The Nahara Resort Kalumpang, Tempat Terbaik Untuk Healing Dan Mandi Sungai!
Kadang-kadang letih bila asyik sibuk bekerja dan mengadap kesesakan lalu lintas setiap hari. Sebab tu, ramai yang memilih untuk melakukan aktiviti healing ketika cuti hujung minggu.
Photo from Instagram syapiqsubri
Ada yang suka hiking, berkhemah, pergi ronda-ronda di mall dan banyak lagilah. Tapi jika anda ingin healing sambil ditemani alam semula jadi dan juga di tepi sungai, maka The Nahara Resort Kalumpang adalah destinasi yang patut anda pergi!
Photo from Instagram _agtputriii
Terletak di Hulu Selangor, tak jauh pun dari Kuala Lumpur. Dalam sejam perjalanan dah sampai cuma anda kena berhati-hati semasa memasuki jalan kampung kerana ia jalan kecil dan berpusing-pusing.
Photo from Instagram syafiqismail.jpeg
Suasana ala hutan
Masih mengekalkan konsep ala-ala bercuti dalam hutan, The Nahara Resort Kalumpang menyediakan banyak kemudahan kepada para pengunjung. Anda boleh memilih sama ada ingin tidur di dalam chalet ataupun khemah.
Photo from Instagram thenahara1
Chaletnya selesa dan anda boleh memilih sama ada ingin bilik berseorangan ataupun dengan famili. Jika nak healing lebih dekat lagi, boleh pilih camping site yang terletak bersebelahan dengan sungai.
Tempat ini juga sesuai untuk diadakan team-building kerana ruangnya yang besar serta fasilitinya yang lengkap. Cuma, anda kena buat tempahan awal kerana ia sentiasa dipenuhi orang. Kalau nak ber-BBQ pun boleh cuma anda perlu menyewa peralatan dengan pihak pengurusan.
Photo from Instagram thenahara1
Berkelah + mandi sungai!
Walaupun tempat ini adalah resort namun ia terbuka kepada orang awam. Mereka juga boleh akses untuk mandi sungai di sini namun terdapat bayaran mengikut kepala dikenakan. Orang dewasa perlu membayar RM8 manakala kanak-kanak pula RM5.
Photo from Instagram nuris_maliza
Terdapat gazebo disediakan untuk kegunaan orang ramai, selain itu terdapat juga bilik persalinan, surau, tandas dan lain-lain untuk kegunaan pengunjung.
Photo from Instagram re.amran
Air sungai di Nahara Kalumpang ini sejuk tau dan sedikit dalam. Akan tetapi ramai yang suka sebab boleh betul-betul healing dengan alam sekitar. Apa-apapun, jika anda mempunyai anak kecil, pastikan anda sentiasa mengawasi mereka kerana dikhuatiri perkara yang tidak diingini terjadi.
Photo from Instagram azzamudin_azzamn
Antara salah satu kerisauan apabila nak mandi sungai adalah kepala air, namun disini, pihak pengurusan sentiasa memantau dan memastikan bahawa ia tidak melebihi paras bahaya.
Photo from Instagram anisjamal
Wah, tak sangka ada port mandi sungai yang best tak jauh dari KL, jadi siapa teringin nak healing sambil mandi sungai tu boleh lah ke The Nahara Resort, Kalumpang ya.
Photo from Instagram nazashamihaisu
?Kalumpang, Ulu Selangor, Malaysia
⏰8am - 6.30pm
?019-4312193
Anda mungkin suka: