Guna 3 Tips Ini Untuk Makan Sukiya, ‘Confirm’ SEDAP!
Tiap kali hujung minggu anda pasti dapat lihat ramai orang beratur untuk menikmati Sukiya kan? Restoran popular ini viral kerana memberikan peluang orang tempatan menikmati gaya makanan dikenali sebagai shabu-shabu.
Untuk pengetahuan umum, makanan ini berasal dari Jepun. Asas makanan ini terdiri daripada beberapa pilihan daging, tauhu dan sayur dihiris nipis, kemudian dimasak dalam sup panas.
Photo from IG | qasehdalia
Ia dipercayai berasal dari wilayah Kansai semasa zaman Edo (1603-1868). Pada waktu itu, ia dimasak menggunakan periuk yang dipanggil sukiyaki nabe.
Popularitinya melonjak kerana memberi peluang kepada orang ramai untuk makan hirisan daging, ayam dan kambing secara bufet. Maka, jika anda baru kali pertama untuk mencubanya, ini beberapa tips untuk tingkatkan pengalaman makan.
Photo from IG | Chi Ding
Jangan Masukkan Kesemua Bahan Sekaligus, Masuk Secara Turutan Barulah Sedap!
Photo from IG | bangdaengi
Kunci untuk menghasilkan sukiya yang menyelerakan ialah bahan yang dimasukkan ke dalam sup anda. Walaupun terdapat pelbagai aneka bahan untuk dipilih, ia tidak bermakna anda patut masukkan kesemuanya.
Turutan bahan sangat penting untuk memastikan sup anda menghasilkan rasa yang menyelerakan!
Photo from IG | Nick Colours
Andai kata anda campurkan kesemua bahan sekaligus. Setiap bahan tidak dapat mengeluarkan rasa tersendiri membuatkan sup anda tidak mempunyai profil rasa unik.
Contohnya, anda boleh cuba rebus daging terlebih dahulu untuk mengeluarkan rasa lemak manisnya. Sekaligus membuatkan bahan-bahan lebih menyelerakan apabila berada dalam sup tersebut.
Photo from IG | lemonthv
Jangan Takut Untuk Cuba Hasilkan Sos Sukiya Paling Sedap
Photo from IG: shamakermaros
Tips seterusnya ialah jangan takut untuk menghasilkan kombinasi sos tersendiri! Dekat Sukiya, mereka telah menyediakan pelbagai pilihan sos menarik untuk anda celup hirisan daging tersebut.
Sos dapat menambah tekstur seperti berkrim, baldu atau pedas kepada hirisan daging anda. Memberikan pengalaman makan Sukiya lebih menyelerakan tau!
Photo from IG | eateatbypiqahfoo
Namun, jangan main campur aduk kesemuanya! Tak sedap nanti. Sebaliknya anda boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh netizen iaitu:
- Miso tare
- Gomatare
- Sichuan Chili Oil
- bawang putih
- daun sup
- daun bawang
- cili
Pilihan Sup Pun Memainkan Peranan Penting, Jangan Tersalah Pilih
Semasa anda beratur menunggu giliran makan di Sukiya. Anda boleh pilih 2 pilihan sup untuk dijadikan air rebusan hirisan daging tersebut.
Pilihan yang ada adalah seperti berikut:
- shabu-shabu
- sukiyaki
- miso
- mala miso
- kimuchi
- tomato soup
Photo from IG | qasehdalia
Tak tahu nak pilih mana satu? Jangan risau, anda boleh sahaja tanya staf Sukiya, pilihan sup yang digemari ramai. Selain itu, anda juga boleh memilih 2 sup berbeza untuk memberikan rasa yang berlainan.
Contohnya rasa pedas dan manis. Kalau tanya min, anda boleh cuba kombinasi sukiyaki dan mala miso.
Photo from Reddit
Mengapa anda tanya? sukiyaki diperbuat daripada kicap manis. Ia menghasilkan rasa manis yang pasti membuatkan anda terliur setelah merebus hirisan daging berlemak. Selain itu, mala miso pula memberikan rasa pedas.
Menghasilkan kombinasi yang sempurna semasa anda makan nanti. Justeru itu, min harap perkongsian info ini amat berguna untuk anda yang baru kali pertama ingin mencuba Sukiya.
Jangan risau, tiada cara salah atau betul untuk menikmatinya. Paling penting anda datang dengan perut kosong, barulah puas makan kan?
Photo from IG | Sarah Natasha
Mungkin korang suka: