Kuih Tradisional Rare Semakin Susah Korang Nak Jumpa!
Ambang kemeriahan Raya Aidilfitri semakin menghampiri kita. Tak sabar rasanya untuk meraikan kemenangan setelah sebulan kita berpuasa dengan menjamu pelbagai juadah menyelerakan termasuk aneka kuih raya!
Setiap orang pasti mempunyai kuih kegemaran mereka. Walaupun ada yang jenis kurang makan kuih raya, bila dihidangkan kegemarannya nescaya 2 balang boleh disapu rata tanpa segan silu.
Kepentingan menghidang kuih raya di atas meja makan dapat menambah kepada suasana kemeriahan. Bayangkan kalau tiada balang kuih tersebut nescaya meja korang akan nampak janggal atau 'kosong' di bahagian tengah.
Photo from OYO
Disebabkan itu ada banyak jenis kuih untuk kita cuba menikmatinya ketika bersembang, melepak di hari raya. Tetapi korang pernah dengar tak nama beberapa kuih ini?
Kuih Kelamai
Photo from Harian Metro
Menjadi kegemaran orang di Perak terutama di Gopeng. Mengikut definisi, kalamai ialah sejenis kuih seperti dodol menggunakan bahan seperti tepung pulut, gula merah dan putih, santan, kerisik, tahi minyak.
Dari pemerhatian warna dan fizikal kelamai memang sama macam dodol yang berwarna coklat gelap ke hitam dan tekstur kenyal. Namun cara masaknya berbeza kerana perlu dibakar di dalam bulu macam lemang serta cara penyediaan lebih rumit.
Bermula dari bahan siap diadun perlu diperap selama tiga hari sebelum dibakar. Ini untuk pastikan bahan menjadi sebati dan dapat membentuk corak tertentu pada potongan kelamai siap dimasak.
Photo from Berita Harian
Apabila mengikut langkah penyediaan dengan betul. Barulah rasa kelanai itu dapat terhasil untuk kita nikmati.
Kuih Kuyak
Photo from Mak Sa
Merupakan kuih tradisional di Sarawak digemari oleh semua lapisan umur kerana rasanya. Pernah dengar beras pansuh? Ia merupakan beras istimewa kerana baru sahaja dituai. Bahan seterusnya seperti gula apong dan lada putih.
Pertama kali menikmatinya mungkin membuatkan korang terkejut kombinasi rasa pedas dan manis. Kombinasi rasa unik cukup membezakan kuyak dengan aneka kuih yang pernah korang rasai sebelum ini.
Photo from Mak Saya
Bukan senang nak jumpa orang yang mahir melakukannya dengan baik. Kalau terjumpa ambil peluang rasa!
Halwa Maskat
Photo from onenews
Pernah menjadi kegilaan ramai ketika zaman 80an dan 90an. Ia popular kerana mempunyai tekstur sama macam dodol dan menjadi hidangan istimewa di Pulau Pinang semakin lama dilupakan.
Kerana ia berbentuk segi empat diperbuat daripada minyak sapi, tepung dan gula. Kalau nak hasilkannya cantik petua orang dulu kata perlu dikacau dalam kuali tembaga untuk hasilkan warna cantik.
Lepastu adunan itu perlu diperap selama 3 hari sekurang-kurangnya sebeleum dikacau pada api perlahan selama lima jam tanpa henti. Mungkin sebab proses penghasilan renyah membuatkan manisan ini semakin dilupakan.
Mana tidaknya, kalau tersalah langkah bukan tekstur jeli dihasilkan. Tekstur berkerak dan rasa hangit akan korang nikmati.
Kuih Wajik
Photo from Resepi Che Nom
Ada yang kata manisan wajik mesti dihidangkan di pagi raya bersama dodol pada waktu dahulu. Kini orang beli sahaja kerana cara pembuatana pun sangat ringkas. Terdiri daripada beras pulut, gula merah putih, santan dan daun pandan.
Ini akan memberikan rasa manis kepada adunan yang sinonim dengan manisan tradisional kita. Orang utara akan panggil manisan ini pulut kacau, pantai timur pula nasi manis perlu mempunyai tekstur berlemak.
Photo from Cook Me Indonesian
Kemudian untuk pastikan manisan ini menjadi, wajik kena lembut melekat dengan gula tetapi masih ada rasa ranggup sedikit dan tidak boleh terlalu keras atau lembut!
Lepat Jagung
Photo from RASA
Haa.. yang ni memang susah sikit untuk korang jumpa kerana biasanya kita makan lepat pisang. Memberi rasa manis, lemak dan aroma jagung segar dibungkus menggunakan kulitnya sendiri.
Ia dapat elakkan berlakunya pembaziran ketika proses masakan. Semua bahagian jagung akan digunakan sepenuhnya untuk korang menikmati manisan kuih tradisional ini!
Kerepek Ubi Kayu Sira Gula
Photo from Utusan TV
Selain menjadi manisan untuk hari raya. Ia juga merupakan snek orang dulu-dulu kerana ubi kayu boleh disalut dengan pelbagai perisa untuk menghasilkan banyak jenis. Contohnya, pedas, manis, dan masin.
Untuk ubi kayu sira gula, ia bermula dengan ubi kayu dikupas sebelum direbus sehingga lembut. Seterusnya dipotong nipis dan disusun atas dulang untuk dijemuer sehingga kering. Proses seterusnya ialah mengoreng sehingga ranggup.
Akhir sekali disalut dengan gula aising untuk berikan rasa manis pasti dapat kenang semula nostalgia orang lama-lama. Sekali dah kena susah nak berhenti!
Semakin Susah & Jarang Korang Nak Berjumpa Dengan Kuih Ini!
Haa.. adakah ini kali pertama korang mendengar nama kuih muih ini? Bukan sahaja mereka ialah manisan tradisional. Ia juga semakin dilupakan dan generasi muda seterusnya pasti tidak berpeluang untuk menikmati rasanya.
Kalau begitu apa kata korang cuba buat di rumah menjelang sambutan Syawal nanti untuk menikmati sesuatu kelainan pada tahun ini.
Mungkin korang suka: