download Jom Explore app
4 Sebab Kenapa Korang Takleh Turun Berat Walaupun Berpuasa Ketika Ramadhan

4 Sebab Kenapa Korang Takleh Turun Berat Walaupun Berpuasa Ketika Ramadhan

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 06 Apr 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Lazimnya kebanyakkan orang menjadikan bulan ramadhan sebagai bulan untuk menurunkan berat badan ataupun mendapatkan bentuk badan yang ideal sebelum menjelang waktu Raya nanti kan!

Min sangat faham dan boleh relate tetapi kenapa walaupun berpuasa korang masih tak turun berat badan? Walaupun korang dah mencuba pelbagai cara ataupun dah makan pelbagai produk yang disyorkan.

Turun Berat Badan Memang Popular Time Bulan RamadhanPhoto from Sumber Gambar: Canva

Haa... ini sebab kenapa berat badan korang masih tak turun-turun walaupun korang berusaha sampai tak ingat dunia! Jom baca artikel ini sampai habis untuk tau kenapa.

1. Bagaimana Korang Menjaga Jadual & Tabiat Makan Ketika Bulan Ini?

Waktu Berbuka Ni Memang Seronok Lagi-Lagi Dapat Makan Makanan Fav KitaPhoto from Sumber Gambar: Canva

Haa.. korang confirm terlepas pandang pasal tabiat dan jadual pemakanan korang ketika bulan ni kan. Macam mana berat badan nak turun kalau waktu berbuka korang makan secara berlebihan ataupun ketika waktu moreh dan sahur pun korang makan tidak berhenti.

Tabiat seperti ini tidak membantu korang tau kerana makan secara berlebihan tidak disyorkan terutamanya pada waktu malam kerana metabolisma badan berada tahap yang rendah pada waktu malam. Lebih baik korang makan mengikut had ataupun menjaga kuantiti pengambilan makan supaya korang tidak melebihi had yang telah korang tetapkan.

Makan Secara Berlebihan Bahaya Tau!Photo from Sumber Gambar: Canva

Bukan itu saja tau, badan kita tidak mampu proses dengan efektif jika pengambilan makanan tidak dikawal dan tidak mengikut tabiat pemakanan yang baik.

2. Makanan Tidak Berkhasiat Tidak Tinggal!

Fast Food Ini Tak Berkhasiat Tau!Photo from Sumber Gambar: Canva

Bila kita scroll platform media sosial, bersepah kan akaun yang menghasut kita dengan pelbagai jenis makanan yang menyelerakan ketika waktu berpuasa ini sekaligus membangkit nafsu makanan korang.

Haa.. ini antara punca kenapa berat badan korang tak turun tau lagi-lagi kalau korang kekal makan makanan yang tidak berkhasiat. Korang kena pastikan adakah makanan korang tidak berlebihan dari segi kuantiti gula, garam ataupun minyak.

Korang kena pastikan corak pemakanan korang dijaga kerana ia sangat penting jika korang ingin menurukan berat badan dengan ideal. Bukan itu sahaja, Min syorkan untuk korang ikut gaya pyramid makanan untuk memasitkan pengambilan makanan korang secara berkhasiat.

Kalau Tak Jaga Makan Sangat Susah Nak Turun Berat Badan!Photo from Sumber Gambar: Canva

Selain itu, korang juga perlu mengurangkan pengambilan gula dalam makanan dan juga minuman korang tau. Sebaliknya, lebihkan pengambilan sayuran dalam makanan supaya badan korang masih kekal menerima nutrisi yang diperlukan untuk berpuasa sehari.

3. Penatnya Berpuasa Ni.. Mana Sempat Nak Bersenam

Jogging Sebelum Berbuka Takdalah Penat SangatPhoto from Sumber Gambar: Canva

Min faham puasa merupakan perkara yang sangat memenatkan. Tidak semua mampu bertahan berpuasa atas kerana pelbagai faktor. Puasa juga merupakan sebuah ujian kepada kita kerana menahan diri dari rasa lapar dan dahaga memerlukan kekuatan mental dan juga fizikal yang tinggi.

Min syorkan untuk korang cuba bersenam satu jam ataupun 30 minit sebelum berbuka ataupun lakukan aktiviti fizikal ringan seperti jogging untuk membakar lemak badan korang tanpa menambah beban ketika berpuasa. Bukan itu je, korang perlu mencari masa yang sesuai dengan jadual waktu harian korang yang membenarkan diri untuk melakukan aktiviti fizikal ataupun bersenam.

Kalau Boring, Boleh Ajak Teman Untuk Jogging!Photo from Sumber Gambar: Canva

Aktiviti fizikal tidak terhad kepada melakukan aktiviti berat, korang boleh juga lakukan aktiviti seperti berbasikal, yoga ataupun berjalan ke masjid sudah cukup. Selain itu, Min suggest untuk korang bersukan pada waktu malam lagi best!

Apa kata korang cuba bersenam selepas terawih lagi seronok tau!

4. Walaupun Berpuasa, Badan Kita Perlukan Air Untuk Kekal Hidrasi Tau

Cuaca Panas Kat Negara Kita Kena Minum Air Lebih Tau!Photo from Sumber Gambar: Canva

Negara kita memang terkenal dengan cuaca panas yang membahang lagi-lagi waktu kita berpuasa ni kan! Min memang tak boleh tahan. Haa.. sebab itu ketika berpuasa korang kena pastikan kekal hidrasi dengan minum air secukupnya ketika waktu sahur dan juga waktu berbuka.

Menurut laman hellodoktor, ketika berpuasa badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air untuk mengekalkan badan pada tahap optimum tau! Apabila badan kita kekurangan air, korang akan rasa lesu dan lebih cepat letih berbanding biasa.

Selain itu, bila kita cepat lesu semakin kuranglah pergerakan kita menyebabkan lemak dalam badan semakin degil untuk hilang! Haa.. sebab itu pentingnya badan memerlukan air untuk pastikan kita berada di tahap optimum tau.

Korang Kena Berjaga-jaga Kalau Minum Air Bergula NiPhoto from Sumber Gambar: Canva

Tapi bukan semua jenis air korang boleh minum untuk hilangkan dahaga tau! Pastikan korang minum air mineral ataupun air putih waktu berbukan nanti dan juga sahur dan elakkan dari minuman berkarbohidrat dan gula yang berlebihan kerana ia hanya memudaratkan badan serta menambah lagi berat badan yang susah hilang tu!

Haa.. sekarang korang dah tau kan punca kenapa berat badan tak hilang! Jadi, pastikan lepas ni korang ikuti langkah yang ditulis dalam artikel ini untuk pastikan berat badan korang turun pada tahap ideal ketika Raya nanti.

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok