download Jom Explore app
Bagaimana 13 Negeri Malaysia Dapat Nama Mereka

Bagaimana 13 Negeri Malaysia Dapat Nama Mereka

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 23 Feb 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

13 Negeri dan 3 wilayah persekutuan membentuk sebuah negara yang kita panggil sebagai tanah air kita. Setiap negeri dalam Malaysia mempunyai seribu satu kisah menarik yang membuatkannya lain daripada lain.

Sebab itu setiap satu negeri pun mempunyai nama dan gelaran masing-masing. Membesar di Selangor dan Terengganu dapat memberikan dua perspektif berbeza daripada suasana, budaya dan juga loghat bahasa.

Dari bangku sekolah pula kita diajar satu persatu sejarah bagaimana tubuhnya setiap negeri ini. Daripada namanya yang kalau min tanya mesti korang dah lupa bagaimana wujudnya nama tersebut.

13 negeri & 3 wilayah persekutuan yang membantuk negara kitaPhoto from Peta Malaysia

Ada yang dapat nama daripada bahan mentah, persekitaran pokok, serangga besar menakutkan? Nampak pelik tetapi itu membuatkan cerita jadi lebih sedap dan min akan kongsikan secara ringkas bagaimana setiap negeri mendapat namanya.

Perlis

Perlis terkenal dengan port healing banyak tauPhoto from The Star

Ia dahulunya dikenali sebagai kayang atau kayangan dan dikatakan nama Perlis diberi sempena nama seorang yang mempunyai kuasa sakti. Nama orang tersebut dikenali sebagai "Tok Perlis".

Tetapi ada juga versi dikatakan nama kawasan itu berasal dari perkataan siam "Phrau Loi". Ia membawa maksud kelapa hanyut kerana banyak dijumpai oleh orang siam ketika menggunakan laluan kuala sungai Perlis untuk ke Kedah.

Sebutan Phrau Loi tu bila dapat kat lidah orang tempatan jadi "Perleh". Akhirnya jadi macam kita sebut sekarang.

Kedah

Kedah pula terkenal dengan Langkawi yang menjadi destinasi percutian walaupun mahalPhoto from Times of India

Sebuah negeri yang mengikut catatan sejarawan sebagai tertua dalam negara kerana penemuan arkeologi. Penemuan ini sangat penting kerana dapat menunjukkan bukti bahawa terdapat aktiviti penempatan masyarakat Melayu Proto.

Mengikut catatan arab serta parsi, Kedah dipanggil Kilah, Kalah atau Qalha. Menariknya dalam tulisan sanskrit dicatatkan sebagai Kataha atau Kadara manakala dalam bahasa Tamil pula Kadaram atau Kalaram.

Paling dekat nama mengikut Wilkinson mengatakkan nama asalnya ialah Kheddah. Ia bermaksud perangkah Gajah tetapi ada yang kata Kedah bermaksud Gelas berkaki dalam bahasa arab. Walaubagaimanapun, namanya sekarang dikenali sebagai Kedah.

Pulau Penang

Pulau Penang syurga bagi peminat nasi kandarPhoto from VOCKET

Ahh pulau penang sebuah negeri yang amat terkenal dengan aneka makanan sedap dan syurga bagi pencinta nasi kandar. Mereka mendapat namanya daripada barisan pokok-pokok pinang di kawasan penempatan masyarakat asal.

Kemudian Francis Light pernah memberi nama tempat ini "Prince of Wales" pada 11 Ogos 1786. Tetapi nama tersebut tak melekat dan hanya wujud dalam catatan peta orang inggeris sahaja.

Perak

Kalau di Perak, wajib singgah IPOHPhoto from Malaysia Travel

Perak mempunyai nama klasik dikenali sebagai Gangga Negara. Pusat pemerintahnya waktu itu ialah Beruas. Menurut Hikayat Merong Mahwangsa nama Perak diberikan sempena mata anak panah yang diperbuat dari perak dilepaskan oleh anak Raja Merong Mahpodisat Kedah.

Anak panah itu dilepaskan ke kawasan yang beliau harap untuk tubuhkan sebuah negeri. Tak lupa juga ada kisah mengatakan nama Perak datang daripada lombong perak yang pernah wujud.

Selangor

Cukup terkenal dengan pelbagai bandar pesat membangun di SelangorPhoto from Airbnb

Negeri yang cukup popular dikatakan mendapat nama sempena sejenis serangga bernama langau. Seorang pahlawan dalam perjalanan menghala ke utara telah kalah dengan langau ketika sedang berehat di tebing sungai.

Pahlawan tersebut ambil keputusan untuk teroka tempat ini dan wujudkan sebuah penempatan. Nama yang diberikan pula ialah Se-Langau sehingga berubah menjadi Selangor. Tambahan pula ada teori kata nama Selangor diambil dari pokok Mentagau yang banyak dijumpai di pinggir sungai.

