Perlis Pun Ada Banyak Makanan Sedap Antaranya
Walaupun merupakan negeri terkecil dalam negara, Perlis bukan sahaja menawarkan permandangan landskap yang tenang dan lawa. Malah ia turut mempunyai pelbagai warisan budaya, sejarah, pertanian dan makanan yang tak ramai orang tahu.
Terletak di utara Semenanjung Malaysia berkongsi sempadan dengan wilayah Satun dan Songkhla, Thailand dan Kedah. Walaupun berkedudukan paling hujung utara, negeri mempunyai banyak juadah menarik korang boleh cuba.
Photo from Traveloka
Ada juadah tradisional untuk korang mempelajari budaya tempatan. Tak lupa jua, kat sini ada banyak homestay dan destinasi menarik yang min pernah tulis untuk korang terokai sambil mencari makanan menyelerakan.
Rasa Pedas & Berperisa Lempeng Ikan Sambal
Photo from MyResipi
Jarang sekali untuk korang dapat peluang cuba Lempeng dengan Ikan Sambal. Hidangan berperisa menggoda selera dengan gabungan 2 makanan yang berbeza bermula dengan Lempeng.
Rasa enak akan diciah dengan sambal ikan untuk memberikan rasa pedas. Sambal pula dibuat dengan campuran cili, bawang merah, bawang putih dan rempah ratus untuk hasilkan rasa tersebut.
Walaupun dengar seperti janggal, rasa pedas dan berperisa lempeng dapat memberikan rasa memuashkan. Ia masih mempunyai keseimbangan untuk membuatkan korang ingin tambah lagi satu pesanan.
Photo from The Good Weekender
Sedap untuk nikmatinya mulakan percutian di Perlis.
Pernah Dengar Nasi Ulam?
Photo from Azian Hasan
Ini merupakan masakan asas untuk orang sini, ia lebih lembut daripada salad nasi menampilkan ulam yang dicincang dengan teliti seperti dauh sirih, cassia untuk menambah rasa aromatik.
Sayuran dipotong seperti timun, kacang panjang memberikan tekstur ranggup yang menyegarkan. Ia dapat memberikan rasa berbeza dengan nasi lembut dan ada variasi menggunakan pes udang untuk tambah rasa umami mendalam.
Photo from Daily Makan
Biasanya dihidangkan dalam keadaan sejuk. Nasi Ulam dihasilkan untuk beri rasa menyegarkan sesuai untuk dinikmati sepanjang hari dan boleh dimakan macam tu sahaja atau padan bersama lauk lain.
Jangan Takut Untuk Cuba Belangkas
Photo from Resipi Mak Saya
Haa.. korang berani nak cuba makan Belangkas? Dikenali sebagai ketam ladam yang mempunyai peminat khas dalam kategori makanan laut. Rasanya sedikit masin dan mempunyai profil rasa seperti ketam dan udang galah.
Cuma ada tambahan rasa manis membuatkan ramai menyukainya. Tetapi ia bergantung pada cara masakannya sebab isinya sangat kenyal, lembut dan berair. Oleh kerana rasa masin dan manis ia disyorkan untuk masak bersama banyak rempah untuk menghasilkan rasa pedas.
Kalau korang ingin menikmati pengalaman makanan laut yang baru. Boleh beranikan diri cuba belangkan yang merupakan makanan istimewa di situ.
Siakap Bakar Dengan Susu Tak Main-Main
Photo from Kak Bie Ikan Bakar
Haa.. percaya tak yang ni masakan melayu tau. Siakap bakar susu akan membuat korang puas dengan kulit ranggup, isi ikan manis berlemak dicampurkan dengan rasa krim daripada santan, susu pekat dan gabungan rempah halia, kunyit.
Setiap gigitan dipenuhi dengan rasa pedas, manis, masam memang sesuai makan dengan nasi. Cara penghasilannya bergantung pada perapan yang betul untuk memastikan gabungan perisa terhasil bila disuapkan dalam mulut.
Ia wajib ada rasa manis, pedas untuk mengeluarkan rasa ikan sendiri. Minta nasi pinggan dan perah jus limau sebelum menikmati masakan ini!
Gulai Batang Pisang
Photo from Mat Salleh Cari Makan
Selalunya kita biasa makan gulai ayam, daging atau kambing. Gulai Batang pisang pula menggunakan batang pisang lembut dicampurkan ke dalam kuah kari pekat berperisa dengan santan bersama sayur.
Rasa batang pisang memberi sentuhan manis menjadi pasangan sempurna kepada gulai pekat itu. Jangan terkejut kalau korang sendiri berselera makan hidangan lauk ini. Boleh nikmatinya di Suri Masakan Melayu yang terkenal dengan pelbagai masakan kampung orang Perlis.
Selain dari gulai itu, ada sambal sotong sumbat, ayam kampung, ikan bawal dan macam-macam lagi untuk dinikmati. Sesuai untuk bawak keluarga dan menikmati suasana santai dengan harga berpatutan.
Bukan Sahaja Syurga Permandangan, Syurga Makanan
Ramai orang suka pergi ke Perlis kerana permandangannya. Ada juga ambil pelung untuk pergi berkelah sebab dikelilingi oleh banyak alam semmula jadi. Walau bagaimanapun, jangan lupa untuk nikmati makanan yang min tulis.
Kemudian pastikan korang nikmati kuih peneram yang popular di situ. Kek beras lembut mempunyai rasa manis memang sedap dijadikan snek selepas menikmati pelbagai makanan berat.
Selepas ini Perlis bukan sahaja syurga untuk kaki healing. Malah ia juga syurga untuk kaki ingin makanan kampung.
Mungkin korang suka: