Taman Tema Dinosaur Paling Besar Di Negara
Monkeys Canopy Resort telah membuka pintu kepada orang awam untuk melihat taman dinosaur (Dino Desert) terbesar di negara kita. Dengan keluasan sekitar 11 ekar terletak di Sungai Long, Kajang.
Masih ingat filem popular dahulu berjudul 'Jurassic Park'? Dalam filem tersebut watak utama ambil keputusan untuk bercuti di taman tema dinosaur yang baru dibuka.
Sepanjang filem tersebut, mereka melihat pelbagai tarikan dino yang disediakan oleh pihak penganjur. Berbalik kepada realiti, itulah vibe yang korang akan nikmati setelah sampai di depan pintu masuk.
Photo from FB | Monkeys Canopy
Kalau begitu jom lihat apa yang menarik!
144 Spesies Dinosaur Untuk Korang Berinteraksi
Photo from FB | Monkeys Canopy
Di Dino Dessert korang dapat berinteraksi dengan 144 spesies dinosaur animatronik diletakkan setiap sudut taman. Ini pasti membuatkan geng lelaki atau kanak-kanak terhibur serta terpegun melihatnya.
Haiwan animatronik ini bersaiz hidup tau! Maka dapat memberikan gambaran bagaimana kehidupan ketika mereka yang menguasai bumi. Selain itu, dinosaur ini 'hidup' tau.
Mereka boleh bergerak, hasilkan bunyi mengembalikan kita sejuta tahun yang lalu.
Photo from FB | Monkeys Canopy
Mengembara Di Sebuah Gurun Oasis
Photo from FB | Monkeys Canopy
Daripada 144 animatronik yang ada. Sudah semestinya mereka bawa yang paling terkenal kalangan peminat dino! Lihat betapa takutnya ketika berdepan dengan T-Rex atau terpegun melihat ketinggian Mamenchisaurus.
Jangan lupa untuk bergambar dengan Triceratops yang tenang santai sahaja. Pelawat boleh menerokai seluruh kawasan padang pasir yang dibina seperti sebuah oasis mengambil gambar dinosaur berkeliaran.
Photo from FB | Monkeys Canopy
Sehubungan itu, pelawat boleh berinteraksi di Dino Desert. Terdapat banyak paparan penuh dengan informasi tentang haiwan yang dipamerkan. Korang dapat maklumat dan belajar beberapa fakta tentang haiwan gergasi ini.
Photo from FB | Monkeys Canopy
Menjadikan pengalaman yang menyeronokkan serta informatif!
Pengalaman Waktu Malam, Nightime Aurora Di Dino Desert
Photo from FB | Monkeys Canopy
Taman tema direka secara terbuka tetapi tidak banyak tempat berteduh yang ada. Oleh itu min nasihat supaya korang pakai pakaian bersesuaian iaitu longgar dan berwarna terang untuk keselesaan.
Jangan lupa untuk bawa payung, cermin mata hitam, payung dan pelindung matahari! Tapi kalau korang rasakan tak seronok untuk berinteraksi pada waktu pagi di Dino Desert. Korang boleh tunggu malam menjelma.
Bersedia untuk menikmati Nightime Aurora memberikan pelawat pelbagai aktiviti dalam suasana cukup menawan! Tak lupa juga boleh tahan seram dinosaur berkeliaran di waktu malam.
Harga tiket masuk seperti berikut:
Dewasa: RM55
Orang Kurang Upaya (OKU), Warga Emas (60 tahun ke atas), kanak (berumur 3-12): RM45
Untuk dapatkan tiket dan sebarang maklumat. Korang boleh pergi laman web rasmi Dino Desert tau!
Keseronokan Tanpa Henti Di Monkeys Canopy Resort
Photo from FB | Monkeys Canopy
Masih tak puas berinteraksi di Dino Desert? Haa.. nasib baik Monkeys Canopy Resort turut menyediakan dua taman tema tertutup, Ninja Warrior Course dan Elevated High-Rope Course di The Conquer Indoor Extreme Park.
Bahagian dalam untuk mereka yang ingin mencabar tahap adrenalin melakukan aktiviti mencabar! Mereka yang bawa anak kecil boleh bawa anak bermain di Escape Safari Playland yang lebih bersesuaian.
Photo from FB | Monkeys Canopy
Tak lupa juga, setelah penat bermain seharian mesti nak balik tidur kan? Nasib baik Monkeys Canopy Resort turut menyediakan penginapan hotel!
Lokasinya ada di sini:
📍 Monkeys Canopy, Lot 683, Jalan Persiaran Sg Long Hill, Sungai Long, 43200 Cheras, Selangor
⏰ Dino Desert, dibuka setiap hari (10 am - 10 pm)
Mungkin korang suka: