Kenapa Bandar Di Wilayah Fujian Digelar ‘Mini Melaka’?!
"Ada vibes baba nyonya kat Melaka," kata seorang netizen setelah melihat satu video yang dimuat naik oleh seorang pempengaruh dari China.
Video yang dikongsi oleh Latifah Huang menerusi aplikasi TikTok menunjukkan sebuah bandar di Wilayah Fujian, China. Bandar tersebut menariknya dipenuhi dengan pelbagai elemen dan budaya dari negara kita sehingga memanggilnya sebagai 'mini Melaka'.
Photo from Syok
Menerusi ruangan komen, majoriti netizen memberikan reaksi positif. Mereka berbangga dan berminat untuk melawat ke sini setelah melihat video tersebut.
Bandar Quanzhou Menjadi 'Mini Melaka'?
Photo from CGTN
Dalam video tersebut, Latifah yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu membawa penonton untuk melihat bandar tersebut. Tidak dinafikan bandar Quanzhou memang banyak unsur budaya dari negara kita.
Terutama budaya Peranakan. Sambil bersiar-siar, Latifah turut memakai pakaian tradisional Kebaya Nyonya bagi menjiwai keseluruhan bandar ini sambil menunjukkan elemen Malaysia yang ada di Quanzhou.
Contohnya kedai di bandar ini mempunyai kaki limau, lorong pejalan kaki berbumbung yang menjadi kebiasaan di negara kita.
Disebabkan Ada Pengalaman Tinggal Di Malaysia, Mereka Bawa Budaya Itu Ke Quanzhou
Photo from Little Chinese Everywhere
Menariknya di Quanzhou anda akan menemui kuih muih dan makanan tradisional dari negara kita. Tak cukup lagi, ada kedai menjual Kebaya dan rumah tradisional lengkap dengan seni bina gaya Peranakan.
"Quanzhou terletak di Wilayah Fujian di Selatan China. Ia merupakan destinasi popular di kalangan rakyat China. Ramai penduduk Quanzhou dulu pernah tinggal di negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Filipina.
Photo from Islamic China Travel
Selepas pulang semula ke China. Mereka pilih untuk tinggal di Quanzhou. Oleh itu bandar ini memiliki campuran unik antara budaya tempatan dan budaya Asia Tenggara," kata Latifah.
Sehubungan dengan itu ramai netizen Malaysia bangga melihat bagaimana Quanzhou mencampurkan budaya di bandar tersebut.
Photo from CGTN
Orang Malaysia Berminat Nak Melawat Quanzhou Setelah Menonton Video Tersebut?
Photo from Facts
Disebabkan video tersebut ramai netizen meluahkan perasaan teringin nak melawat Quanzhou. Mana tidaknya, mestilah menarik dapat melihat bagaimana negara lain mengambil ilham daripada budaya tempatan kita.
Ada juga bertanya Latifah, terdapat pakej pelancongan untuk bersiar ke bandar ini. Selain itu, netizen turut ingin melawat Quanzhou bersama Latifah kerana fasih berbahasa Melayu.
Photo from the boy who ate the world
Di samping itu, netizen terpegun melihat banyak makanan Malaysia yang boleh makan contohnya Nasi Kerabu, Nasi Lemak dan sebagainya.
Jika anda tertanya adakah susah atau senang untuk cari makanan Halal di sana. Jangan risau, menurut Latifah, "Sebenarnya makanan halal senang nak cari di China. Boleh cuba cari menggunakan perkataan “清真” atau Qingzhen," ujar Latifah.
Photo from Lee Su Kim
Mungkin korang suka: