download Jom Explore app
Netizen Kongsi 5 Hidden Gems Di Perlis Untuk Teroka!

Netizen Kongsi 5 Hidden Gems Di Perlis Untuk Teroka!

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 12 Nov 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Walaupun diberi jolokan negeri terkecil di Malaysia. Perlis menyimpan banyak lokasi cantik yang jarang diketahui ramai tau.

Sebut sahaja negeri apa menjadi destinasi percutian popular seperti Melaka, Pulau Pinang, Ipoh dan Terengganu. Kita sering mengabaikan Perlis yang terletak di hujung utara Semananjung Malaysia.

Pemandangan yang sukar dikalahkan, itulah keunikan PerlisPhoto from Malaysia

Baguslah kalau begitu sebab tak perlulah kita nak bersesak dengan orang lain untuk menikmati kecantikan yang ada di negeri Indera Kayangan ini.

Selain itu, min nak kongsikan dekat anda 5 hidden gems yang menarik ada di negeri ini. Anda pasti terpegun melihatnya!

Jom lihat 5 hidden gems di siniPhoto from Actsugi

1. Bukit Tok Dun, Perlis

Kaki hiking boleh ke sini, confirm puas hatiPhoto from PTT Outdoor

Berada di Felda Laka Selatan dan terletak di sempadan Perlis dan Kedah. Bukit setinggi 325m ini tidak jauh dari MRSM Arau serta Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

Mengapa jadi tarikan tersembunyi? Kerana keindahan bukit diselubungi awan memang pemandangan yang tidak dapat digambarkan. Wajib singgah untuk kaki hiking untuk melihat sendiri kecantikan Bukit Tok Dun.

Menurut beberapa penduduk tempatan, pemandangan paling cantik adalah selepas subuh untuk lihat matahari terbit dan 'awan karpet' tau! Awan itu dikatakan akan menyelubungi puncak bukit seolah kita berada di atas awan.

Awan Karpet yang terkenal di Bukit iniPhoto from Tahun Melawat Perlis

2. Tasik Timah Tasoh

Tasik popular yang anda boleh naik bot untuk pusing sekeliling kawasannyaPhoto from Berita Harian

Kerap menjadi lokasi pengambaran muzik video dan drama tidak dapat menceritakan keindahan tasik ini. Menurut Berita Harian, tasik ini menjadi kegemaran kaki pancing kerana menjadi habitat kepada pelbagai jenis ikan air tawar.

Sambil memancing bolehlah berehat di gazebo yang telah disediakan. Seterusnya, anda boleh menaiki bot pelancong untuk melihat panorama Bukit Chabang dan pusing mengelilingi sebahagian daripada kawasan tasik tersebut.

Tambahan pula, jangan terkejut kalau nampak burung Upeh atau Asian Openbill Stork tau! Mereka sering jadikan tasik ini tempat cari makan.

Menawarkan pemandangan cantik dan boleh memancing pulak tuPhoto from Malaysia

3. Wang Kelian View Point

View point yang popular menjadi tarikan utama di siniPhoto from Vocket

Mengambil masa sekitar 30 minit dari bandar Kangar, Wang Kelian View Point menawarkan pemandangan Perlis tidak terhalang kepada pengunjung.

Dengan ketinggian 304 meter dari aras laut, anda juga boleh lihat sempadan Malaysia-Thailand. Sehubungan itu, laluan ke view point ini, anda perlu melalui beberapa pekan dan perkampungan menambah kepada suasana tenang tersebut.

Tambahan pula, sini sedikit popular tau dan mungkin akan dibanjiri dengan pelancong lain terutama di hujung mingu. Walau bagaimanapun, ini tidak menjadi halangan untuk anda nikmati keindahan negeri Indera Kayangan.

View point ini memberikan anda pemandangan luas melihat keindahan negeri indera kayanganPhoto from Kerajaan Negeri Perlis

4. Kampung Wai

Minat kayak? Ini lokasi sesuai untuk andaPhoto from IG | malaysia.truly.asia

Teringin nak berkayak sambil melihat keindahan semulajadi yang ada di sini? Hanya di Kampung Wai sahaja memberikan anda pengalaman unik tersebut.

Di sini anda boleh berkayak sejauh 765 meter dari Kampung Wai sehingga Kampung Tebing Tinggi. Tarikan utama di sini adalah anda akan melalui terowong membawa anda ke bukit batu kapur yang berusia 500 juta tahun.

Terowong itu akan bawa anda ke dalam bukit batu kapur tau! Seronok betulPhoto from Utusan

Dengan air berwarna hijau, ia hanya menambah kepada keseluruhan keindahan pemandangannya. Jangan lupa untuk turut nikmati flora dan fauna yang menarik sambil berkayak tu.

Selain itu seluruh kawasan ini memang cantik! Photo from IG | malaysia.truly.asia

5. Ladang Tebu Chuping

Jangan lupa ambik gambar banyak-banyak di siniPhoto from Perlis Permai

Pernah menjadi Ladang Tebu terbesar di Malaysia, masih ramai penduduk Perlis sedih apabila ladang ini telah ditutup sekitar tahun 2012-13.

Walau bagaimanapun ini tidak bermakna anda akan hampa apabila berada di sini kerana seluruh kawasan Chuping memang terkenal dengan pemandangan lawa. Sentiasa menjadi port untuk ambil gambar lawa.

Selain itu, anda pernah lihat filem 'Imaginur'? Majoriti babak penting dalam filem tersebut dirakam sekitar kawasan ini tau! Ditemani udara segar, pokok hijau memberikan suasana tenang yang menyegarkan.

Selain itu, turut menjadi lokasi pengambaran filem tempatan 'Imaginur'Photo from Remaja

Walaupun Kecil, Tapi Padat Berisi Sebenarnya Negeri Perlis

Walaupun kecil, Perlis menawarkan lokasi cukup menarikPhoto from Johor Foodie

Kita sering melontar jenaka bahawa Perlis hanya mempunyai 8 orang sahaja yang tinggal di situ. Tambahan pula dengan saiz begitu kecil, negeri ini sering diabaikan dan menjadi tempat singgah sebelum ke negara jiran, Thailand.

Tetapi selepas selesai membaca artikel ini, anda pasti tidak sabar untuk mintak cuti untuk menyinggah ke sana kan? Maklumlah, hidden gems yang min kongsikan pasti memberi pengalaman sukar untuk dilupakan.

Justeru itu, tunggu apa lagi? Ini masa terbaik untuk pergi ke sana.

Jom ke Perlis selepas niPhoto from Jalan-Jalan Cuti

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok