download Jom Explore app
Persiapan Balik Kampung: Tip Perjalanan Lancar & Selamat Raya 2025

Persiapan Balik Kampung: Tip Perjalanan Lancar & Selamat Raya 2025

Hot & Viral
By Anthony Teo on 24 Mar 2025
Deputy Managing Editor

Hari Raya 2025 semakin hampir! Ramai yang sudah mula merancang perjalanan balik kampung untuk beraya bersama keluarga tersayang. Namun, kesesakan lalu lintas dan kejadian tak diingini boleh merosakkan mood perayaan. Oleh itu, pastikan anda buat persiapan awal supaya perjalanan lebih lancar dan selamat!

Pastikan perjalanan balik kampung lebih lancar & selamat dengan persiapan awal. Photo from Canva

1️⃣ Periksa Kenderaan Sebelum Bertolak

Sebelum memulakan perjalanan jauh, adalah penting untuk memastikan kenderaan anda berada dalam keadaan terbaik. Langkah ini bukan sahaja menjamin keselamatan, malah membantu mengelakkan sebarang masalah di tengah jalan.

Pastikan kenderaan dalam keadaan baik & semak trafik lebuh raya sebelum bertolakPhoto from Canva

Semak minyak enjin & air radiator – Pastikan tahap minyak enjin mencukupi dan air radiator berada pada paras yang betul untuk mengelakkan kereta overheat.

Periksa brek & tayar – Pastikan brek dalam keadaan baik dan tekanan angin tayar mencukupi. Jangan lupa periksa tayar simpanan!

Caj Touch 'n Go atau RFID – Elakkan kesesakan di tol dengan memastikan baki mencukupi.

Bawa peralatan kecemasan – Termasuk segitiga keselamatan, lampu suluh, 'jump starter' dan alat pembuka tayar.

Dengan melakukan pemeriksaan ini, anda boleh mengelakkan insiden yang tidak diingini sepanjang perjalanan!

2️⃣ Cara Dapatkan Bantuan Kecemasan di Lebuhraya

 Apa yang perlu dibuat jika kereta rosak di lebuh raya? Photo from Canva

Walaupun segala persediaan telah dibuat, ada masanya kejadian yang tidak dijangka tetap berlaku. Jika kereta rosak atau tayar pancit, jangan panik! Sebaliknya, ikuti langkah-langkah berikut:

Jangan Panik! Ikuti Langkah-Langkah Ini:

Ikuti langkah ini jika berlaku kecemasan di lebuh raya. Photo from JE

✔ Nyalakan lampu kecemasan – Supaya pemandu lain lebih berhati-hati dan anda lebih mudah dikenali. Pandu perlahan ke lorong kecemasan di sebelah kiri.

✔ Kenal pasti lokasi anda – Periksa papan tanda putih atau hijau di tepi jalan untuk mendapatkan nombor lokasi bagi memudahkan bantuan tiba ke tempat anda.

✔ Hubungi talian kecemasan lebuh raya – Setiap lebuh raya mempunyai pusat kawalan trafik yang boleh memberikan bantuan segera. Maklumkan lokasi anda kepada pihak penyelamat.

Hubungi talian bantuan berikut untuk mendapatkan bantuan segera:

Pastikan anda kenal pasti lokasi anda dengan melihat papan tanda kilometer terdekat untuk memudahkan bantuan tiba dengan cepat. Sentiasa utamakan keselamatan diri dan penumpang semasa menunggu bantuan tiba.

Photo from JE

Photo from JE

Photo from JE

Photo from JE

Photo from JE

3️⃣ Elak Kesesakan: Semak Trafik Lebuh Raya Secara Langsung

Balik kampung semasa musim perayaan memang sinonim dengan kesesakan lalu lintas. Namun, anda boleh mengurangkan stres dengan merancang perjalanan lebih awal. Gunakan platform berikut untuk menyemak keadaan trafik secara live:

Portal Rasmi LLM (Lembaga Lebuhraya Malaysia)

​Semak status trafik semasa melalui paparan CCTV di Portal Rasmi LLM.Photo from JE

📍 Layari Portal Rasmi LLM dan klik tab Status Trafik Semasa. 📍 Pilih lebuh raya yang ingin dipantau. 📍 Paparan CCTV secara live akan ditunjukkan.

Aplikasi PLUS

​Muat turun aplikasi PLUS untuk info trafik terkini, paparan CCTV, dan laluan alternatif. Photo from JE

📍 Muat turun aplikasi PLUS di Google Play Store atau Apple Store. 📍 Dapatkan info trafik terkini & lihat keadaan lebuh raya melalui kamera CCTV. 📍 Info laluan alternatif jika berlaku kesesakan.

Jalanow

​Layari Jalanow untuk menyemak keadaan trafik secara real-time. Photo from JE

📍 Layari Jalanow untuk menyemak keadaan trafik secara real-time. 📍 Maklumat dikemaskini dengan pantas bagi membantu anda mengelak jalan sesak.

Rancang Perjalanan, Nikmati Raya Tanpa Stres!

Perjalanan lancar, hati pun riang. Selamat balik kampungPhoto from Canva

Jangan biarkan perjalanan balik kampung merosakkan semangat raya anda. Dengan persiapan awal dan langkah keselamatan yang betul, anda boleh sampai ke destinasi dengan selamat serta menikmati masa berkualiti bersama keluarga.

Jadi, buat persiapan dari sekarang! Semoga perjalanan anda lancar dan selamat. Selamat balik kampung dan Selamat Hari Raya 2025!

Korang Mungkin Akan Suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok