Kuih Tradisional: Kenal 13 Kuih Unik Mengikut Negeri
Selain daripada pelbagai makanan menyelerakan yang kita boleh pilih bila-bila masa. Negara kita turut mempunyai budaya kuih tradisional yang unik mengikut setiap negeri. Korang dapat tak kenal pasti kesemuanya dan berjaya merasai dalam kehidupan?
Negera kita cukup kaya dengan kepelbagaian budaya, gaya hidup, adat dan agama. Warisan makanan tradisi menjadi faktor kepada kepelbagaiaan budaya warna-warni dalam masyarakat tempatan.
Selain daripada orang Melayu, masyarakat Cina dan India juga dapat berkongsi kuih tradisional menggunakan teknik masakan dalam budaya mereka. Contohnya masyarakat Cina terkenal dengan kuih bulan serta kuih bakul.
Bagi masyarakat India pula ada vadai dan muruku yang digemari oleh semua. Kalau masyarakat Melayu pula? Haa.. terlampau banyak sampai tak terkira dan sebab itu ia wajar diangkat sebagai identiti dan memberikan keunikan yang tak dijumpai di tempat lain.
Ini juga bagus untuk menarik perhatian pelancong luar yang ingin merasai keunikkan budaya masyarakat tempatan. Selain itu, kita juga perlu pastikan tradisi ini tidak ditelan zaman apabila semakin ramai generasi muda kurang peka akan pilihan kuih yang kita ada.
Photo from Rise Malaysia
Kalau begitu kita pusing satu negara untuk melihat kuih yang unik mengikut negeri.
Perlis: Emping Padi
Photo from Pinterest
Rata-rata generasi muda jarang makan kuih dan tidak terkejut sekalipun kalau baru pertama kali mendengarnya. Kadang kala ia dipanggil dengan nama lainnya iaitu Ringgi. Ia diperbuat daripada padi pulut muda yang berwarna hijau.
Cara pembuatannya dengan disangrai yang bermaksud goreng tanpa minyak. Dalam proses ini satu, dua atau beberapa biji padi akan mula memberi reaksi sama seperti popcorn. Bila panas dia mula meletup.
Selesai cara itu, ia akan ditumbuk dalam lesung dan ditampi untuk buang kulitnya. Emping biasanya dimakan dengan campuran kelapa parut dan gula.
Pulau Pinang: Putu Mayam
Photo from Che Nom
Antara kuih paling digemari ramai dan dikenali juga tau. Kalau di negeri Pulau Pinang ia dikenali sebagai Putu Mayong. Menggunakan tepung beras dan dimasak dengan cara mengukus.
Rupanya pula seperti mi bihun dan cara makannya yang enak membuatkannya sangat popular. Campuran putuh mayam, gula perang dan kelapa parut akan buat sesiapa sahaja boleh jatuh cinta dengannya.
Gabungan rasa lemak, manis itu bagi min bagi rasa sangat sedap.
Kedah: Pek Nga
Photo from Pemetaan Budaya
Eh kenapa rupanya macam lempeng kelapa? Haa.. iya lebih kurang sama rupanya kerana menggunakan 4 bahan sahaja untuk hasilkannya. 4 bahan dicampurkan bersama iaitu tepung gandum, air, garam dan isi kelapa parut.
Bahan tersebut sangat penting untuk berikan rasa lebih enak dan sesuai untuk di makan bila-bila masa sahaja. Dari pagi sampai ke malam bila cicah dengan kuah kari atau sambal sungguh menyelerakkan.
Terengganu: Paung Goreng
Photo from Dapur Cikta Vok
Ia juga dikenali sebagai kuih bom inti ikan kerana disinya terdapat serunding ikan. Kuih paung dibuat menggunakan tepung gandum dan tepung beras. Tetapi ingat, kalau salah cara masak boleh jadi bom tau.
Untuk elak perkara ini berlaku pastikan doh kulit paung disejukkan dalam peti sejuk semalaan sebelum korang masukkan inti tersebut. Bila dah mula goreng biarkan sahaja jangan kacau terlampau kerap.
Karang rosak pulak.
Kelantan: Akok
Photo from New Straits Times
Antara kuih yang kita boleh dapat dalam pelbagai bentuk menambah ciri lebih unik pada Akok. Ada bentuk seperti bujur, buah ulu atau bunga kemboja dan rasanya semua cukup enak. Resipi ini menggunakan kuantiti telur sangat banyak untuk hasilkan rasa manis, berlemak & bertelur.
Selain itu, tepung, gula dan santan adalah rakan baik untuk lengkapkan Akok. Kalau ikut tradisi ia akan dimasak menggunakan dapur tradisional yang guna arang cuma sekarang boleh dibakar dalam oven atau air fryer sahaja.
Pahang: Apam Baghdad
Photo from cookpad
Dikatakan adalah kuih tradisional popular di daerah Pekan, Pahang. Kuih apam ini berwarna kuning terang dan hijau terang datang dari seri kaya diletakkan bahagian atas apam. Bahan untuk hasilkan pula sangat biasa seperti gula, telur dan tepung penaik.
Mungkin nama yang sedikit janggal turut menambah elemn penting pada kuih ini.
Perak: Kuih Limas
Photo from RASA
Sekali pandang nampak macam kuih pelita yang sangat popular. Walau bagaimanapun rupa yang dibezakan dengan penggunaan tepung. Kuih Limas menggunakan tepung gandum manakala kawannya guna tepung beras.
Rasanya pula cukup sedap.
Selangor: Bahulu Kemboja
Photo from Che Nom
Kuih kegemaran min mungkin kerana min dilahirkan di negeri ini. Kuih bakar sedap dimakan pada bila-bila masa terutama waktu sarapan pagi. Ia juga mempunyai nama lain iaitu Bahulu Kemboja perlu menggunakan jus pandan asli.
Bahagian atasnya pula mengeluarkan warna dan rasa karamel apabila sudah siap dibakar. Acuannya pun kena sapu rata minyak atau majerin sebelum dibakar dalam oven. Kalau tidak melekat kuih bakar korang.
Negeri Sembilan: Kuih Sopang
Photo from Majlis Keselamatan Negeri
Dalam keluarga kuih koci atau badak berendam tapi sangat berbeza dari segi bentuk dan rasa. Sopang dibuat daripada tepung pulut, gula melaka bersama inti kelapa parut. Mengikut resipi tradisional, doh dilipat dua menggunakan sapu tangan dilapik dengan daun pisang bagi memudahkan prosess membentuk kuih jadi bentuk karipap.
Nak masaknya pula kukus bersama kuah santan.
Melaka: Keria Gula Melaka
Photo from Che Nom
Kombinasi tepung gandum, ubik keledek berjaya menghasilkan kuih yang sangat sedap ini. Ubi keledek yang guna pun kena betul tau kerana ramai suka warna putih berbanding orean.
Salutan manis tersebut disalut dengan sira gula melaka memberi rasa manis yang sangat sedap terutama bila dicicah dengan air panas.
Johor: Kacau Keledek
Photo from cookpad
Kalau nak hasilkan yang ni kena banyak bersabar untuk mengacau adunan itu. Bahannya adalah ubi keledek oren dan santan sahaja. Ubi tersebut akan direbus dan dilenyak kemudian, digual sampai sebati dengan santan dan telur yang telah dipukul terlebih dahulu.
Adunan ini dicampur dengan air gula dan direbus atas api sederhana. Proses mengacau bermula sampai jadi pekat dan liat sebelum dibentuk mengikut kesukaan kita. Nak buat bentuk pelik pun takpa ikut sedap hati.
Sabah: Kuih Tiram
Photo from Che Nom
Ada yang panggil ni lidah buaya dan terkenal dalam kalangan orang Melayu Brunei di Papar, Sabah. Dohnya dibuat menggunakan tepung gandum dan majerin kemudia akan disapu dengan pes tepung jagung atau tepung ubi. Siap proses itu ia akan digulung untuk dipotong pula sampai jadi halus.
Hirisan halus doh dilenyek hingga nipis dan digoreng dan disalut dengan gula asing sebelum dihidangkan.
Sarawak: Penyaram
Photo from Maria Channel
Selain Penyaram ia dikenali sebagai Kuih Topi oleh orang Sarawak. Menggunakan adunan tepung gandum, tepung beras dan gula apong ia akan diperap untuk 2 hingga 3 jam atau semalaman.
Bila dah selesai perap ia akan goreng tau memberikan warna dan rasa unik itu.
Mungkin korang suka: