Meneroka Sejarah Negeri Perlis Indera Kayangan
Acap kali kita tahu bahawa Perlis memang terkenal dengan pemandangan yang menakjubkan. Tetapi, anda pasti tidak pernah tahu terdapat sebuah muzium menarik yang boleh lawati di sini.
Muzium Kota Kayang yang terletak di Kuala Perlis merupakan tarikan sejarah utama anda tidak boleh terlepas apabila berada di sini. Dikelilingi oleh bukit bersejarah seperti Bukit Kayang, Bukit Lambong Panah dan banyak lagi.
Photo from Malaysia Nomad
Lokasi yang strategik kaya dengan sejarah membuatkan muzium ini sangat menarik!
Tambahan pula ia sangat sesuai bagi mereka yang ingin mempelajari sejarah kawasan ini serta mengenal budaya dan warisan negeri ini.
Photo from Google
Sejarah Penubuhan Muzium Kota Kayang, Perlis
Photo from Explore Perlis
Untuk pengetahuan umum muzium ini terletak di atas tapak yang dahulunya sebuah istana bagi keluarga diraja Kedah-Perlis. Kawasan ini bukan sahaja menyimpan khazanah sejarah, tapi bukti kewujudan pusat pemerintahan penting pada zaman dahulu.
Penemuan makan Sultan Dhiauddin Al-Mukarram Shah, Sultan Kedah ke-15 menjadikan kawasan ini lebih bersejarah. Beliau pernah mendirikan sebuah bandar berhampiran Sungai Wai yang diberi nama 'Indera Kayangan'.
Photo from History Maps
Bukan itu sahaja, berhampiran muzium ini terletaknya Terusan Kayang. Ia dianggap sebagai terusan buatan manusia tertua di Semenanjung Malaysia. Nilai sejarah inilah menjadi asas kepada muzium ini.
Ia telah dibuka sejak September 2001 dan berusaha untuk pelihara dan pamerkan sejarah serta budaya Perlis.
Photo from Explore Perlis
Apa Yang Menarik Di Muzium Kota Kayang, Perlis?
Photo from FB | Aifar Tours
Muzium ini menawarkan pelbagai pameran yang dapat memikat hati bagi peminat sejarah. Anda dapat melihat pelbagai artifak penting seperti peninggalan dari kerajaan lama yang dipercayai berasal dari Kesultanan Kedah-Perlis.
Selain itu, pengunjung boleh lihat peralatan diraja, manuskrip lama tau. Ini dapat memberikan anda gambaran bagaimana kehidupan pada zaman tersebut.
Photo from FB | Aifar Tours
Sehubungan dengan itu, muzium ini turut menunjukkan sejarah awal negeri Perlis serta kehidupan masyarakat tempatan. Oleh itu, anda dapat meneroka tradisi, adat, ekonomi serta perkembangan masyarakat tempatan.
Menjadikan pengalaman sungguh bernilai tau.
Photo from foursquare
Fasiliti Dan Kemudahan Yang Ada Di Muzium Ini
Photo from Explore Perlis
Selain daripada pameran menarik. Muzium Kota Kayang menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pengunjung:
- Tempat Letak Bas dan Kereta: Kawasan parkir luas disediakan untuk pengunjung.
- Tandas Awam: Kemudahan tandas yang bersih untuk kegunaan pengunjung.
- Kawasan Perkhemahan: Bagi mereka yang ingin merasai suasana semula jadi, kawasan perkhemahan turut disediakan.
- Surau: Kemudahan surau disediakan untuk pengunjung Muslim.
Bila Waktu Sesuai Untuk Anda Kunjungi?
Anda boleh sahaja melawat muzium ini pada bila-bila masa sepanjang tahun. Namun, min sarankan waktu terbaik untuk lawat ialah pada waktu pagi atau petang bila cuaca tidak terlalu panas.
Ini kerana seluruh kawasan memang cantik tau! Sangat sesuai untuk ambil gambar untuk media sosial.
Bila Di Perlis, Jangan Lupa Untuk Singgah Muzium Kota Kayang!
Photo from Explore Perlis
Bukan hanya sebuah destinasi pelancongan. Muzium Kota Kayang menjadi tapak penting dalam memelihara sejarah dan warisan negeri ini.
Dengan pameran artifak serta peninggalan warisan diraja. Muzium ini wajib dikunjungi bagi sesiapa yang ingin mempelajari sejarah Malaysia. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk meneroka salah satu muzium paling bersejarah di Malaysia!
Mungkin korang suka: