download Jom Explore app
5 Port Best Wajib Pergi Bila Bercuti Di Kuala Terengganu!

5 Port Best Wajib Pergi Bila Bercuti Di Kuala Terengganu!

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 11 Sep 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Menjadi destinasi utama bagi pelancong tempatan dan antarabangsa, Terengganu merupakan salah satu permata di pantai timur. Namun, kenapa ramai kata tiada port best di sini walaupun ia mempunyai khazanah, budaya dan sejarah masih ramai tidak mengenali?

Tidak kisah sama ada anda datang ke sini untuk makan, melancong, pergi ke pulau atau menikmati budaya tempatan. Terengganu merupakan salah satu negeri yang mempunyai sesuatu untuk semua orang.

Port mana best jika melawat ke Terengganu?Photo from Kayak

Jika anda ikut nasihat daripada agen travel, anda pasti akan timbul perasaan kecewa. Mungkin kerana mereka rekomen port tourist yang dibanjiri dengan pelancong.

Haa.. kalau begitu mungkin anda akan suka port yang min nak rekomen ni. Sebab ia bakal membuka mata anda kepada permata di pantai timur ini.

Pasar Payang

Diberi nafas baru namun budayanya sangat kayaPhoto from Shahrulnizam

Port pertama sudah tentulah Pasar Payang yang sudah beroperasi sejak tahun 1964 sebagai pusat pedagang tempatan. Pasar ini dinamakan sempena perahu payang merupakan perahu nelayan terbuka Melayu tradisional.

Di sini anda boleh berbeli belah pelbagai kraf tangan, makanan tempatanPhoto from Shahrulnizam

Kenapa min rekomen tempat yang ramai rekomen setiap kali ke Terengganu? Kerana di sini anda dapat menikmati pelbagai kraf tangan tradisional, budaya pantai timur, hasil makanan laut tempatan dan rasa masakan orang di sini.

Tambahan pula, pelbagai tekstil boleh dibeli untuk dijadikan pakai tradisional. Jika tidak membeli-belah, anda wajib mencuba pelbagai makanan ringan yang dijual oleh beberapa peniaga.

Memang rugi kalau tak cuba singgah ke siniPhoto from shahrulnizam

Kuala Terengganu Drawbridge

Menjadi tarikan di bandar ini, jambatan ini sangat cantikPhoto from Mapei

Mengambil inspirasi daripada Jabatan Menara di London. Kuala Terengganu Drawbridge dibuka kepada orang ramai sejak Ogos 2019.

Sejak itu ia merupakan jambatan tarik pertama dengan menara di Malaysia dan Asia Tenggara. Mercu tanda ini merentasi Sungai Terengganu boleh dilihat daripada menara menjulang setinggi 15 tingkat.

Siap ada boat tour untuk ambil gambar seperti ini!Photo from Klook

Port ini menawarkan pemandangan panaromik bandar ini. Memberikan anda gambaran ia mengalami transformasi ke arah modenisasi.

Kori Keropok Lekor Losong

Kalau ke Kuala Terengganu, memang rugi tak cuba keropok lekor kan?Photo from Fun Activities

Melawat Terengganu takkan lengkap kalau tak merasa keropok lekor asli yang jarang sekali dapat dinikmati di ibu negara. Di setiap pelusuk anda akan menemui peniaga menghasilkan keropok lekor menggunakan resipi sendiri.

Keropok lekor di sini segar tau! Tak frozen langsungPhoto from Carousell

Jadi pastikan anda ke port seterusnya iaitu Kori Keropok Lekor Losong di Kampung Losong Feri. Di sini anda dapat rasa keropok lekor segar digoreng tersedia dalam tiga jenis berbeza iaitu kenyal, kukus, nipis serta ranggup.

Rasanya sudah pasti segar kerana anda dapat lihat sendiri mereka menghasilkannya dari mula sampai habis. Proses bermula dengan isi ikan bertukar jadi pes, dicampurkan dengan sagu dan akhirnya digoreng untuk anda nikmati.

Nak uli tepung ini ada caranya dan kebanyakan menggunakan resipiPhoto from Keropok Lekor

Nasi Lemak Kukus Kak Dah CD

Boleh singgah ke sini untuk makan waktu malam, nasi lemak pun panas-panas tauPhoto from Uthman Wajdi

Bila dah hari bertukar malam kedai mana patut anda singgah untuk mencari makanan malam? Apa kata ke port seterusnya di Kampung Pasir Panjang. Kedai ini sudah berusia 16 tahun menawarkan nasi lemak kukus panas bersama pelbagai lauk pauk.

Perlu diingatkan orang kat sini gemar makan nasi lemak bersama ikan, bukan ayam. Sambalnya juga tidak terlalu pedas sebaliknya rasa manis untuk berikan perbezaan dari negeri lain.

Tapi jangan pelik, mereka kat sini gemar makan lauk ikan!Photo from Foodpanda

The Payang Hotel

Terletak di Kampung Cina, menjadikan ia antara hotel menarik di bandar Kuala TerengganuPhoto from Najatul

Port terakhir ialah tempat penginapan yang min sarankan kerana terletak di Kampung Cina yang bersejarah. The Payang Hotel bukan sahaja menawarkan bilik selesa untuk kaki travel solo.

Malah sesuai untuk berpasangan dan keluarga. Hotel ini mengambil inspirasi daripada kawasan sekeliling dengan menggabungkan gaya kolonial Cina dengan seni bina Terengganu klasik dengan mudah.

Kampung Cina mempunyai banyak sejarah yang anda boleh terokaiPhoto from thepayang

Lokasinya juga terletak berhampiran dengan pantai wajar dijadikan faktor untuk dipertimbangkan. Di sini anda juga boleh terokai Kampung Cina yang merupakan salah satu penempatan Cina terawal di Asia Tenggara.

Dari rumah kedai berwarna-warni sehingga kuil dan bandar meriah. Memang banyak benda dapat dinikmati jika anda sendiri ambil peluang untuk mencubanya.

Biliknyua selesa dan sesuai untuk semua seisi keluargaPhoto from thepayang

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok