6 Jenama Nugget Ayam Tempura Yang SEDAP Untuk Cuba!
Tidak mengenal usia sekalipun, nugget sentiasa menjadi pilihan ramai sebagai snek mudah, pantas dan enak dimakan. Namun nak beli di restoran makanan segera harganya mahal! nasib baik ada pilihan segera kan?
Umum mengetahui majoriti masyarakat tempatan akan memilih untuk beli nugget frozen di pasar raya dan menggorengnya sendiri di rumah. Lebih menjimatkan dan nikmat apabila dapat berkongsi bersama orang tersayang.
Photo from Che Nom
Namun, terlalu banyak jenama yang menjual produk yang sama. Mana satu yang sedap dan berbaloi untuk cuba?
Demikian itu, lihat pilihan utama wajib anda cuba yang rasanya macam di kedai mahal!
Photo from Kompas
1. Ramly Nugget
Photo from Jaya Grocer
Walaupun terkenal dengan aneka daging burger yang menjadi kegemaran ramai. Jenama Ramly turut mengeluarkan nugget tetapi ditawarkan pelbagai jenis!
Contohnya seperti ayam, ikan, lembu, tempura, lada hitam dan bermacam lagi. Pilihan sebanyak ini sudah semestinya untuk memenuhi citarasa setiap warganegara.
Di sebalik pilihan ini, min sarankan ada cuba versi tempura. Rasanya lebih sedap, rangup dan menarik berbanding versi yang lain.
Photo from Trade42
2. Nutriplus Cruncy Spicy Tempura
Photo from JayaGrocer
Perlu diingatkan Nutriplus turut menawarkan varian tak pedas bagi mereka yang tak makan pedas. Tapi, kalau tanya min varian ini lebih menyelerakan terutama pada waktu petang lepas balik kerja!
Rasanya pedas-pedas manja memberikan sedikit 'umph' berbanding pilihan lain. Tak lupa juga kerangupan dan isi berjus, padanlah menjadi antara kegemaran ramai warga tempatan.
3. Marina Tempura Chicken Nugget
Photo from JayaGrocer
Marina membezakan diri dari persaingan dengan menggunakan isi dada ayam dan tepung tempura berkualit tinggi. Juga mempunyai pelbagai varian seperti Original, Cheddar Cheese, Chicken Sausage Chunks dan Vegetables pasti dapat memuaskan sesiapa sahaja.
Rasa teksturnya yang rangup di luar dan lembut di dalam membuatkan ramai gemar jenama Marina. Lagipun ia mudah untuk dicari di seluruh pasar raya menjadikannya antara pilihan utama.
Photo from Cookpad
4. First Pride
Photo from myAeon
Ramai orang mendakwa bahawa jenama ini digunakan di francais popular di negara kita yang pasti anda tahu. Ini kerana rasa jenama First Pride seakan-akan sama tau!
Menariknya terdapat perisa pedas yang pasti anda akan gemar berbanding perisa biasa. Tak lupa juga, ada versi ikan untuk anda cuba.
Selain itu, First Pride sering mendapat pujian dan menjadi pilihan utama kerana rasanya sungguh berbeza dari pilihan lain. Sedap sehingga menjilat jari.
Photo from First Pride
5. CB Chicken Nugget
Photo from DagangHalal
Sering dianggap sebagai pilihan 'underrated' daripada majoriti penggemar nugget ayam. Jenama ini menawarkan rasa tempura yang sedap dan rangup, sesuai untuk dinikmati ketika panas.
Isinya yang lembut membuatkan ia berjaya mencuri hati ramai peminat. Betul-betul memikat selera ramai katanya.
6. Lotu's Chicken Nugget
Photo from Twitter
Pasar raya Lotu's turut menawarkan pilihan nugget yang masih ramai tak tahu. Terdapat 3 jenis iaitu Golden Crumb Chicken, Spicy Tempura Chicken dan Golden Crumb Chicken.
Rasanya pula dikatakan memang setanding dengan apa yang anda nikmati di restoran makanan segera menurut peminatnya. Selain itu, harganya yang berpatutan turut membuatkan ia menjadi antara pilihan popular.
Photo from Masak Apa Harini
Siapa sangka banyak rupanya jenama menjual nugget ayam untuk kita cuba kan? Rasanya pula sedap dengan harga berpatutan memberi peluang kepada kita untuk menikmatinya tanpa perlu memandu ke kedai.
Oleh itu, min harap info ini bermanfaat dan membuka mata anda kepada pilihan yang menyelerakan.
Photo from Serious Eats
Mungkin korang suka: