Jom! Terokai 5 Air Terjun Paling Best Di Terengganu
Bila berjalan ke Terengganu, kita sering terfikir tentang keindahan pulau-pulau di terengganu tetapi korang wajib tahu di Terengganu juga mempunyai air terjun yang sangat cantik. Rasa sejuk dan nyaman yang dibawa oleh air terjun akan membuatkan sesiapa yang melawatnya menjadi terpesona.
Bagi penggemar alam semula jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk merasai pengalaman air terjun di Terengganu yang sangat unik! Bahkan, ada mungking juga yang tidak mengetahui kewujudan sesuatu tempat yang sememangnya menjanjikan ketenangan alam yang luar biasa.
?Air Terjun Janda Mandi | Kijal
Air Terjun Janda Mandi seindah namanya, selain lokasinya berhampiran Pantai Teluk Kalong, yang menghadap ke Laut China Selatan menjadikan sesiapa sahaja yang menjejaki kaki di sana rasa puas melihat panorama alam.
Ia mempunyai pesona dan keunikannya tersendiri berbanding kebiasaan lokasi air terjun lain di negara ini kerana jatuhan airnya akan mengalir pantai berhampiran.
Air Terjun Janda Mandi, terletak di Bukit Gemuk, berhampiran Kampung Teluk Kalong, Kijal, Terengganu, iaitu lebih kurang 12 minit perjalanan dari bandar Chukai semestinya mudah orang ramai mengunjunginya.
Untuk ke sampai air terjun ini anda perlu mendaki selama 40 Minit untuk sampai ke puncak, jalannya agak licin jadi anda perlukan kasut mendaki untuk mendaki. Amaran apabila air pasang jangan mandi takut nanti dipukul ombak.
⏰8am - 5pm
?Air Terjun Sekayu | Kuala Berang
Air Terjun Sekayu merupakan satu tempat mandi manda air terjun yang popular di Terengganu terutamanya mereka yang berada di dalam Daerah Hulu Terengganu, Marang & Kuala Terengganu.
Lokasi air terjunnya yang mudah diakses dengan kenderaan melalui kawasan perkampungan menjadikan Air Terjun Sekayu tidak pernah lekang dengan kunjungan orang ramai terutamanya pada hari Jumaat dan Sabtu.
Di sepanjang Air Terjun Sekayu ini terdapat banyak lokasi lapang & berbatu yang sesuai untuk hamparkan tikar bersantai atau buat bbq. Air terjun sekayu lebih selesa untuk para keluarga bercuti tapi kena beringat ya, kalau musim hujan jangan mandi takut kepala air turun. Cuma disini , anda perlu menyediakan yuran masuk kerana tidak percuma.
⏰8am - 5pm
?Yuran Masuk : RM 2.00 (Dewasa) RM 1.00 (kanak-kanak)
?Lata Payung | Setiu
Pasti ramai yang belum mengetahui tentang kewujudan Air terjun Lata Payung yang mempunyai kawasan Blue Pool yang sangat cantik dan menakjubkan ini.
Ia terletak di Hutan Lipur Lata Payung iaitu di dalam daerah Setiu sempadan Besut Terengganu. Difahamkan air terjun di Lata Payung ini adalah yang tercantik di negeri Terengganu dan juga merupakan salah satu tempat menarik di Terengganu yang mesti anda kunjungi.
Tempat ini mesra keluarga tetapi jika ingin ke kawasan Blue Pool ianya agak kurang sesuai untuk keluarga yang mempunyai warga emas kerana laluan agak sukar dan mencabar di beberapa tempat.
Kawasan mandi di tempat perkelahan juga sangat mesra kanak-kanak kerana terdapat kawasan air sungai yang cetek dan tenang. Aktiviti-aktiviti menarik yang lain seperti BBQ , mandi manda dan jungle trekking.
⏰8am - 5pm
?Air Terjun Chemerong | Dungun
Air terjun di sini merupakan antara yang tercantik di Malaysia serta menjadi antara air terjun tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 305 meter. Air terjun Chemerong merupakan sebahagian dari kawasan Hutan Simpanan Pasir Raja dan terletak di dalam daerah Dungun.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan setibanya anda di sini. Anda boleh mandi-manda di kawasan air terjun dengan airnya yang jernih dan sudah pastinya menyegarkan. Anda juga boleh berjalan kaki ke denai-denai hutan yang ada di sini sambil menikmati pemandangan indah alam semulajadi di sini.
Sekiranya anda ingin berkhemah di sini, anda juga perlu mendapatkan permit terlebih dahulu daripada Jabatan Perhutanan Terengganu. Anda juga harus berwaspada dengan cuaca sebelum mengadakan aktiviti rekreasi di sini kerana fenomena kepala air juga berlaku di Air Terjun Chemerong.
⏰8am - 5pm
?Yuran Masuk : RM 2.00
?Air Terjun Berdebu | Hulu Dungun
Air Terjun Berdebu, dengan ketinggian kira-kira 100 meter buat pengunjung akan teruja dengan kecantikannya. Dari jauh juga kelihatan percikan air halus seperti debu berterbangan dan bersinar apabila disinari oleh pancaran cahaya mentari seperti di “syurga”.
Pendaki boleh menggunakan motosikal lasak atau jentera 4X4 sahaja untuk memulakan perjalanan ke tempat ini. Perjalanan ini mengambil masa selama dua jam melalui jalan berbatu, meredah sungai serta jalan balak. Selepas itu , pendaki berjalan Selama 7km ( 3jam) untuk sampai ke air terjun berdebu.
Anda disarankan untuk mendapatkan khidmat juru arah apabila datang ke sini buat pertama kalinya, Ini penting bagi memastikan keselamatan dan keselesaan , agar tidak terjebak dalam situasi tersesat kerana laluan yang berliku dan risiko ancaman haiwan liar.
?Sumber Foto: Instagram
Anda mungkin suka: