download Jom Explore app
Guna Teknik Tradisional, Kuih Lejen Bahulu Sabut Kelapa

Guna Teknik Tradisional, Kuih Lejen Bahulu Sabut Kelapa

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 25 Nov 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Demi mempertahankan resipi warisan keluarga, usahawan muda, Syahrul Idham Iskandar Nor tekad membakar kuih bahulu secara tradisional. Dengan menggunakan sabut kelapa untuk menghasilkan aroma keunikan dan daya tarikan tersendiri.

Pemuda berusia 24 tahun dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan percaya bahawa akan teknik warisannya. Menjadikan sabut kelapa sebagai bahan bakar bukan sahaja menghidupkan semula tradisi lama.

Usia muda tidak menghalang untuk memikul tanggungjawab perniagaanPhoto from BERNAMA

Malah turut menghasilkan aroma yang sukar dikalahkan dengan teknik pembuatan moden.

Teknik Membakar Bahulu Tradisional: Sabut Kelapa Dan Acuan Tembaga

Cara membakar tradisional menggunakan sabut kelapa dipercaya memberi aroma tersendiriPhoto from abdrahman

Menurut Syahrul, penggunaan sabut kelapa memberikan rasa dan aroma kepada kuih bahulu lebih autentik berbanding teknik moden. Ditambah pula dengan acuan diperbuat daripada tembaga.

Hasil kuih bahulu jadi lebih enak, gebu dengan tekstur lembut. "Kami memastikan rasa asli bahulu tetap terjaga, dengan cara pembuatan tradisional ini dapat menghidupkan kembali nilai warisan nenek moyang kita," ujarnya.

Menggunakan teknik tradisional menghasilkan kuih lebih lembut dan gebuPhoto from ResipiKita

Mampu Menghasilkan 4,000 Biji Bahulu Setiap Hari

Mampu menghasilkan 4,000 bahulu setiap hari menggunakan acuan tembagaPhoto from BERNAMA

Syahrul yang giat mengusahakan perniagaannya, Bahulu Bakar Sabut Wawa berkata. Setiap hari mereka mampu menghasilkan 4,000 biji bahulu dengan menggunakan lebih 800 biji telur.

Bahulu ini dijual pada harga RM15 untuk satu bekas berisi 34 biji. Syahrul juga tidak melepaskan peluang untuk pasarkan melalui platform TikTok untuk memuaskan permintaan dari seluruh negeri.

Resipi keluarga menjadi tulang belakang untuk perniagaan iniPhoto from BERNAMA

"Alhamdulilah, sambutan terhadap kuih kami sangat menggalakkan. Terutama semasa musim perayaan dan majlis perkahwinan," katanya.

Sehubungan itu, untuk mengekalkan operasi berjalan lancar. Syahrul memerlukan bekalan sabut kelapa sebanyak tiga tan seminggu. Usahanya bukan untuk memastikan rasa asli kuih sahaja.

Tetapi ingin memelihara cara tradisional dan menjadikan hasil air tangannya unik serta memuaskan peminat kuih tradisional.

Syahrul tekad untuk mempelihara cara pembuatan kuih secara tradisionalPhoto from BERNAMA

Perniagaan Warisan Turun-Temurun Tiga Generasi Berbeza

Syahrul kini menjadi generasi ketiga meneruskan perniagaan keluarganyaPhoto from Ain Sofea

Untuk pengetahuan umum perniagaan kuih ini bermula sejak 1982 yang diasaskan oleh datuk dan nenek di Jempol, Negeri Sembilan. Kemudian diteruskan oleh bapanya di Tanjung Ipoh pada tahun 2018.

Hari ini ia telah diambil alih oleh Syahrul sebagai generasi ketiga. Katanya, "Saya bangga dapat meneruskan legasi keluarga ini. Selain bahulu, kami pernah menghasilkan dodol dan wajik,"

Dengan pendapatan mingguan sekitar RM700-RM1000, Syahrul wajar dijadikan contoh usahawan muda yang mengekalkan nilai tradisi sambil mengejar keperluan komersial.

Syahrul turut memasarkan kuih di media sosialPhoto from BERNAMA

Tradisi Berkekalan Sehingga Penghujung Nafas

Aroma unik dan berbeza dari pembuatan kuih modenPhoto from Hasan Faisal

Perniagaan Syahrul bukan sekadar usaha komersial sahaja tetapi langkah penting untuk mengekalkan seni pembuatan kuih tradisional dari dibawa arus kemodenan.

Salah seorang pelanggan setia mengakui sering membeli di kedai ini kerana keunikan rasanya. "Kuih ini berbeza dengan bahulu biasa yang dijual di pasar raya. Cara pembuatan tradisional menjadikan rasa serta aroma lebih memikat," katanya.

Selain itu, usaha Syahrul berjaya membuktikan dengan tekad dan inovasi. Tradisi kita boleh berkekalan hidup dan relevan sehingga harini. Jika anda teringin nak menikmati kuih hasilnya, lokasi ada di bawah:

Idamkan kuih bahulu? Boleh beli dari Syahrul!Photo from What To Cook Today

📍 Batu 19, Kg gemetir, 71500 Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan

⏰ Setiap Hari (9 am - 6 pm)

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok