download Jom Explore app
5 Konsep Rumah Kampung Cantik Untuk Korang Ikut!

5 Konsep Rumah Kampung Cantik Untuk Korang Ikut!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 21 Mar 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Memiliki rumah tanah persendirian yang cantik di kampung ialah impian kita semua. Walaupun rumah kayu sekalipun, siapa taknak bina sebuah kediaman yang lengkap, cantik dan moden ketika berkerja atau bersara.

Oleh kerana faktor kewangan masih ramai orang tanggunghkan terlebih dahulu. Semakin ramai orang memilih untuk bersara di kawasan luar bandar kerana ingin melarikan diri daripada kesesakan bandar.

Aman betul dapat bina sebuah rumah di kampungPhoto from FB Destinasi Percutian

Disebabkan itu semakin banyak rumah kampung mula menggabungkan pelbagai konsep untuk tampil lebih moden. Ada juga yang ingin mengekalkan kesenian rumah kampung melayu kerana warisan budaya.

Nak hasilkan rumah cantik ada beberapa konsep korang boleh ikutPhoto from Sinar Plus

Walau bagaimanapun, ada beberapa konsep rumah min ingin kongsi bersama untuk beri inspirasi dan idea bagaimana rupa rumah impian korang satu hari nanti!

Konsep Minimalism

Salah satu contoh rumah minimalism yang korang boleh tiruPhoto from Pinterest

Haa.. perkataan kegemaran generasi muda untuk menggambarkan sesuatu yang cantik iaitu Minimalism. Ramai anggap untuk hasilkan konsep ini kena guna warna putih, membosankan dan jenis perabot tertentu.

Sebenarnya konsep ini merujuk kepad ciri kesederhanaan, kejelasan dan pengurnagan elemen kepada bentuk penting. Ia menekankan garisan bersih, ruang terbuak dan tumpuan pada fungsi berbanding hiasan.

Warna pula neutral dan mengambil berat kepada cahaya semula jadi untuk mencipta ruang tenang. Matlamat konsep ini untuk mencapai rasa harmoni dan ketenangan dengan penggunaan minimum.

Ini pun sesuai jadi inspirasiPhoto from Pinterest

Maksudnya, rumah korang boleh kelihatan ringkas dan sederhana. Tetapi mempunyai ruang luas, selesa serta pengudaraan dan cahaya luas memberi sebuah ruang nilai estetika cukup tinggi.

Konsep Moden

Boleh cuba rumah moden macam ni jugaPhoto from Pinterest

Oleh kerana lambakkan orang bandar ingin merasai kehidupan suasana di kampung. Kebanyakkan rumah kampung tak seperti zaman tok moyang kita kerana mereka pentingkan keselesaan serta fungsi moden berbanding hiasan tradisi.

Ada juga gabungkan nilai moden bersama kayu papan untuk menghasilkan seni bina hybrid. Selain itu konsep moden boleh dilihat daripada rupa bumbungnya, ruangan muka hadapan (facade), susun atur rumah dan ruangan dekorasi.

Rumah moden nampak kemas dan bersederhana sahaja

Sinar PlusKalau korang balik kampung cuba pergi jalan-jalan. Pasti korang dapat jumpa rumah konsep moden ini.

Konsep Kabin

Contoh rumah kampung kabin dikongsi oleh netizenPhoto from Mr Kabin

Kalau korang sesorang yang berseni serta memahami nilai estetika. Apa salahnya membina rumah impian dengan konsep kabin, ia merupakan konsep alternatif berbanding konsep-konsep yang biasa orang suka.

Selalunya orang akan ambil kontena dan ubah suai menjadi sebuah kediaman. Memandangkan kontena boleh diubah suai, korang boleh sahaja jadikan pelbagai bentuk untuk mencipta apa yang diimpikan.

Contohnya seperti perkongsian oleh seorang netizen ini. Dengan kos kurang dari RM65,000 kediaman menggunakan kontena untuk menghasilkan kediaman moden dengan menggunak batu, simen untuk kukuhkan asasnya.

Boleh diubah suai menjadi banyak jenisPhoto from Pinterest

Rupanya pun cantik!

Konsep Kotej Inggeris

Cottage Inggeris yang sering kita boleh nampak di Cameron highlandsPhoto from Tatler Asia

Memandangkan ramai orang gemar bercuti di Cameron Highlands kerana cuaca sejuk dan tempat penginapan berkonsep Kotej Inggeris. Ia ibarat rumah kampung untuk orang Inggeris menampilkan rupa menawan seperti dalam buku fantasi.

Ia sering dibina menggunakan bahan tradisional seperti batu bata untuk hasilkan rupa tradisional. Ruang dalamanya pula direka fokus kepada keselesaan dan keintiman untuk memberi korang persekitaran cukup tenang.

Buat saiz kecil macam ni pun sudah cukup!Photo from IMPIANA

Campur pula dengan landskap luas pasti dapat membuatkan rumah korang sangat cantik jika ikut konsep ini.

Konsep Kontemporari

Kalau tiada idea, ambil konsep ini pun cantik!Photo from Raziq Entreprise FB

Rumah yang mengikut konsep ini memang popular kerana memanfaatkan keluasan ruang kediaman yang ringkas. Nampak kemas, menarik dengan sentuhan moden untuk mencerminkan trend seni bina masa kini.

Bagaimana gaya rumah zaman ini, begitulah rupa kediaman impian korang kalau ikut konsep ini. Saiznya boleh jadi besar atau kecil mengikut bajet tetapi ruangnya boleh direka untuk tampil luas.

Selain itu menggabungkan banyak elemen bercampur warna asas dapat hasilkan kediaman impian yang nampak cantik. Bajet pun tidak perlu terlalu tinggi cukup untuk korang tinggal dengan selesa.

Tak Kisah Konsep Apa, Rancang Dahulu

Sebelum memulakan proses pembinaan, pelan dahulu!Photo from iProperty

Sebelum korang nak bina kediaman impian jangan buat dengan terburu-buru. Konsep seni bina bukan ada satu dua sahaja, ada terlalu banyak dan limitasinya bergantung kepada kreativiti korang.

Pilih sebuah konsep korang suka dan cari kontraktor dan arkitek yang memahami sasaran korang. Ingat, rancang dengan teliti supaya korang tak rugi bila proses pembinaan sudah bermula.

Membina sebuah kediaman memerlukan kepakaran dan tak semua orang mahir dalam benda itu.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok