Nak Travel Ke Singapura Dengan Mudah & Elak Jem Sesak?
Haa.. siapa kata nak ke Singapura perlu tempuh jem sesak di Johor-Singapore Causeway? Ada cara lebih mudah dengan menaiki kereta api seperti yang dikongsikan oleh seorang netizen.
Umum mengetahui majoriti warganegara sering ke Singapura untuk pelbagai tujuan. Sama ada berkerja, berjalan-jalan atau menziarah keluarga di sana. Walau bagaimanapun, kita juga tahu bahawa untuk keluar masuk negara ini memerlukan kesabaran tinggi.
Photo from South China Morning Post
Maklumlah, laluan di Johor-Singapore Causeway memang sesak dan penuh dengan trafik terutama pada waktu puncak.
Nasib baik, seorang netizen (@vloghuda) berkongsi bagaimana cara untuk ke negara 'pulau singa muntah batu air' dengan lebih mudah tanpa perlu hadap trafik sesak tersebut. Baca sehingga habis untuk lihat panduan tersebut.
Pergi Ke Singapura Dengan Kereta Api? Ini Caranya
Photo from Nomandic Notes
Berikut adalah langkah yang anda perlu lakukan sebelum memulakan perjalanan masuk ke negara jiran:
1. Sediakan SG Arrival Card: Sebelum masuk ke Singapura, pastikan anda telah hantar permohonan 'SG Arrival Card' terlebih dahulu melalui laman web Immigration & Checkpoints Authority (ICA) Singapura. Proses ini penting untuk cepatkan proses imigresen di sana.
Photo from Beautiful Nara
2. Tempah Tiket Kereta Api Secara Online: Muat turun aplikasi KTMB Mobile dan tempah tiket kereta api dari JB Sentral ke Woodlands CIQ. Cari laluan 'Shuttle Tebrau' dan beli secara 'online' lebih mudah dan mengelakkan anda daripada beratur lama.
3. Tiba Lebih Awal di JB Sentral: Disarankan untuk tiba sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu berlepas. Ini kerana anda perlu beratur untuk membolehkan pasport diimbas di kaunter tiket. Selepas pasport diimbas, anda boleh bersedia di ruangan menunggu.
Photo from Causeway Link
Sebelum Naik Kereta Api, Pastikan Anda Lakukan Ini Terlebih Dahulu
Photo from The Vibes
- Proses Kastam: Bila pasport selesai diimbas, anda perlu bersedia untuk pemeriksaan kastam. Ini ialah langkah keselamatan sebelum semua penumpan boleh menaiki kereta api
- Cari Tempat Duduk Selesa: Anda boleh duduk di mana-mana tempat sahaja. Pastikan ia selesa sebelum menunggu kereta api mula bergerak
Tibanya Di Woodlands, Kemudian Buat Apa?
Photo from CNA
Perjalanan ini hanya mengambil masa limit sahaja untuk sampai ke Woodlands Train Checkpoint. Di sini, anda perlu melalui pemeriksaan imigresen dan imbasan barangan. Pastikan anda membawa pasport dan kad SG Arrival Card yang telah didaftarkan.
Selesai sahaja pemeriksaan, anda boleh menuju ke kawasan luar untuk naik bas ke hentian MRT Kranji. Tambang bas yang perlu dibayar sebanyak $1 SGD (RM3.31) dan mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk tiba menurut huda.
Photo from Syfa & Ganjar
Pastikan Anda Selesaikan Ini Sebelum Memulakan Perjalanan Di Singapura
Photo from Wise
Menurut huda, ada beberapa perkara yang patut anda lakukan sebelum memulakan perjalanan di negara ini. Perkara ini akan memudahkan anda untuk menggunakan fasiliti di negara ini seperti:
1. Beli Kad Sim dan Kad Ezlink: Untuk guna internet, anda boleh beli kad sim di stesen ini. Tambahan pula, beli siap-siap kad Ezlink yang berharga $10 SGD (RM33.07) untuk memudahkan proses penggunaan bas dan MRT di sini.
2. Muat Turun Aplikasi SG MRT: Takut sesat naik MRT? Jangan risau, muat turun aplikasi SG MRT yang dapat memudahkan anda mencari laluan MRT yang betul. Ia juga boleh membantu anda merancang perjalanan untuk sampai ke destinasi pilihan tau.
Photo from Land Transport Guru
Destinasi Menarik Boleh Pergi Dengan MRT Di Singapura
Photo from Visit Singapore
Negara jiran cukup terkenal dengan kecekapan sistem pengangkutannya yang efisien. Jadi ia memudahkan anda untuk melancong ke pelbagai tempat menarik dengan hanya menaiki MRT sahaja tau. Contohnya seperti:
- Merlion Park: Turun di stesen MRT Raffles Place and jalan kaki untuk sampai ke tempat tumpuan pelancong ini
Photo from Here Singapore
- Haji Lane: Dikenali dengan seni jalanan dan butik menarik, boleh diakses dari MRT Bugis.
- Gardens by the Bay: Naik MRT Bayfront untuk sampai ke taman futuristik yang cantik ini.
- ION Orchard: Pusat membeli-belah utama di sini yang terletak di stesen MRT Orchard
Photo from Singapore By Tickets
Rupa-Rupanya Senang Je Naik Kereta Api Ke Singapura
Photo from Straits Times
Haa.. bagaimana senang sahaja kan? Dengan panduan ini anda tidak lagi perlu memandu semata-mata nak masuk ke negara jiran. Nak pergi balik hari pun boleh!
Tambahan pula, min harap info ini sangat berguna untuk anda yang ingin menerokai tempat baru di lur negara.
Photo from Universal-Studios-Singapore