Tak Lebih RM500, Wanita Ubah Myvi Jadi ‘Campercar’
Ternyata Myvi masih kekal dengan gelaran 'king of the road' apabila seorang wanita mengubah suai keretanya menjadi 'campercar'. Usaha kreatif ini dilakukan untuk merealisasikan impian untuk pusing satu Malaysia.
Idea tersebut dilakukan oleh netizen bernama Farah Nabilah. Dia telah mengubah suai kenderaan peribadi miliknya, Perodua Myvi untuk menjadi campercar untuk memudahkan diri pergi bercuti secara solo.
Photo from FB | Farah Nabilah
Tambahan pula, usaha Farah telah menjimatkan banyak perbelanjaan untuk pergi mengembara.
Impian Untuk Pergi Travel Secara Solo!
Photo from FB | Farah Nabilah
Menurut Farah, perkara yang dilakukan ibarat seperti satu terapi setelah penat berkerja demi keberlangsungan hidup. Tambahnya, idea untuk mengubah Myvi miliknya tercetus apabila dia ingin menikmati percutian secara solo dalam negara.
Percutian tersebut hanya menggunakan kereta yang dimiliki. Seterusnya, dia turut meminta pendapat dan nasihat daripada rakan tentang hal ini kerana bukan sesuatu perkara yang mudah untuk mengubah kereta menjadi sebuah campercar.
Photo from FB | Farah Nabilah
"Saya telah mengambil inspirasi untuk melakukan transformasi apabila rakan sendiri, Asri Nawawi menukar kereta Kancil miliknya menjadi campercar" kata Farah.
Kos Pengubahsuian Hanya Makan RM500 Sahaja
Photo from FB | Farah Nabilah
Jika anda lihat dengan mata kasar mesti terfikir kos untuk melakukan trasnformasi ini memerlukan duit yang banyak. Menariknya untuk mengubah Myvi miliknya kepada campercar hanya menelan kos sekitar RM500 sahaja.
Farah berkata, "Tiada modifikasi yang besar dilakukan. Saya mahu ia ringkas dan mudah alih ketika saya memandu kereta dan masih kelihatan sebuah Myvi dari luar.
Namun ia akan kelihat seperti sebuah camper apabila saya berhenti dan meletakkan kereta di suatu kawasan sahaja,"
Berjalan Pusing Semenanjung Malaysia Selama 10 Hari
Photo from FB | Farah Nabilah
Setelah melihat idea berubah menjadi realiti. Farah meneruskan apa yang tertulis dalam hati dan pergi bercuti selama 10 hari jelajah Semenanjung Malaysia.
Bermula dari Melaka, Farah menuju ke Kuala Lumpur, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor sebelum kembali semula ke Melaka. Sepanjang perjalanan itu, Farah turut berkongsi pengalamannya.
Katanya, "Saya suka ke pantai dan pulau yang cantik. Dalam percutian ini saya jadikan Pulau Perhentian sebagai salah satu destinasi pilihan. Lanjutnya, saya ingin melawat kampung kawan di Batu Kurau.
Photo from FB | Farah Nabilah
Di sini saya bersama rakan dapat menikmati durian bersama," tambah Farah.
Seronok, Puas Hati Dan Ingin Lakukan Lagi Kembara Solo Ini
Photo from FB | Farah Nabilah
Setelah menamatkan pengembaraan solo. Farah mengaku bahawa dia berasa puas hati serta seronok dapat menunaikan hasrat dalam hati. Dia juga tidak sabar untuk melakukan pengembaraan solo lagi sekali.
Destinasi seterusnya tidak dinyatakan tetapi akan dilakukan apabila masa yang sesuai sampai. Justeru usaha yang dilakukan oleh Farah memang seronok serta memberi idea untuk sesiapa yang ingin bercuti dengan kaedah lain.
Tak semestinya perlu berjalan luar negara untuk self healing betul? Hanya dengan kereta sudah cukup untuk puaskan hati.
Photo from FB | Farah Nabilah
Mungkin korang suka: