Donat 80 Sen Noor Jahan Bakery, Resipi Turun-temurun Lebih 100 Tahun
Perniagaan keluarga yang terletak di Jalan Raja Ekram, Ipoh, masih kekal relevan hingga hari ini dengan pelanggan yang datang dari jauh seperti Kuala Lumpur semata-mata untuk merasai kelezatan donat ini. Bukan sahaja pelanggan yang membesar dengan kedai roti ini, tetapi juga generasi seterusnya yang kini meneruskan usaha keluarga mereka.
Photo from Facebook Noor Jahan Bakery
Harga donat sebelum ini adalah RM1 tetapi kini dijual pada harga 80 sen setiap satu supaya lebih ramai orang dapat membeli. Proses untuk menyiapkan donat tersebut memakan masa hampir dua jam sebelum ia siap untuk dijual.
Photo from Facebook Noor Jahan Bakery
Photo from Facebook Noor Jahan Bakery
Perniagaan Berusia Lebih 100 Tahun
Perniagaan ini bermula pada tahun 1902 oleh datuk Habib Rahiman sebelum diteruskan oleh bapanya. Berbekalkan resipi dari India, bapanya bersama dua adik-beradiknya membantu menjualkan roti yang dibuat datuknya di sekitar bandar ini dengan menaiki basikal. Kini, anak pemilik membantunya dalam perniagaan ini.
Photo from Facebook Noor Jahan Bakery
Teknik tradisional menjadikan donat Noor Jahan Bakery istimewa
Ia termasuk dengan proses menguli tepung, menggoreng, menyalut gula, dan sebagainya. Habib Rahiman juga menyatakan bahawa selain pelanggan tetap, ‘kuasa tular’ di media sosial turut membantu perniagaan Noor Jahan Bakery kekal sehingga kini.
Photo from Facebook Noor Jahan Bakery
Photo from Facebook Noor Jahan Bakery
Setiap hari, Noor Jahan Bakery menyajikan lebih daripada 10 jenis roti, kek dan pastri. Mereka tidak menyimpan donat untuk dijual pada esok dan resipi semua makanan yang dijual kekal sama sejak dahulu. Pelanggan sukakan donat yang dihasilkan oleh Noor Jahan Bakery kerana ianya memiliki tekstur yang lembut berbanding di tempat lain. Ini adalah antara kelebihan mereka.