download Jom Explore app
Meriahnya Melihat Orang Selatan Thailand Sambut Raya!

Meriahnya Melihat Orang Selatan Thailand Sambut Raya!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 09 Apr 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Tidak sabar rasanya kita menanti kemeriahan hari lebaran bagi menyambut kedatangan bulan Syawal. Terutama bagi masyarakat Islam di selatan Thailand melihat semakin ramai mendondon pakaian tradisional sebagai pilihan utama.

Hadir dalam pelbagai warna dan gaya moden, baju Melayu menjadi pilihan utama kerana mewakili budaya tradisional kita. Menariknya orang Pattani turut ikut bersama dengan pakaian dihasilkan oleh pereka tempatan mereka.

Trend tersebut sangat popular terutama pada golongan muda. Disebabkan itu, Muhammad Sabri Jehloh mendapat inspirasi untuk hasilkan jenamanya iaitu 'BUSTANI' bagi memenuhi permintaan tinggi oleh anak muda di negaranya.

Semakin ramai orang muda di Selatan Thailand memakai baju melayu ketika menyambut RayaPhoto from BUSTANI Exclusive

Cintanya terhadap busana Melayu tradisional menjadi satu kebanggaan orang Pattani Thailand.

Bermaksud Tempat Berteduh Atau Berhimpun

Menampilkan pelbagai warna untuk memberi suntikan kemeriahanPhoto from BUSTANI Exclusive

Menurut Muhammad Sabri "Bustani dari Pattani untuk orang Pattani menjadi kebanggaan orangnya telah menjadi sebuah jenama eksklusif serta mampu bersaing dengan jenama lain di pasaran,"

Seterusnya bustani mempunayi maksud dalam bahasa Arab. Perkataan tersebut memberi makna 'kebun' yang berkait dengan hasil rekaan baju Melayu olehnya. Maksud perkataan itu juga ialah tempat berteduh atau berhimpun untuk orang Pattani.

Ini kerana Muhammad Sabri mendapat idea setelah melihat orangnya gemar mendondon pakaian tradisional selalunya pada hari raya ketiga. Seramai 10,000 hingga 15,000 akan berhimpun memperagakan baju Melayu yang mereka beli.

Muhammad Sabri mendapat idea untuk mencipta jenama setelah melihat sambutan meriah oleh orang Pattani di negaranyaPhoto from BUSTANI Exclusive

Melalui itu, Muhammad Sabri merasakan ada peluang untuk dia menjana hasil pendapat menghasilkan busana baju Melayu. Muhammad Sabri turut berkata 10% daripada untung jualan akan didermakan kepada mereka lebih memerlukan.

Manakala 20% akan digunakan untuk menghasilkan bengkel kemahiran jahitan khas. Ini akan tingkatkan tahap kemahiran terutama bagi ibu tunggal sekitar kawasannya. Di samping itu, salah seorang peniaga pakaian tradisional turut berkongsi tentang perkara ini.

Semakin ramai orang mempunyai minat terhadap pakaian tradisional orang Melayu. Terutama di bahagian tanjak sehingga pembuat tanjak pun tidak sempat menyiapkan tempahan dek kerana terlalu tinggi.

Pemakaian kepala tradisional seperti tanjak atau tengkolok pun dijualPhoto from BUSTANI Exclusive

Haa.. korang pernah cuba pakai tanjak?

Kemeriahan Sambutan Hari Lebaran Orang Pattani Di Thailand

Lihat sahaja betapa ramai orang hadir tahun lepas pernah viralPhoto from TikTok | KakiJalae

Pernah viral tahun lepas menunjukkan bagaimana perayaan raya disambut oleh orang Pattani di selatan Thailand dengan mengadakan Perhimpunan Melayu Raya. Video yang tular dimuat naik oleh Buletin Utama menunjukkan beribu orang berkumpul di lokasi ditetapkan.

Kemudian perhimpunan ini meganjurkan pelbagai acara menampilkan pelbagai budaya kesenian masyarakat Melayu. Antaranya seperti berpidato, bersilat dan paling menarik ialah memperagakan pakaian tradisional.

Lengkap dengan pakaian tradisional mempamerkan busana tradisional orang MelayuPhoto from TikTok | KakiJalae

Pengunjung yang hari pula bukna sahaja memakai baju melayu. Ada yang memakai keris, tanjak, sampin lengkap dengan aksesori yang jarang kita dapat lihat dalam negara kita. Menurut penganjur seramai 30,000 (anggaran kasar) telah hadir tahun lepas.

Masing-masing memperagakan pakai tradisional penuh dengan hiasan telitiPhoto from TikTok | KakiJalae

Mereka yang menghadirkan diri mengambil peluang untuk mempamerkan kebanggan terhadap warisan budaya. Orang ramai juga kagum dapat melihat seni warisan tradisional yang cukup mengasyikkan.

Bagaimana Pula Dengan Sambutan Raya Di Negara Kita?

Sambutan di negara kita pun cukup meriah terutama aktiviti merewang di kampungPhoto from Salam Monash

Haa.. selepas melihat gambar kemeriahan sambutan Syawal di negara Thailand mesti kita pun terasa gembira kan? Sama juga seperti di negara kita, waktu ini ramai orang akan mula sibuk melakukan persiapan hari raya.

Ada yang sudah mula masak jamuan untuk dimakan pada waktu pagi seperti rendang, ketupat, satay dan macam-macam. Manakala ada masih sibuk mengemas rumah, tukar langsir, pinggan, meja, perabot dan macam-macam lagi.

Sangat menyeronokkan apabila kita dapat melihat dan membandingkan bagaimana masyarakat lain menyambut hari Syawal di negara mereka. Ternyata sama meriah macam di negara kita juga!

Ada yang masih sibuk kemas rumah sampai cat warna baru pun ada!Photo from Mysumbertv

Tambahan pula, orang di selatan Thailand mampu bertutur menggunakan bahasa Melayu dengan loghat seperti di Kelantan.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok