10 Idea Jamuan Makanan Sekolah Anak, Mudah & Sedap!
Tinggal beberapa bulan sebelum tamatnya sesi persekolahan untuk tahun 2024. Waktu ini ibu bapa mesti tengah sibuk memikirkan menu apa sesuai untuk dibawa sempena jamuan sekolah akhir tahun kan?
Mestilah kita nak sediakan menu makanan yang mudah untuk disediakan, mudah dibawa, sedap dengan bajet tidak terlalu mahal. Tambahan pula, kena dengan citarasa semua orang.
Photo from SirapLimau
Maklumlah, kanak-kanak memang cerewet bab makanan!
Kalau begitu ini 10 menu makanan yang anda boleh sediakan untuk jamun sekolah anak anda nanti.
Photo from SINAR
10 Menu Mudah Untuk Jamuan Sekolah Anak, 1. Mini Burger
Photo from RunningMen Catalog
Pilihan makanan yang ringkas dan digemari ramai. Guna roti burger bersaiz mini dan isikan dengan daging lembu atau ayam yang sudah dimasak dan tambah hirisan keju dan sayur.
Bungkus setiap satu dengan pembalut kertas dan anda sudah dapat menu yang pasti kanak-kanak suka!
Photo from Nibble and Dine
2. Mini Corndog
Photo from The Country Cook
Kanak-kanak pasti gemar makanan yang senang dibawa serta mudah dimakan. Contohnya macam mini corndog, nak buat pun senang sahaja.
Cucuk sosej dengan lidi, celupkan dalam adunan tepung jagung dan goreng sehingga rangup keemasan. Hidangakan bersama sos cili atau tomato untuk menambah rasa menyelerakan.
3. Spaghetti Cawan
Photo from Mingguan Wanita
Spaghetti susah untuk kasi kanak-kanak makan terutama dalam suasana jamuan kelas. Oleh itu apa kata hidangkan dalam cawan plastik, lebih mudah dimakan.
Tidak kisah sama ada sos bolognese atau carbonara, sediakan cawan kecil banyak-banyak dan letakkan sahaja. Taburkan sedikit keju parmesan untuk tambah rasa.
4. Sandwich Box
Photo from Kotak Kueh
Sediakan satu kotak dan isi aneka sandwich menyelerakan pasti disukai oleh kanak-kanak. Gunakan roti segi empat, tambahakn isi tuna, telur, ayam atau daging dan potong menjadi bentuk segitiga.
Susun dalam kotak untuk kelihatan menarik dan premium.
5. Menu Jamuan Klasik, Meatball Blackpepper
Photo from IG | boba_district
Masak bebola daging dalam sos lada hitam dan hidangkan sebagai snek ringan pasti menggembirakan kanak-kanak. Anda juga boleh sediakan cucuk bebola tersebut dengan lidi kecil untuk memudah mereka makan.
Namun perlu diingatkan, jangan masak terlalu pedas!
6. Roti Poket
Photo from Lemon8
Berbentuk seperti kebab, roti poket boleh disediakan dengan pelbagai jenis inti menarik. Contohnya seperti ayam cincang, telur hancur atau salad. Senang untuk dipegang dan tidak mudah tumpah.
Menjadikannya pilihan ideal untuk jamuan sekolah.
7. Mac & Cheese
Photo from Kitchen Stories
Hidangan klasik yang digemari oleh ramai kanak-kanak. Pasta panas dimasak dengan keju bukan sahaja mengenyangkan malah menyelerakan tau!
Nak masak pun mudah sahaja kerana anda boleh dapat versi 'instant' di pasar raya berdekatan.
8. Roti Jala
Photo from Moon Cooking
Roti lembut cicah dengan kuah kari sangat menyelerakan dan pasti mendapat perhatian ramai. Pastikan anda turut menyediakan pinggan, mangkuk dan tisu untuk elak tertumpah dan sebagainya.
Selain itu, roti jala boleh disediakan dalam saiz mini untuk memudahkan kanak-kanak makan.
Photo from Sweety KL
9. Apam Polkadot
Photo from Rona.my
Kuih apam yang comel dan berwarna-warni akan menarik perhatian kanak-kanak. Isikan dengan jem atau coklat untuk berikan kejutan kepada mereka untuk gigitan kali pertama.
Susun dalam bekas plastik untuk mudah dibawa.
10. Menu Jamuan Kegemaran Kanak-Kanak, Ayam Popcorn
Photo from The Cozy Cook
Min rasa ramai ibu bapa akan gemar menghasilkan ayam popcorn ini kerana satu faktor, sangat mudah. Potong isi ayam sehingga kepingan dadu kecil dan salut dengan tepung yang siap diperap.
Kemudian goreng sehingga keemasan dan toskan minyak berlebihan. Haa.. mudah, pantas dan tak rumit pun!
Hidangkan bersama sos cili untuk tambah rasa lebih menyelerakan.
Photo from Tasty
Photo from detikfood
Dengan 10 idea menu jamuan sekolah ini, anda bukan sahaja dapat menyediakan makanan sedap tetapi pasti digemari oleh kanak-kanak. Pilihan makanan yang min rekomen ini mudah dimakan, bersih dan sesuai untuk citarasa semua.
Semoga info ini bermanfaat untuk ibu-bapa yang tengah runsing pada waktu akhir tahun ini.
Mungkin korang suka: