Itinerari 5 Hari 4 Malam Di Phu Quoc, Vietnam!
Anda pernah dengar tempat bernama Phu Quoc? Tempat ini menjadi rumah kepada kereta kabel terpanjang di dunia tau. Selain itu, ia juga merupakan antara destinasi percutian sangat menyeronokkan!
Menurut Vietnam Travel, "Phu Quoc sangat terkenal dengan pantai berpasir putih sehingga mendapat jolokan 'Pulau Mutiara'. Terdapat pelbagai usaha pemuliharaan alam sekitar, warisan budaya ditemani dengan pasir dan ombak indah.
Photo from Get Visa Vietnam
Selain itu, ditemani dengan air bersih, langit cerah terutama pada waktu malam," Bukan itu sahaja, ia juga menjadi tempat healing bagi mereka yang suka suasana alam sekitar tau.
Haa.. macam mana nampak menarik kan? Kalau begitu cuba lihat itinerari yang dikongsi oleh wanita ini.
Photo from Asia Legend Travel
Modal RM2,300 Untuk Percutian 5 Hari 4 Malam
Photo from VinWonders
Untuk pengetahuan umum, Phu Quoc terletak di Teluk Thailand dan berhampiran pantai Cambodia. Menariknya anda tidak perlu singgah ibu kota Vietnam tau kerana pulau ini terdapat Lapangan Terbang Antarabangsa!
Pengguna (anisaniesa) berkongsi pengalaman dia bercutia di pulau tersebut selama 5 hari, 4 malam bermodalkan RM2,300. Bajet tersebut memberi dia peluang untuk menikmati banyak tempat menarik di pulau ini.
Ini termasuk duit belanja RM500 pulak tu! Anisa turut pesan untuk bawa makanan dari Malaysia kerana sukar untuk mencari makanan halal di sana.
Photo from VinWonders
Hari Pertama, Apa Yang Best Di Phu Quoc?
Photo from Vietnamimmigration
- Anisa mulakan perjalanan dengan penerbangan selama 2 jam dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangsa Phu Quoc, tiket penerbangan pergi balik sekitar RM760
- Menurutnya, Grab mudah didapati di luar lapangan terbang untuk bawanya ke hotel
Photo from Klook
- Jam 4.30 petang, Anisa ke Sanato Beach dengan bayar 90 ribu dong (RM15) untuk menikmati pemandangan matahari terbenam
- Menjamah di Restoran halal Sri Mutiara, satu-satunya pilihan makanan halal di Phu Quoc
- Kemudian melawat Night Market Sunset Town, di sini banyak buah tangan dijual tapi makanan dijual tidak halal. Seterusnya, melihat persembahan bunga api di Sunset Town pada jam 9:30 malam setiap hari
Photo from Restoran Halal Phu Quoc
Pengalaman Naik Kereta Kabel Terpanjang Dunia & Melihat Campuran Budaya Eropah Dan Vietnam
Photo from TripAdvisor
- Anisa mulakan hari kedua dengan menaiki kereta kabel seawal 9 pagi, mudah untuk pergi dari Sunset Town.
- Terdapat taman tema dan taman air di sini, boleh bawa lebih jika ingin mandi
- Di Sunset Town, anda boleh:
- Naik buggy (RM35) untuk melihat pemandangan menarik ala Eropah.
- Sewa skuter (80 ribu dong / RM14 sejam) untuk bergerak sendiri
Photo from Premier Village
- Seterusnya Anisa singgah di kafe Runam untuk menikmati hidangan fusion Vietnam dan Eropah sambil menunggu matahari terbenam di Kiss Bridge
- Pada belah malam pula, Anisa menonton persembahan Kiss of the Sea, lengkap dengan bunga api
- Menurutnya dia telah beli pakej tiket untuk kereta kabel, Kiss Bridge dan Kiss Show kerana lebih murah tetapi mesti digunakan dalam satu hari
Photo from Nghia Pham
Meluangkan Sehari Di VinWonders, Taman Tema Seperti Disneyland
Photo from Klook
- Anisa meluangkan hari ketiganya di VinWonders, sebuah taman tema besar seperti Disneyland
- Perjalanan dari Sunset Town ke VinWonders mengambil masa 1 jam dengan Grab (RM100 sehala)
Photo from Forever Travel
- VinWonders sangat luas menurut Anisa. Dia tidak sempat untuk menikmati semua tarikan tetapi tidak perlu beratur lama untuk permainan
- Pengunjung dibenarkan bawa makanan sendiri, tiada masalah bab makan
- Tarikan utama:
- Persembahan ikan duyung pada 2pm.
- Persembahan utama pada 7pm.
Photo from X | @anisaniesa
Grand World Tidak Tumpah Seperti Venice, Itali
Photo from VinWonders
- Untuk hari keempat, Anisa tiba di Vin Safari pada waktu pagi terdapat pelbagai haiwan liar dan persembahan menarik
- Selepas Vin Safari, dia menaiki bas percuma ke Teddy Bear Museum di Grand World
Photo from VinWonders
- Di Grand World, 'water taxi' yang kelihatan seperti di Venice, Itali
- Kemudian pada waktu malam berjalan di Night Bazaar untuk saksikan persembahan bunga api
Hari Terakhir
Photo from Tuan Nguyen
- Untuk hari terakhir, Anisa telah keluar dari hotel pada jam 10:30 pagi untuk pulang ke tanah air
Beberapa Tips Yang Dikongsi Oleh Anisah Sebelum Ke Phu Quoc
Photo from xyzAsia
Sebelum menghabiskan perkongsiannya, Anisah turut berkongsi beberapa tips sebelum ke Phu Quoc. Menurutnya beli buah tangan di lapangan terbang kerana lebih murah dan cantik.
Kopi Vietnam dengan tanda halal boleh dibeli di Dugong Mart. Dia juga nasihat untuk sediakan wang kertas kerana tidak banyak tempat boleh menggunakan kad debit. Di hotelnya, penggunaan kad akan dikenakan cas sebanyak 4%
Photo from RuNam
Di sekitar kawasan Sunset Town, anda boleh sewa buggy atau skuter untuk berjalan. Haa.. menarik kan perkongsian ini! Semoga bermanfaat.
Photo from Time
Mungkin korang suka: