3 Teori Menarik Tentang Asal Usul Nasi Dagang
Kalau orang KL sarapan pagi, mereka akan pilih nasi lemak. Kalau di Terengganu pula mereka akan nikmati Nasi Dagang untuk bersarapan pagi.
Bagi mereka yang tidak pernah berpeluang untuk mencuba hidangan ini tidak mengapa. Secara asasnya, campuran beras biasa dan beras pulut akan menghasilkan nasi tersebut.
Photo from Che Nom
Lauknya pula gulai ikan Aya Hitam (rupanya seperti kari tetapi berbeza sedikit). Untuk hiasan pula, acar timun akan disediakan untuk makan bersama nasi dan ikan.
Rasanya pula bagaimana? Sedap sehingga menjilat jari! Tetapi dari mana datangnya hidangan istimewa ini?
Photo from Kayak
Ada Beberapa Teori Popular Asal Usul Nasi Dagang
Photo from Faiz Z
Menariknya tentang hidangan ini terdapat beberapa teori berkaitan dengan asal-usulnya. Namun demikian, tiada sumber sahih yang mengatakan setiap teori min tulis ini ialah benar.
Walau bagaimanapun tidak bermakna anda tidak boleh mempelajari sesuatu betul? Oleh itu kita mulakan dengan yang pertama.
Teori Yang Pertama: Datang Dari Orang Bugis?
Photo from detikcom
Umum pengetahuan, sebelum wujudnya negara kita. Negeri-negeri yang ada pada hari ini tidak bersatu mempunyai kerajaan masing-masing. Contohnya seperti Kerajaan Melaka, Johor dan Kedah Tua.
Sama seperti Terengganu, kerajaan ini juga terkenal dan sering berdagang dengan kerajaan lain. Teori ini mengatakan bahawa Nasi Dagang datang dari orang Bugis yang datang ke Pantai Timur untuk berdagang.
Photo from Shah's Photography
Memadangkan adat orang Melayu untuk sediakan juadah untuk tertamu. Mereka akan masak dan bawa segala juadah ke istana dan kerana rasa terharu, orang Bugis turut menyediakan hidangan istimewa untuk dihantar ke istana.
Akibatnya, Sultan memang suka pada masakan mereka (Bugis) dan ambil keputusan untuk menamakan Nasi Dagang sempena mereka yang datang berdagang.
Photo from SOSCILI
Teori Yang Kedua: Puteri Saadong Menghasilkan Melalui Bahan Yang Ada
Photo from Wattpad
Untuk teori yang kedua ia bermula dengan Puteri Saadong anak kepada Raja Loyor. Kisahnya Puteri Saadong diculik oleh Raja Siam dan secara tiba-tiba Raja Siam menghidap penyakit misteri yang tiada ubatnya.
Puteri Saadong menawarkan pertolongan dengan syarat jika Raja Siam sembuh, dia perlu hantar semula Puteri Saadong ke Kelantan. Menariknya ubat Puteri Saadong mujarab dan menyembuhkan penyakit misteri dan dihantar pulang semula.
Photo from VOCKET
Dalam perjalanan pulang ke Kelantan bekalan makanan Puteri Saadong tinggal sedikit sahaja. Dengan lebihan bahan seperti beras, santan dan sebagainya dia menghasilkan masakan yang kita panggil Nasi Dagang.
Teori Yang Ketiga: Orang Nelayan Pula Yang Masak Nasi Dagang
Photo from Flickr
Teori yang terakhir pula berkait rapat dengan industri nelayan yang cukup sinonim di negeri ini. Ia bermula dengan para nelayan yang giat berkerja untuk mendapatkan sumber pendapatan utama.
Nelayan diberi bekal Nasi Dagang sebagai bekalan makanan ketika di lautan. Nasi yang dimasak dengn santan dan dimakan dengan kuah gulai ikan dapat berikan mereka bekalan tenaga secukupnya serta mengenyangkan perut.
Min Apa Beza Nasi Dagang Kelantan Dan Terengganu
Photo from Unilever-Food-Solution
Memadangkan nasi dagang datang dari pantai timur terdapat 2 versi berbeza mengikut negeri Terengganu dan Kelantan. Ada perbezaan yang ketara antara dua versi ini bermula dengan versi Terengganu.
Terengganu hasilkan Nasi Dagang diperbuat daripada beras biasa dan beras pulut masak bersama santan kelapa. Kuah ikan Aya Hitam bersama acar timun dimakan bersama seperti min sebut tadi.
Photo from Timeout
Manakala versi Kelantan berwarna merah keperang-perangan kerana menggunakan beras khas hanya dijual di Kelantan sahaja. Lauknya pula boleh pilih sama ada gulai ikan atau ayam.
Tambahan pula, Nasi Dagang Kelantan dimakan bersama sambal kelapa untuk berikan rasa berbeza. Justeru itu tidak kisah versi apa sekalipun, ada nak percaya teori mana satu tentang asal usul hidangan enak ini?
Photo from Lazada
Mungkin korang suka: