Pickleball: Sukan Baru Untuk Korang Cuba Di Hujung Minggu
Bosan asyik membuang masa di rumah tidak melakukan sebarang aktiviti? Korang taknak cuba main sukan pickleball yang mendapat perhatian setelah lebih ramai orang mencubanya untuk kali pertama.
Dalam kehidupan amat penting untuk memiliki sebuah hobi. Tak kisah apa sekalipun asalkan dapat menarik minat kita sudah cukup untuk kekal aktif dan tidak menghabiskan masa dengan melakukan perkara sia-sia.
Bermain sukan adalah salah satu hobi paling mudah untuk korang cuba lakukan. Sukan adalah sesuatu yang intim bagi seorang individu. Pemilihan sukan bergantung pada ciri apa yang menarik perhatian seseorang.
Contohnya, bola sepak merupakan sukan paling popular kelihatan menarik dalam mata peminatnya. Namun, bagi orang lain yang tidak faham konsep bola sepak mungkin tidak nampak tarikannya.
Oleh itu, korang taknak cuba pickleball? Sebuah sukan baru yang semakin popular oleh kerana menggabungkan aspek sukan lain yang sinonim dengan negara kita. Pickleball pula sangat mudah untuk cuba dan tidak memerlukan banyak perlatan.
Photo from Pinterest
Tetapi sebelum nak mulakan perjalanan untuk hobi baru. Korang mesti kena faham dahulu kan tentang sukan ini? Kalau begitu, baca sampai habis untuk ketahui apa yang menarik tentang sukan ini.
Sukan Yang Dicipta Dari Amerika Syarikat
Photo from USA Pickleball
Pickleball tercipta pada pertengahan 1960-an di Pulau Bainbridge, Washington. Sukan ini telah berkembang dan menjadi permainan paling cepat mencapai populariti dalam negara dan juga dunia.
Idea asal tercipta daripada 3 rakan yang ingin melakukan sesuatu aktiviti bersama pada cuti musim panas. Pada satu hari, Joel Pritchard, Bill Bell dan Barney McCallum mengambil bet ping pong, bola plastik dan gelanggang bersaiz badminton dan menggabungkannya sekali.
Maka terhasil sukan yang asalnya popular dalam kalangan orang usia lanjut. Dalam kata mudah, sukan ini menggabungkan 3 sukan menjadi satu iaitu tenis, badminton dan ping pong. Kalau korang suka main salah satu antara tiga, nescaya lebih mudah untuk korang main pickleball.
Walaupun pada asalnya popular di kalangan kumpulan umur yang lebih tua. Apabila bekas lagenda tenis seperti John McEnroe, Andre Agassi, Maria Sharapova mula bermain sukan ini, popularitinya melonjak.
Kini, Persekutuan Antarabangsa Pickleball mempunyai 70 buah negara dan negara kita menyertainya pada November 2019. Diberi gelaran sebagai fastest growing sport dalam Amerika Syarikat oleh US Sports and Fitness Industry Association.
Lebih daripada 5 juta pemain mengambil bahagian secara aktif dalam kejohanan dan liga seluruh dunia. Kajian juga dilakukan untuk mengetahui tentang kebaikan dari segi fizikal berdasarkan corak permainan sukan ini.
Photo from Pinterest
Menurut Sumbul Desai, Apple's Vice President of Health berkata, "Tidak aktif dari segi fizikal menjadi satu risiko yang boleh diubah suai untuk mengurangkan penyakit kardiovaskular dan beberapa penyakit kronik yang lain,
Mencari aktiviti yang digemari oleh seseorang boleh memabntu membina rutin sihat. Sama ada bermaksud bermain sukan ini,". Haa.. walaupun nampak seperti permainan mudah yang penting adalah kita dapat menjaga kesihatan!
Bagaimana Nak Main Pickleball Dengan Betul?
Photo from FB Malaysia Pickleball
Permainan ini menggabungkan unsur tenis, badminton dan ping pong. Korang perlu tangkas, mahir dan sedikit strategi untuk menang setiap perlawanan. Jangan risau, peraturan dia senang sahaja tak susah pun.
Korang boleh bermain berdua atau berempat menggunakan bet yang besar sedikit daripada bet ping poing. Bola yang digunakan pula mempunyai lubang untuk mengurangkan kelajuan serta memberi kawalan yang lebih baik.
Sistem pemarkahan pula serupa dengan tenis dan berjalan dari 11 sehingga 21 mata bergantung pada peraturan yang dipersetujui. Kemudian, peraturan asanya adalah seperti berikut:
- Servis mesti dilakukan menggunakan bahagian bawah tangan secara menyerong
- Bola mesti melantun sekali pada setiap sisi jaring sebelum boleh dilantukan
- Bola tidak boleh volley semula bola dalam jarak 7 kaki dari jaring
- Mata hanya dijaringkan oleh pasukan yang membuat servis
- Pasukan pertama memenangi 11 mata (Dengan kelebihan dua mata) akan menang permainan tersebut
Tempat untuk bermain pula hanya memerlukan gelanggang badminton dengan saiz net anggaran setinggi 34 inci sahaja. Selain daripada bermain di luar, korang juga boleh bermain secara indoor asalkan menggunakan saiz yang ditetapkan.
Photo from Pinterest
Akhir sekali, jangan lupa yang korang perlukan bet dan bola sahaja untuk bermain bersama rakan. Cara pukulan pun sama sahaja seperti tenis dan jika korang ada pengalaman main sukan tersebut, mudah sahaja untuk korang menyesuaikan diri dengan cepat.
Berminat Tak Untuk Mencuba?
Photo from Pinterest
Adakah min berjaya untuk menghasut korang untuk mencuba sukan ini? Atau korang perlu lihat dengan mata sendiri dahulu baru dapat 'feel' untuk mencuba sebuah hobi baru. Jangan risau, setiap sukan pasti mempunyai komunitinya sendiri.
Jika korang minat, apa kata cuba main bersama komuniti yang tengah seronok bermain sukan ini. Korang juga dapat mempelajari sebuah sukan baru serta bertukar pendapat pengalaman dengan suasana yang berbeza.
Seterusnya, paling penting adalah untuk menikmati sesuatu perkara yang baru. Mungkin akan kelihatan janggal pada percubaan yang pertama. Tetapi, mungkin korang akan jatuh cinta dengan sukan ini setelah mencubanya untuk beberapa kali.