Kemudian kawasan tersebut dikenali sebagai Kuala Sungai Mentagau berkembang menjadi Kualau Selangau. Akhir sekali, Kuala Selangor.

Negeri Sembilan

Istana Seri Menanti yang terkenal di N9Photo from IG kalbi_light

Menggabungkan 9 kawasan menjadi satu telah melahirkan nama negeri ini. Sebelum itu N9 menyerahkan kawasan Klang, Ulu Pahang, Jelai, Segamat kepada 3 negeri berbeza sebelum menyenaraikan 9 kawasan di bawah naugannya.

9 kawasan itu ialah Sungai Ujong, Rembau, Jelebu, Johol, Ulu Muar, Gunung Pasir, Terachi, Jempol dan Inas.

Melaka

Sebuah bandar bersejarah yang wajib singgah sekali seumur hidupPhoto from The Star

Bandar bersejarah Melaka dan kisahnya memang semua orang pasti tak dapat lupakan. Kisah Parameswara melihat seekor pelanduk menendang anjingnya ketika bersandar di Pokok Melaka memberinya inspirasi untuk usahakan sebuah penempatan.

Pedangang arab yang datang ke bandar ini menyebut nama Melaka sebagai Malakat, Mulagah bermaksud pusat perdangangan. Dalam bahasa sanskrit, Melaka dirujuk sebagai Malayakolam atau Malayaka.

Maksudnya negeri orang melayu.

Johor

Bandar JB turut pesat membangunPhoto from New Straits Times

Negeri yang cukup terkenal dengan pasukan bola sepaknya mempunyai nama silam iaitu Ujung Tanah. R.O Winstead pernah merujuk tempat ini dengan nama Wurawari bermaksud Air Jernah.

Selain itu ada banyak nama lama merujuk kepada tempat ini seperti Hujung Medini, Ganggayu (Nama lama Johor sebelum 1450) dan Langyu. Tetapi ramai percaya nama Johor berasal dari perkataan arab iaitu Jauhar bermaksud Permata.

Terengganu

Terengganu terkenal dengan banyak pulau mewah dan cantikPhoto from AirAsia

Namanya dikatakan berasal dari kisah penemuan taring gajah di sebatang sungai di Pulau Duyong. Oleh kerana saiz taring tersebut sangat besar dan tidak pernah dilihat sebelum in ioleh penduduk tempatan.

Mereka merujuk taring itu sebagai Taring Anu. Sungai yang mereka telah jumpa taring itu turut diberi nama Sungai Taring Anu. Akhir sekali sebutan menjadi Terengganu.

Pahang

Bandar Kuantan Pahang pun ada menara tau sekarangPhoto from Triphie

Mempunyai nama klasik sangat cantik bila disebut dan baca iaitu Inderapura. Nama Pahang telah ada sebelum wujudnya Melaka dikenai sebagai Pahang Tua dan tidak banyak catatan bagaimana mereka mendapat namanya.

Namun dalam bahasa Khmer, Pahang bermaksud timah dan klu ini mungkin merujuk kepada kawasan Sungai Lembing mampu mengeluarkan bijih timah.

Kelantan

Menariknya di Kelantan masih ada peninggalan agama Buddha yang cukup menarikPhoto from Tatler Asia

Kelantan mula muncul dalam catatan Ptolemy yang merujuk tempat ini. Namanya diperkenalkan oleh orang India Utara yang berasal dari Bandar Koli , nama tersebut kemudian digabungkan dengan perkataan Thana bermaksud Tanah.

Maka terhasil Kolithana yang disebut oleh penduduk ketika itu Kolamtanah atau Kolamtam. Akhir sekali berubah menjadi Kelantan.

Sabah

Gunung Kinabalu di Sabah memberi permandangan yang sangat megahPhoto from Traveloka

Salah satu daripada 2 negeri di Timur Malaysia, Sabah pernah dikenali dengan nama Api-Api. Selain itu terdapat pisang yang diberi nama "Saba" dikatakan menjadi inspirasi untuk nama Sabah.

Penduduk kawasan ini banyak tanam pisang ini di sekitar pantai untuk dijadikan sumber makanan.

Sarawak

Muzium Sarawak ramai kata best, Pernah pergi?Photo from The Borneo Post

Ada sumber mengatakan nama Sarawak terdiri daripada ungkan Serah pada awak. Ia disebut apabila Pengiran Muda Hisham menyerahkan pentadbiran negeri kepada James Brooke pada tahun 1841.

Namun ini semua teori sahaja dan terdapat kisah popular mengatakan Sarawak mendapat nama daripada Sungai Sarawak.

Akhirnya korang berjaya ingat semula bagaimana 13 negeri ini berjaya mendapat nama mereka. Antara semua mana kisah mana satu menjadi kegemaran korang?

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok