download Jom Explore app
5 Jenis Keropok Lekor Terengganu, Mana Satu Anda Suka?

5 Jenis Keropok Lekor Terengganu, Mana Satu Anda Suka?

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 21 Nov 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Bila sebut keropok lekor, anda pasti membayangi negeri Terengganu kan? Sebuah negeri yang terkenal dengan makanan berasaskan ikan dan budaya pantai timur telah menghasilkan antara makanan ringan diminati ramai.

Menurut Discovery Terengganu, makanan ini telah dihasilkan lebih satu abad yang lalu. Ia dipercayai dicipta oleh para nelayan yang memanfaatkan lebihan ikan yang tidak terjual.

Dipercayai para nelayan menghasilkan keropok lekor kerana tidak ingin buang lebihan ikanPhoto from Flickr

Nama 'lekor' pula berasal dari dialek Terengganu yang bermaksud 'memanjang'. Haa.. sebab itulah keropok ini bentuknya panjang dan tidur.

Seiring dengan perkembangan zaman, makanan ini menjadi kegemaran ramai tanpa mengira usia. Tetapi tahukah anda terdapat 5 jenis keropok lekor sebenarnya tau!

Rangup, menyelerakan dan sedap dimakan panas-panas pada waktu petangPhoto from Wikimedia Commons

Bahan-Bahan Asas Untuk Hasilkan Makanan Kegemaran Pantai Timur

Bahan asas untuk hasilkan keropok bermula dengan ikanPhoto from Harian Metro

Sebelum min bercerita tentang jenis kita perlu faham terlebih dahulu bahan asas untuk menghasilkannya. Keistimewaan keropok lekor terletak pada bahan utamanya iaitu ikan segar.

Contoh ikan yang digunakan seperti ikan tamban, selayan atau kembung. Kemudian dicampurkan dengan tepung sagu, garam dan air untuk menghasilkan adunan yang sempurna.

Kerana menggunakan ikan memberikan rasa lebih unikPhoto from Taste Atlas

Berikut ialah bahan asas untuk hasilkan snek kegemaran orang Pantai Timur:

  • Ikan

Isi ikan diuli dan dibentukkan jadi bentuk panjangPhoto from Keropok Lekor

Bahan utama dalam perbuatan keropok memerlukan ikan segar untuk berikan rasa manis dan berlemak. Ada peniaga gemar pakai ikan parang, selayang atau tamban kerana 'rasa ikan' lebih sedap.

  • Tepung Sagu

Tepung sagu digunakan untuk mengikat adunan ikanPhoto from Kompass

Fungsinya sebagai bahan pengikat untuk beri tekstur kenyal seperti kita lihat.

  • Garam

Sebagai bahan perasa, wajib digunakan.

  • Air

Untuk memastikan adunan tersebut sebati, kena guna air.

Bila adunan sebati barulah boleh goreng atau rebusPhoto from Discover Terengganu

5 Jenis Keropok Lekor Yang Ada Untuk Dinikmati

Tak ramai tahu terdapat 5 jenis keropok lekor boleh dicubaPhoto from Mingguan Wanita

Haa.. memadangkan anda dah belajar cara dan sejarah keropok lekor. Berikut ialah 5 jenis yang boleh ditemui di Terengganu:

  • Keropok Lekor Rebus

Orang pantai timur gemar makan versi rebusPhoto from Lemon8

Ini ialah pilihan paling tradisional dan menjadi kegemaran orang pantai timur. Adunan yang siap diuli akan direbus sehingga masak untuk hasilkan tekstur lembut dan kenyal. Cicah pula dengan sos pedas manis, memang sedap

  • Keropok Lekor Goreng

Versi rangup yang biasa kita rasa memang sedapPhoto from The Ambitious Salted

Kalau orang pantai timur gemar makan jenis rebus. Orang negeri lain gemar versi goreng rangup! Rasanya sama sahaja tetapi kerangupan itu memberikan elemen berbeza sedap dicicah dengan sos.

  • Keropok Lekor Cheese

Varian moden menampilkan cheese untuk beri rasa berlemakPhoto from Cyberjaya Info

Jenis moden yang semakin popular sejak beberapa tahun lalu. Keju akan dimasukkan ke dalam adunan ikan untuk memberikan rasa lemak, berkrim menjadikannya lebih menarik.

  • Keropok Leko Sira

Versi sira pula lebih manis dan berempah berbanding versi biasaPhoto from Hakimi Keropok Lekor

Memberikan rasa manis dan berempah telah membuahkan ramai peminat di negara ini. Sesiapa yang ingin mencuba sesuatu berbeza, boleh cuba jenis ini pula.

  • Keropok Kering

Keropok Kering pula nipis dan rangupPhoto from Gvado

Kalau anda ada kenalan pantai timur percaya kata min mereka gemar makan keropok kering sejak kecil. Ia nipis berbanding keropok lekor dan sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa.

Keropok Lekor, Identiti Warisan Negeri Terengganu

Menjadi identiti negeri Terengganu, keunikan makanan pantai timurPhoto from eDesa

Bukanlah sekdar makanan ringan pada waktu petang. Ia menjadi simbol warisan dan identiti Terengganu sehingga membuahkan pelbagai jenis untuk memenuhi citarasa setiap orang.

Jika anda tidak pernah mencubanya, ini beberapa kedai yang boleh disinggah untuk menikmati rasa sebenar:

Nak rasa asli? kena cuba di TerengganuPhoto from Astro Awani

  1. Sibiling's Keropok Losong
  2. Keropok Warisan Losong
  3. Dynar Lekor

Selamat menjamu selera!

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok