Senarai Shopping Mall Berdekatan Dengan MRT, LRT & BRT!
Umum mengetahui majoriti warga tempatan gemar mengunjungi ke 'shopping mall' untuk meluangkan masa lapang. Ini kerana banyak perkara boleh dilakukan dalam satu bangunan.
Cuma masalah yang sering kita hadapi ialah kesesakan lalu lintas setiap kali nak ke pusat membeli-belah kegemaran kita. Terutama di kawasan tumpuan utama pelancong seperti Bukit Bintang dan banyak lagi.
Photo from KL Pavilion
Nasib baik sejak beberapa tahun yang lalu pengangkutan awam di Lembah Klang telah dinaik taraf. Ini membuatkan kita boleh megunjungi tanpa perlu memandu dan dapat elak jem pulak tu.
Oleh itu berikut ialah shopping mall yang anda boleh kunjungi dengan pengangkutan awam yang dibahagikan mengikut jenis!
Photo from TheSmartLocal
Senarai Shopping Mall Bermula Dengan KL - Monorail Line
Photo from Railway Tech
Dibuka pada 31 Ogos 2003 menjangkau lebih 8.6 kilometer (km) dengan 11 stesen. KL Monorail Line menjadi salah satu laluan transit utama di Kuala Lumpur.
Laluan monorel dibina untuk menghubungkan beberapa kawasan tumpuan utama dan penting di bandar ini. Shopping mall yang anda boleh pergi di sini ialah seperti berikut:
- Nu Sentral (KL Sentral)
- Berjaya Times Square (Imbi)
- Quill City Mall (Medan Tuanku)
- LaLaport Bukit Bintang City Centre (Hang Tuah)
- Sungei Wang Plaza, Pavilion KL, Starhill Gallery, Lot 10, Farenheit 88 (Bukit Bintang)
Photo from klia2
LRT Kelana Jaya Line
Photo from X | Malaysia Land Public Transportation Fans
Antara laluan transit paling sibuk terutama pada hari bekerja di Lembah Klang. Laluan Kelana Jaya mempunyai 37 stesen dengan panjang 46.6 kilometer. Sistem aliran ringan automatik sepenuhnya diperkenalkan pada tahun 1998.
Meliputi pelbagai kawasan bandar utama (Subang Jaya, Petaling Jaya) dan luar bandar berjaya mengurangkan kesesakan jalan raya. Berikut ialah shopping mall anda boleh singgah:
Photo from Wikipedia
- Da Men Mall, Summit USJ (USJ7)
- Subang Parade, AEON Big Subang Jaya, Empire Gallery (Subang Jaya)
- Amcorp Mall (Taman Jaya)
- KL Gateway (Universiti)
- Mid Valley Megamall, The Gardens, KL Eco City (Abdullah Hukum)
- Nu Sentral (KL Sentral)
- KLCC, Avenue K (KLCC)
- Intermark Mall (Ampang Park)
- Datum Jelatek Shopping Centre (Jelatek)
- Sri Rampai (Wangsa Walk Mall)
- AEON Alpha Angle (Wangsa Maju)
Photo from PaulTan
LRT Sri Petaling & Ampang Line
Photo from Buletin TV3
Menjadi salah satu laluan rel tertua dan penting dalam sistem pengangkutan awam Kuala Lumpur. Laluan sepanjang 45.1 km mempunyai 36 buah stesen dilancarkan pada tahun 1996 sebagai STAR LRT (Sistem Transit Aliran Ringan).
Menariknya ini merupakan rel ringan moden pertama di negara tau. Kemudian laluan ini dipecahkan kepada 2 cawangan: Sri Petaling dan Ampang.
- Sunway Putra Mall (PWTC)
- LaLaport Bukit Bintang City Centre (Hang Tuah)
- AEON Maluri, Sunway Velocity (Maluri)
- IOI Puchong (IOI Puchong Jaya)
- Sogo Kuala Lumpur (Bandaraya)
Photo from IOI Mall Puchong
MRT Kajang Line
Photo from Gamuda
Juga dikenali sebagai Laluan Sungai Buloh-Kajang/MRT 1 merupakan Mass Rapid Transit (MRT) pertama di negara.
Laluan sepanjang 51 kilometer ini mempunyai 31 buah stesen menghubungkan beberapa kawasan penting seperti Kajang, Damansara ke Kuala Lumpur. Dibuka secara rasmi pada 2017 bertujuan untuk tingkatkan sambungan sistem pengangkutan awam serta kurangkan kesesakan jalan raya.
Photo from klia 2
- Tropicana Gardens, The Strand Mall (Surian)
- The Curve, IPC Shopping Centre, IKEA (Mutiara Damansara)
- 1Utama (Bandar Utama)
- Pavilion Damansara (Pusat Bandar Damansara)
- Nu Sentral (Muzium Negara)
- Sungei Wang Plaza, Pavilion KL, Starhill Gallery, Lot 10, Farenheit 88 (Bukit Bintang)
- The Exchange TRX (Tun Razak Exchange)
- MyTOWN, IKEA Cheras (Cochrane)
- AEON Maluri, Sunway Velocity (Maluri)
- Leisure Mall, Eko Cheras (Taman Mutiara)
Photo from Selangor Travel
MRT Putrajaya Line
Photo from Soya Cincau
Menjadi fasa kedua laluan MRT, laluan sepanjang 57.7 km ini menghubungkan Putrajaya dengan beberapa bandar utama memudahkan warga tempatan bergerak tanpa menyebabkan kesesakan lalu lintas.
- AEON Kepong (Kepong Baru)
- Sri Delima (BREM Mall Shopping Complex)
- Intermark Mall (Ampang Park)
- The Exchange TRX (Tun Razak Exchange)
- South City Plaza (Serdang Raya Selatan)
- AEON Equine (Taman Equine)
Photo from MRT Corp
Hanya 1 Shopping Mall Sahaja Di BRT Sunway Line
Photo from Sunway Construction
Satu-satunya laluan Transit Bas Rapid (BRT) di negara menghubungkan Bandar Sunway dan Subang Jaya. Laluan ini sangat unik kerana bertingkat menjangkau 5.4 kilometer dengan 7 stesen.
Dilancarkan secara rasmi pada 2 Jun 2015, laluan ini telah mengurangkan kesesakan lalu lintas di Subang Jaya. Tambahan pula bas yang digunakan ialah bas elektrik untuk mempromosikan pengangkutan mesra alam.
- Sunway Pyramid (Sunway Lagoon)
Photo from Selangor Travel
Tidak Perlu Anda Bawa Kereta, Jimat Masa Untuk Ke Shopping Mall!
Photo from MYJadual
Menggunakan pengangkutam awam sangat penting terutama di pusat bandar. Ia bukan sahaja menjimatkan masa malah banyak mengurangkan kos seperti bayar parking dan minyak contohnya.
Selain itu, anda juga dapat bantu mengurangkan pencemaran karbon, sekaligus memberi impak positif kepada persekitaran. Oleh itu, min harap info ini berguna untuk anda yang selalu nak lepak di shopping mall!
Photo from Vincent Loy
Mungkin korang suka: