download Jom Explore app
Fakta Menarik Pasal Bulan Ramadhan Untuk Pelajari

Fakta Menarik Pasal Bulan Ramadhan Untuk Pelajari

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 08 Mar 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Haa.. tak lama lagi berubah suasana negara kita setelah tibanya bulan mulia yang dinanti-nantikan oleh umat islam. Bulan yang dipenuhi dengan amalan kebaikkan mempunyai beberapa fakta menarik jugak tau.

Dalam bulan ini kita digalakkan untuk perbanyakkan amalan kebaikkan. Tujuan kita berpuasa ialah untuk menahan diri daripada melakukan apa-apa yang boleh membatalkan puasa kita.

Macam kita tahu, makan atau minum ialah cara paling mudah untuk membatalkannya. Seterusnya puasa mengajar kita untuk memahami nasib golongan yang tidak berkemampuan.

Fokus kita pun kearah melakukan ibadah. Ini dapat membekalkan kerohanian kita serta membersihkan fizikal dan minda untuk menjadi muslim lebih baik dengan melarang diri melakukan perkara mengurangkan pahala berpuasa.

Masjid akan jadi rumah utama pada bulan mulia nantiPhoto from Visit Selangor

Sebelum itu..

Apa Kepentingan Bulan Ramadhan Untuk Kita?

Sebenarnya apa kepentingan bulan Ramadhan untuk kita?Photo from Tribun-bali

Ramadhan ialah bulan paling berharga dalam kalendar Islam. Kitab suci Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW dalam gua Hira melalui Malaikat Jibril (AS). Allah SWT berfirman dalam Al-Quran,

"Bulan Ramadhan ialah bulan yang pertama kali diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia. Dalamnya terdapat bukti-bukti yang jelas tentang petunjuk Ilahi dan pembezaan antara benar dan yang salah.

Barangsiapa antara kamu yang menyaksikan bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa", Surah Al-Baqarah, 2:185.

Ambil peluang untuk melakukan amalan kebaikkanPhoto from Utusan Malaysia

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan Rasulullah S.A.W bersabda: Sesiapa berpuasa Ramadhan kerana iman dengan mengharapkan pahala, akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (Kitab Sunan an-Nasa'i-22 Hadis-116)

Ramadhan Bermaksud Panas

Ramadhan bermaksud panas terik? Betul kePhoto from Agenda Daily

Perkataan Ramadhan berasal daripada perkataan Arab 'Ramad' bermaksud kekeringan. Dalam bahasa Inggeris, Ramadan maksudnya 'bulan panas' atau bulan terik atau panas membara.

Tetapi jangan fikir setiap kali bulan mulia tiba bumi serta merta panas. Ia bergantung pada kalendar lunar bermaksud tidak selalunya panas dan dalam konteks kalendar Gregorian tarikh Ramadhan bergerak ke belakang sepuluh hari setiap tahun.

Kita rasa panas sebab iklim cuaca negara kita sahaja.

Amalan Berpuasa Dimulakan Pada 624 M

Amalan berpuasa dipenuhi dengan banyak amalan seperti solat terawihPhoto from Kosmo Digital

Menurut sejarah, puasa pertama kali dilaksanakan oleh umat Islam dua tahun selepas bermulanya kalendar Islam. Rasulullah S.A.W dan para sahabat mula berpuasa pada bulan mulia untuk bersyukur nikmat dan rahmah dari tuhan.

Amalan itu menjadi sunnah dan diamalkan oleh seluruh umat islam harini. Dalam Al-Quran juga Allah SWT berfirman, "Wahai orang-orang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu.

Agar kamu beroleh perlindungan Allah (terhadap godaan jiwa ragamu) dan bertakwa."

Kurma Memang Wajib Dalam Bulan Mulia

Buah Kurma memang banyak khasiatPhoto from Daily Makan

Kurma ialah salah satu makanan penting dalam diet Rasulullah. Baginda gemar makan kurma untuk berbuka puasa dan amat dikenali kerana mengandungi jumlah karbohidrat dan serat yang baik.

Selepas penat berpuasa sepanjang hari makan kurma ialah cara terbaik untuk dapatkan sumber nutrien semula. Ia dapat tingkatkan semula penghadaman dan membekalkan tenaga secukupnya dengan kadar segara.

Vitamin seperti kalium dan magnessium yang tinggi menjadikan kurma buat sangat sihat. Patutlah ia sangat popular pada bulan ini.

Ramadhan Ialah Bulan Pemurah & Pemberian

Ambil peluang untuk cuba mendermaPhoto from Harian Metro

Rasulullah S.A.W pernah bersabda, Allah SWT berfirman, "Semua amalan anak Adam adalah untuk dirinya sendiri melainkan puasa. Ia hanya untuk-Ku, dan Aku akan memberikan pahala kepadanya." (Bukhari)

Disebabkan itu bulan mulia dikenali sebagai bulan kesederhanaan dan kerendahan hati. Maka pahala untuk bersedekah dan zakat pada bulan mulia sangat besar, ia bukan sahaja menyucikan harta tetapi melembutkan hati untuk jadikan mereka insan lebih baik.

Justeru itu, rebut peluang untuk banyak lakukan kebaikkan dari sekecil-kecil amalan.

Aidilfitri Ialah Hadiah Untuk Ramadhan

Hari Raya Aidilfitri ialah hadiah untuk kita berpuasaPhoto from Berita Harian

Bila selesai sahaja berpuasa pada bulan mulia kita akan menyambut Hari Raya Aidilfiti. Ia merupakan hadiah daripada tuhan bagi mereka yang berpuasa dan waktu itu kita dapat menikmati serta meraikkan kebesaranNya.

Umat Islam seluruh dunia menyambut hari raya dengan memakai pakaian baru, menikmati makanan menyelerakan.

Setiap Negara Mempunyai Cara Beritahu Waktu Berbuka

Kota Sarajevo akan menembak meriam untuk tanda berbukaPhoto from Sarajevo Times

Menariknya hampir setiap negara Islam mempunyai cara tersendiri untuk memberitahu waktu berbuka sudah tiba. Kalau dalam negara kita, laungan Azan berkumandang untuk menandakan waktu berbuka.

Di negara lain contohnya, ada tembakan meriam seperti di kota Sarajevo. Mereka akan melepaskan tembakan untuk memberitahu waktu berbuka sudah tiba dan menjadi salah satu tradisi.

Ada Yang Kena Puasa 20 Jam Sehari

Boleh bayangkan tak berpuasa selama 20 jamPhoto from UMK

Fakta terakhir ialah tentang Murmansk, sebuah bandar di Rusia. Ia terletak tidak jauh dari sempadan Norway dan Finland, cuaca sangat sejuk dan berada di bawah tahap beku beberapa bulan.

Fajar di bandar ini biasanya naik sekitar pukul 1-2 pagi. Waktu maghrib selepas pukul 9 malam pulak tu, haa.. maksudnya kalau korang lakukan kira-kira sendiri. Korang akan perasan yang mereka berpuasa lebih daripada 20 jam sehari.

Korang boleh bayangkan tidak?

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok