download Jom Explore app
Kenikmatan Kuih Nekbat Ketika Bulan Ramadan Sahaja

Kenikmatan Kuih Nekbat Ketika Bulan Ramadan Sahaja

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 27 Mar 2024
Digital Editor

Tok aji, serban, jala mas, tepung gomok, kuih kepal mungkin nama asing bagi kita. Namun ia merupakan kuih tradisional Terengganu yang menjadi tumpuan ketika bulan mulia terutama kuih Nekbat yang wajib dinikmati oleh masyarakat pantai timur.

Makanan orang pantai timur tidak terlalu popular serta berpengaruh selain daripada beberapa pilihan utama. Orang Malaysia secara purata kenal hidangan seperti nasi dagang dan nasi kerabu sahaja.

Jika dibandingkan dengan makanan orang utara, makanan pantai timur khususnya Terengganu memberi tumpuan kepada pilihan makanan laut serta herba aromatik. Contohnya seperti Satar, Keropok Lekor, Gulai Tempoyak.

Bukan itu sahaja, pencuci mulut tradisional seperti akok, lompat tikam dan mek comey memang kena cuba. Tetapi ia tidak boleh lawan kenikmatan kuih nekbat yang sering digemari oleh orang Terengganu selepas selesai membuka puasa.

Meriah betul kalau lihat kuih tradisional ada di pantai timurPhoto from Harian Metro

Haa.. korang pernah cuba kuih tradisional ini?

Kenapa Rupanya Macam Kuih Bahulu?

Ini rupa kuih nekbat untuk orang kali pertama melihatnyaPhoto from Rezeki Dapur Kita

Menurut Majlis Keselamatan Negara, kuih nekbat merupakan kuih tradisional yang dijadikan sebagai pencuci mulut. Ia diperbuat daripada tepung beras dan telur dan sering dijumpai di kawasan pantai timur (Terengganu, Kuantan, Kelantan).

Biasanya muncul setahun sekali sahaja dan menjadi pilihan utama masyarakat di sini. Walaupun sekali pandang macam kuih bahulu, cara makannya sangat berbeza kerana kalau korang gigit macamtu sahaja rasa tawar akan memenuhi mulut.

Nampak seperti kuih bahulu tetapi lain tauPhoto from Ajinomoto Malaysia

Sebaliknya, kena makan bersama air gula untuk melengkapkannya. Secara tradisional kaedah memasak kuih ini menggunakan acuan tembaga dan bara api untuk gaul air gula dengan nekbat bersama-sama secara perlahan.

Dimasak dalam air gula untuk hasilkan rasa manisPhoto from Shopee Malaysia

Bila dah siap proses itu, kena cepat angkat untuk elak 'masuk angin' dan membolehkan ia kembang dengan cantik. Ada juga orang suka makan secara kering dan ada segelintir suka jadikan air gula sebagai kuah.

Populariti Kuih Tradisional Orang Terengganu

Sangat populr ketika bulan Ramadan sahajaPhoto from Berita Harian

Setiap kali pada bulan Ramadan singgah sahaja mana-mana bazar dan boleh lihat ramai peniaga akan sediakan kuih ini. Seorang pasangan suami isteri mampu menghasilkan sehingga 4,000 nekbat sehari untuk memuaskan permintaan tinggi.

Menurut pasangan itu, mereka telah menghasilkan kuih ini sejak 17 tahun lalu. Biasanya akan hasilkan ketika bulan Ramadan dan akan ambil tempahan ketika bulan biasa. Untuk melakukannya pasangan ini akan bermula selepas selesai solat Subuh sehingga jam 12 tengahari.

Digemari ramai menyebabkan ramai akan hasilkannya untuk dijualPhoto from mStar

Biasanya kuih ini akan bertahan sehingga tiga hari pada suhu bilik. Ia boleh bertahan sehingga setahun jika korang letak di tempat sejuk beku. Harganya bergantung pada penjual dan selalunya lima biji nekbat bermula serendah RM1 dan boleh cecah RM20 untuk 100 biji.

Cara Untuk Hasilkannya Sendiri Di Rumah

Kalau malas beli boleh hasilkan di rumahPhoto from Daily Makan

Min faham tak semua orang yang baca artikel ini datang dari pantai timur. Disebabkan itu, mereka jarang sekali pergi ke bahagian sana berbanding mereka yang beraya atau mempunyai kampung di situ.

Namun selain daripada beli boleh sahaja untuk korang cuba hasilkan sendiri di rumah. Cara pembuatannya pun senang sahaja dan resipinya mudah tidak memerlukan banyak bahan sekalipun.

Bahan (Nekbat):

 

  • 3 biji telur ayam
  • 125 gram tepung gandum atau tepung beras
  • Sedikit pewarna kuning (kalau taknak letak kuih jadi warna tepung)

Bahan (Air Gula):

  • 2 gelas air
  • 10 sudu gula (ikut citarasa, nak manis tambah lagi)
  • 1/2 helai daun pandan
  • 1/2 bunga cengkih

Langkah-langkah:

  • Pecahkan biji telur dan pukul sehingga kembang
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil mengaup supaya aduan tidak terjatuh
  • Sapu acuan guna minyak dan bakar pada suhu 200°C selama 15 minit

Kalau di Terengganu memang banyak peniaga kuih macamniPhoto from Syafik Ambak Bernama

Langkah-langkah (Air Gula):

  • Masukan kesemua bahan dalam mangkuk
  • Biarkan ia masak sehingga mendidih
  • Kemudian masukkan nekbat dan gaul secara perlahan-lahan
  • Biarkannya sejuk sebelum korang menikmatinya!

Paling sedap bila dibiarkan sejuk dalam peti ais selepas selesai makan. Selamat mencuba!

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok