Jom Cuti Di Kampung Budaya Terengganu
Asal weekend saja kena habiskan masa di pusat beli-belah, bosan betul! Maklumlah jumlah pusat beli-belah di negara kita lebih banyak berbanding tempat beriadah. Namun terdapat satu destinasi menarik boleh dijadikan alternatif untuk hujung minggu lebih menyeronokkan.
Korang pernah dengar Kampung Budaya Terengganu? Mesti tak pernah. Kerana baru-baru ini di laman X, seorang netizen mencadangkan agar orang ramai pergi melawatnya ketika hujung minggu.
Cadangan ini timbul selepas terdapat perbincangan untuk menghasilkan disneyland versi kampung melayu di negara kita. Jadi apa yang menarik di sini?
Menikmati Kehidupan Seperti Orang Melayu Lama
Photo from IG | terengganuculturalvillage
Walaupun negara kita semakin giat dalam arus pemodenan. Masih ramai warga Malaysia yang dahagakan aktiviti berkait rapat dengan budaya tradisional Melayu lama. Lihat sahaja pelbagai staycation mengambil konsep rumah kampung lama.
Bagi mereka yang teringin untuk menikmati budaya tradisional. Di Kampung ini korang akan disajikan dengan pelbagai rumah tradisional yang cantik, pelbagai serta menggariskan bagaimana rupa rumah melayu lama.
Selain itu, aktiviti yang ada di sini seperti demonstrasi pembuatan batik, songket, telepuk, wau dan juga anyaman. Setiap elemen ini dapat beri serta hasil pengalaman begitu unik dan juga informatif.
Photo from IG | terengganuculturalvillage
Sehubungan dengan itu dapat mendidik tentang warisan budaya yang sungguh kaya.
Makanan Tradisional Turut Ada Untuk Nikmati
Photo from IG | terengganuculturalvillage
Siapa akan kata tidak kepada makanan betul tak? Haa.. dekat sini terdapat banyak hidangan tradisi Melayu untuk kita nikmati. Pengunjung berpeluang untuk mencuba makanan seperti nasi dagang, keropok lekor dan laksam!
Pasti dapat membuka selera dan membayangi bagaimana kehidupan nenek moyang kita dahulu. Bukan itu sahaja, korang gemar melihat muzik dan alat tradisional? Mereka turut sediakan alat muzik seperti Gamelan tau.
Photo from IG | terengganuculturalvillage
Bagi kanak-kanak pula apa kata tinggalkan game sekejap dan luangkan masa mencuba permainan tradisional. Ada gasing, congkak dan bermacam-macam lagi untuk dicuba.
Setiap aktiviti dapat memberikan pengalaman manis serta keriangan sepanjang hari.
Photo from IG | terengganuculturalvillage
Harga Tiket RM5 SAHAJA!
Photo from IG | sohortranung
Haa.. biar betul min, harga tiket masuk ke Kampung Budaya Terengganu serendah RM5 sahaja? Best betul! Sangat sesuai dan berpatutan bagi mereka yang berkeluarga. Bukan sahaja harga yang best, aktiviti kebudayaan yang ditawarkan pun best pulak tu.
Para pengunjung akan pulang dengan senyuman di muka dan nilai pendidikan berguna kepada anak tanpa berbelanja besar. Tambahan pula di sini ada banyak program dan korang boleh lihat di laman X, Beautiful Tourism Terengganu (@TrgTourism)
Photo from IG | sohortranung
Mereka akan beritahu segala info terkini dan program giat dijalankan di Kampung Budaya. Sangat berguna jika korang tengah merancang perjalanan untuk ke sana ketika hujung minggu nanti.
Jangan Lupa Untuk Ambil Gambar OOTD!
Photo from X | sinach_z
Bukan sahaja tempat ini kaya dari segi aktiviti kebudayaan malah turut menawarkan peluang bergambar yang cantik dan menawan. Landskap dan seni bina tradisional rumah kampung sangat fotogenik tau.
Lengkapkan pengalaman di sini dengan mengambil sekeping gambar bersama keluarga untuk disimpan selamanya. Tidak hairanlah mengapa Kampung Budaya Terengganu semakin lama menjadi destinasi pilihan ramai.
Terutama ketika hujung minggu. Justeru ingin mencari sebuah destinasi menarik dan best untuk anak ketika hujung minggu? Cuba bawa mereka ke sini dan tunjuk mereka kekayaan budaya tradisi lama.
Photo from IG | sohortranung
📍 Terengganu State Museum, Kampung Bukit Losong, 20566 Kuala Terengganu, Terengganu
⏰ 9 AM - 5 PM (Tutup pada hari Jumaat sahaja)
📞 09-623 1553
Mungkin korang suka: