula jadi ke dalam bangunan.
Photo from Kun Cheng
Permaidini lapangan ini direka untuk memberi pemandangan darat dan laut dari pandangan udara. Manakala tiang-tiang dihiasi tumbuhan hijau. Di bahagian selatan terminal pula memberikan runag istirehat di bawah siling LED yang berubah mengikut keadaan cuaca semasa.
Bukan itu saja, terdapat beberapa kemudahan seperti daftar masuk automatik, lorong imigresen pantas dan penghantaran bagasi lebih mudah. Bosan? Jangan risau terdapat taman permainan bertema beruang, 2 Bears Hideout.
Atau membeli-belah di kedai bebas cukau Lotte Duty Free yang mempunyai dua tingkat.
Photo from The Straits Times
Suvarnabhumi Satellite Terimnal 1 (SAT-1), Bangkok
Photo from Travel Trends Today
Reka bentuk SAT-1 mencerminkan budaya tradisional Thailand. Di tingkat ketiga lapangan ini dihiasi dengan patung makhluk mitos lagenda Himmapan, termasuk arca gajah Himmapan megah berdiri di dewan pelepasan.
Tambahan pula, terdapat replika Kinnanorn, Hemaraj dan Hongsa untuk melengkapkan keseluruan tema. Seterusnya, di dewan ketibaan yang menyerupai taman, anda boleh temui topen Khon, layang-layang tradisional Thailand, teater boneka dan motif seni budaya Thai yang lain.
Photo from Wikivoyage
Segala rekaan ini dapat menyuntik seni dan warisan sebelum kita memulakan percutian di negara tersebut.
Photo from Twitter
Ini 6 Lapangan Terbang Tercantik Di Dunia 2024, Menurut Prix Versailles
Photo from Arabian Business
- Lapangan Terbang Antarabangsa Zayed, Abu Dhabi
- Lapangan Terbang Antarabangsa Felipe Angeles, Zumpango
- Terminal 2, Lapangan Terbang Changi, Singapura
- Suvarnabhumi Satellite Terminal 1, Bangkok
- Terminal E, Lapangan Terbang Antarabangsa Logan, Boston
- Lapangan Terbang Antarabangsa Kansas City, Kansas City
Photo from Simple Flying
Dua lapangan terbang yang tersenarai dari Asia Tenggaran jelas menunjukkan kepakaran kawasan ini dalam seni bina. Mereka dapat tingkatkan pengalaman pelancong dengan gabungan rekaan moden dan elemen budaya tempatan.
Justeru itu, apa yang kita boleh pelajari daripada lapangan terbang Singapura dan Bangkok untuk mengubah Kuala Lumpur International Airport (KLIA) untuk tersenarai oleh Prix Versailles.
Photo from Bangkok Post
Mungkin korang suka: