[Ramadan 2024] 10 Resipi Air Menyelerakan Untuk Korang Cuba!
Menjadi satu kebiasaan pada musim bulan puasa untuk mencari minuman yang menyegarkan. Mungkin sebab itu kalau lalu di bazaar banyak sungguh peniaga menarik perhatian pegunjung dengan menghidang minuman mengasyikkan. Daripada beli baik cuba buat resipi minuman dari rumah betul tak?
Ujian untuk seorang yang berpuasa adalah menahan rasa lapar dan dahaga supaya merasai kesusahan. Jadi sudah semestinya kita akan menghilangkan rasa penat dengan menikmatan minuman yang sedap.
Maklumlah negara kita pula cuacanya panas terik lagi-lagi waktu ini lain macam betul. Itu yang kalau singgah sekejap ke bazaar pantang betul lihat peniaga air kerana tak tahan betul melihat pelbagai air dihidangkan itu.
Bayangkan betapa nikmatnya dapat rasa segelas cendol sejuk selepas mengharungi hari yang panas. Namun daripada asyik membeli sahaja air apa kata korang belajar pula resipi air yang mudah untuk dilakukan untuk berbuka.
Dapat juga korang berjimat cermat dan menambah ilmu baru untuk diri sendiri. Tak rugi pun cuba belajar buat air kerana ia mengajar kita untuk menggabungkan pelbagai bahan bagi menghasilkan ssesuatu rasa yang nyaman.
Photo from shuttershock
Tak lupa juga korang boleh gunakan resipi untuk berniaga. Haa.. jangan risau min pastikan semua resipi ini sesuai untuk dibuat walaupun korang tengah kesuntukan masa. Menarik betul tak? Pastikan baca sampai habis dulu!
1. Teh O Ais Laici
Photo from FB | Restoran Mad Ayam Kampung
Bahan-bahan yang diperlukan:
1 tin laici
2 uncang teko teh
3 sudu gula (boleh kurangkan gula mengikut rasa)
Ais secukupnya
Langkah untuk melakukanya:
Ini antara minuman paling mudah korang boleh cuba lakukan. Sesuai untuk orang yang baru menjinakkan diri di dapur dan langkah pertama adalah untuk rendamkan uncang teh dalam air panas.
Tambahkan gula ikut rasa korang suka, jangan terlalu manis pula karang potong kaki pulak! Kemudian kalau terlebih manis rasa teh tersebut akan kurang. Bila dah rendam dan lihat air mula sebati masukkan jus laici.
Kacau sehingga sebati, masukkan isi laici dan tambah ais untuk lengkapkan resipi pertama korang.
2. Teh Tarik Madu Ais
Photo from Jom Masak
Bahan-bahan yang diperlukan:
3 uncang teko teh
3 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar susu cair
1 sudu besar madu asli
ais
Langkah untuk melakukanya:
Air yang cukup popular kalau korang menyinggah ke negeri Kelantan dan menariknya senang sahaja nak buat. Macam biasa korang rendam uncang teh dalam air panas selama 10 minit sahaja.
Masukkan susu pekat manis, susu cair dan madu asli. Kacau kesemuanya sehingga jadi sebati dan jangan lupa untuk rasa sebelum hidang dalam cawan kerana takut terlebih manis. Kalau rasa manis sangat kurangkan tau.
Langkah seterusnya tuang ke dalam kole dan lakukan teknik menarik macam korang tengok di kedai mamak. Lagi panjang korang tarik lagi pekat dan banyak buih akan muncul, akhir sekali baru masukkan ketulan ais.
3. Soya Cincau Gula Melaka
Photo from Blog Masakan dan Minuman Paling Popular
Bahan-bahan yang diperlukan:
1 liter air soya sejuk
250g cincau
Gula Melak (anggaran 62g)
Air panas satu cawan
Ais
Langkah untuk melakukanya:
Parutkan gula Melaka terlebih dahulu dan masukkan ke dalam sebuah periuk kecil. Campurkan air yang mendidih dengan gula yang telah diparut tersebut. Pastikan korang kacau sehingga cair dan jangan biarkan camtu sahaja tau kerana boleh menyebabkan hangit.
Cincau tersebut jangan lupa untuk potong dan hiris sekecil yang korang boleh. Pastikkan lakukan potongan berdadu dan tuang air soya ke dalam satu jug bersertakan gula melaka yang telah cair tersebut.
Kacau sehingga sebati dan letakkan ais untuk siapkan resipi ini.
4. Teh Ais Dhaka Cincau
Photo from Iluminasi
Bahan-bahan yang diperlukan:
4 uncang teh
Susu full cream
2 biji buah pelaga
kayu manis
cengkih
cincau
gula
ais
Langkah untuk melakukanya:
Nampak macam rumit dan susah sebab ada banyak bahan kan, jangan risau senang sahaja. Pertama masukkan air dalam periuk dan masukkan kesemua bahan yang korang ada kecuali cincau bersama.
Tetapkan suhu api pada tahan sederhana/kurang sederhana secara terkawal. Masukkan sukatan susu mengikut rasa korang suka dan biarkan air mendidih untuk hasilkan warna teh yang cantik.
Kemudian, angkat teh tersebut dan tambahkan ais untuk beri sensasi sejuk. Sebelum nak hidang itu jangan lupa untuk potong cincau dan masukkan sekali!
5. Coconut Shake Gula Melaka
Photo from Cookie Dough Diaries
Bahan-bahan yang diperlukan:
Air kelapa
Susu
Aiskrim gula melaka
Ais
Langkah untuk melakukanya:
Air yang menjadi wajib kita cuba apabila sampai di Melaka kerana memberikan rasa yang menyegarkan! Rupa-rupanya senang betul nak buat resipi air ini sebab apa korang perlu lakukan adalah untuk blend kesemua bahan tersebut sehingga hancur.
Hiaskan dengan 1 scoop aiskrim gula melaka sebelum dihidangkan.
6. Bandung Soda Float
Photo from FNNCREAMERIES
Bahan-bahan yang diperlukan:
1/4 pati sirap
Air gula
3/4 tin susu cair
1/2 botol ice cream soda
3/4 jug kiub ais
ais krim vanila
Langkah untuk melakukanya:
Kalau nak buat air gula tu senang sahaja. Letakkan gula dalam air mendidih dan kacau sehingga ia jadi sebati dan pekat tau! Kemudian masukkan pati sirap, susu cair dan ice cream soda, kacau sampai sebati.
Tambah air gula sehingga korang puas hati dengan manisnya. Kemudian masukkan ais dan hiaskan dengan ais krim vanilla sebelum masuk waktu berbuka.
7. Peppermint Lemonade
Photo from The Endless Meal
Bahan-bahan yang diperlukan:
4 sudu gula
Garam secubit
500ml air
2 biji jus lemon siap diperah
3 tangkai pudina
Langkah untuk melakukanya:
Dalam jug korang masukkan gula, garam dan pudina. Kemudian masukkan air dan kacau gula sehingga larut serta sebati, jangan lupa masukkan daun pudina supaya bau wangi dapat dikeluarkan.
Masukkan jus lemon tersebut dan kacau untuk kali terakhir sebelum korang masukkan ais!
8. Thai Green Tea Cincau
Photo from cookpad
Bahan-bahan yang diperlukan:
Thai Green Tea
1 sudu susu cair
5 sudu susu pekat manis (ikut rasa)
Ais
Cincau
Langkah untuk melakukanya:
Dalam satu jug masukkan 4 sudu thai green tea dan air panas secukupnya. Biarkan terlebih dahulu sehingga kembang selama beberapa minit. Jangna lupa untuk tapis dan masukkan pula susu cair dan susu manis.
Susus manis tersebut kalau rasa manis sangat kurangkan! Akhir sekali masukkan ais dan cincau sebelum korang hidang.
9. Iced Chocolate Mocha
Photo from The Healthful Ideas
Bahan-bahan yang diperlukan:
Kopi (yang korang suka)
Gula
Koko
1 cawan susu segar
1 aiskrim hazelnut chocolate
Langkah untuk melakukanya:
Pastikan korang ada blender terlebih dahulu kerana masukkan kopi, gula, koko dan air panas. Blend kesemuanya terlebih dahulu dan masukkan 1 cawan susu segar, 1 scoop aiskrim hazelnut chocolate.
Masukkan ais ke dalam jug dan tuang adunan tersebut bersama lagi satu scoop aiskrim sebelum berbuka.
10. Cha Bang Ang
Photo from Maya Kitchenette
Bahan-bahan yang diperlukan:
1 cawan gula merah
Tin susu cair
Tin susu segar
3 sudu susu pekat manis
Ais
Cincau
Biji selasih
Langkah untuk melakukanya:
Mulakan dengan panaskan setengah cawan gula melaka bersama 1 cawan air sehingga naik mendidih. Kemudian korang campurkan bahan bersusu ke dalam satu cawan untuk jadi satu adunan.
Masukkan ais dan tuang sirap gula merah, cincau dan biji selasih untuk menambah rasa! Akhir sekali baru masukkan adunan susu yang korang sediakan tadi dan minum sejuk baru puas hati.
Mungkin korang suka: