download Jom Explore app
Permata Tersembunyi Kuala Lumpur: KL East Park!

Permata Tersembunyi Kuala Lumpur: KL East Park!

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 18 Apr 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Kuala Lumpur, sebuah bandar metropolitan pesat membangun dengan pelbagai bangunan pencakar langit mendominasi landskap pembangunan pun mempunyai pelbagai rahsia tersendiri tau termasuklah sebuah trek hiking yang sesuai untuk kaki hiking, pencita alam dan mengisi masa lapang korang!


Haa.. kalau korang nak tahu, KL East Park ni merupakan sebuah pembangunan kediaman yang terletak di pusat bandar. Ia menawarkan persekitaran yang tenang dikelilingi oleh tanaman pokok serta pemandangan yang indah tau.

Suasana Yang Hanya Dapat Dinikmati Di Taman Ini Tau!Photo from Sumber Gambar: Sime Darby

Jadi, untuk korang yang ingin mencari sebuah tempat yang tidak jauh dari pusat bandar tetapi mempunyai persekitaran sesuai untuk korang 'healing' pada hujung minggu, Min rekomen korang untuk gerak ke sini bersama kawan, pasangan ataupun bawa seisi keluarga tu!

Nak tau apa yang menariknya KL East Park ni? Korang baca artikel ni sampah habis untuk ketahui lebih lanjut!

Trek Hiking Yang Beginner Friendly Je Tau, Kanak-Kanak Pun Boleh Tapau Dengan Mudah!

Trek Hiking Yang Beginner Friendly Sesuai Untuk Korang Yang Ingin Bermula HikingPhoto from Sumber Gambar: Instagram | chamais_02

Korang tahu tak, KL East Park ini dibina oleh syarikat Sime Darby Property Sdn Bhd memberi fokus kepada pengunjung peluang untuk melihat pelbagai alam semulajadi serta permandangan yang unik!

Selain itu,  untuk fasa pertama korang boleh menikmati taman seluas 17 ekar tau dengan trek hiking sepanjang dua kilometer ke pelbagai lokasi tumpuang menawarkan pemandangan pusat bandar serta mercu tanda Kuala Lumpur.

Haa.. trek ini sangat sesuai untuk korang yang mempunyai keluarga untuk bawa anak-anak lari berkeliaran kerana mempunyai klasifikasi tahap 'beginner' je tau.

Korang Jangan Risau! Ada Peta Dan Tanda Untuk Mudahkan KorangPhoto from Sumber Gambar: Instagram | cat_shaker85

Jadi korang tidak perlu risau sangat kerana terdapat pelbagai taman yang dibina khas sepanjang laluan untuk memberi korang masa untuk berehat ataupun menikmati suasana.

Melihat Permandangan Pusat Bandar Dari Ketinggian 242 Meter!

Menawarkan Permandangan Indah Melihat Pusat BandarPhoto from Sumber Gambar: Instagram | cat_shaker85

Antara perkara wajib untuk korang lakukan di sini adalah menikmati permandangan pusat bandar dari ketinggian 242 meter tau! Korang dapat melihat bandar Kuala Lumpur dari perspektif lain serta melihat pelbagai bangunan ikonik yang menrangkumi pusat bandar kita.

Bukan itu sahaja tau, kawasan taman ini akan dibuka secara penuh dengan keluasan 53 ekar kawasan hutan tau! Paling menarik sekali adalah ia bakal disambungkan ke Bukit Tabur dan Permatang Kuartz Klang Gates yang merupakan pembentukan kuartz paling panjang dalam dunia tau.

Korang Boleh Refer Peta Untuk Ketahui Korang Di Mana!Photo from Sumber Gambar: Sime Darby

Selain itu, kerana dikelilingi oleh pelbagai jenis pokok ia memberi suasana serta suhu yang nyaman dan sejuk ketika korang mendaki laluan yang disediakan tau. Korang juga tidak perlu risau akan keselamatan kerana terdapat berberapa pengawal keselamatan bertugas untuk menjaga para pengunjung.

Haa.. Sime Darby turut meletak pelbagai papan tanda untuk memudahkan serta memberi korang panduan jika korang tersesat dalam taman itu!

Terdapat Pelbagai Landmark Untuk Korang KenaliPhoto from Sumber Gambar: Instagram |k__amin

Rumah Habitat Semula Jadi Kepada Lebih 300 Spesis Flora & Fauna!

Dikelilingi Pelbagai Spesis Pokok Untuk Korang PelajariPhoto from Sumber Gambar: Sime Darby

Taman KL East Park ini mempunyai lebih daripada 300 spesis pokok, herbat, sawit yang ditanam oleh Sime Darby terkenal dengan nilai ekologi dan ekonomi memenuhi persekitaran taman ini tau.

Korang juga berpeluang untuk mengenali setiap spesis habitat yang berada di taman ini kerana ia telah dilabel secara geografi untuk memudahkan aktiviti seperti pemuliharaan ataupun rujukan. Jadi, dapatlah korang mengenali pelbagai habitat pokok yang wujud dalam negara kita ni tau.

Selain itu, habitat ini juga merupakan sebuah rumah semula jadi kepada pelbagai spesis haiwan seperti burung, amfibia, repitilia dan juga rama-ramai.

Terdapat Papan Tanda Untuk Mengenali Spesis Flora & FaunaPhoto from Sumber Gambar: Instagram | cat_shaker85

Haa.. memang sangat sesuai lah untuk korang mengisi masa lapang dekat taman ini tau! Bukan dapat rasai suasana yang nyaman tapi dapat mengenali berberapa spesis flora dan fauna semulajadi terdapat dalam negara.

Kl East Park ini dibuka setiap hari dari 7 pagi hingga 6:30 petang tau dan korang boleh masuki taman ini secara percuma sehingga 31 Ogos 2023! Bayarakan akan dikenakan untuk menjaga pemuliharaan flora dan fauna di taman itu.

Dekat Taman Pun Korang Boleh Posing Gambar Yang Sangat CantikPhoto from Sumber Gambar: Instagram | k__amin

Tapi, korang kena pergi di link ini! Untuk mendaftar terlebih dahulu sebelum memasuki taman ini tau.

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok