download Jom Explore app
Rakyat Malaysia Paling Mudah Kena Scam Berulang Kali

Rakyat Malaysia Paling Mudah Kena Scam Berulang Kali

Hot & Viral
By Muhammad Aliff on 20 Nov 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Orang Malaysia didapati antara paling mudah menjadi mangsa 'scam' sebanyak 2.5 kali menurut laporan dari Asia Scam Report 2024.

Umum mengetahui sejak beberapa tahun lalu kehidupan seharian kita bergantung kepada teknologi. Oleh itu, semakin kerap kita mendengar kes scam yang berleluasa walaupun pihak berkuasa mengusahakan banyak cara untuk membanteras.

Semakin kerap kes scam berlaku berbanding beberapa tahun laluPhoto from Harian Metro

Namun ada sahaja modus operandi baru, licik serta kompleks direka untuk mengumpan lebih ramai mangsa.

Antara taktik licik kerap dilakukan seperti tawaran kerja palsu, panggilan telefon serta pautan talian yang kelihatan sahih.

Panggilan telefon palsu antara taktik ramai terpedayaPhoto from Logmasuk

Di Asia, Malaysia Dicatat Negara Paling Ramai Mangsa Jenayah Penipuan

Rakyat Malaysia dicatat sebagai mangsa paling mudah kena tipu Photo from Kosmo

Menurut sumber, warganegara Malaysia dicatatkan sebagai golongan paling mudah di Asia untuk menjadi mangsa scam melebihi 2.5 kali.

Data yang dikeluarkan oleh Global Anti-Scam Alliance turut mendedahkan warganegara Hong Kong berada di tempat kedua. Seterusnya, warganegara berada di kedudukan ketiga.

Kebanyakan mangsa mudah terpedaya terdiri dari golongan warga emasPhoto from Majoriti

Ketua Kelestarian CelcomDigi Philip Ling berkata, "dua isu yang menjadi kebimbangan adalah tahap mangsa berulang kali jadi sasaran scammar. Kemudian kekurangan pengetahuan mangsa untuk membezakan penipuan yang menggunakan teknologi AI.

Bukan itu saja, mangsa tidak belajar dari pengalaman. Perkara ini agak membimbangkan apabila mereka mudah diperdaya semula kerana tidak dapat membezakan sama ada individu menghubungi merek adalah pihak berkuasa atau palsu," tambahnya.

Sebelum ini ramai warganegara terpedaya dengan taktik Raja Nigeria, gambar sekadar hiasanPhoto from Know Your Meme

Sebanyak RM203.33 Juta Kerugian Terpaksa Ditanggung Akibat Jenayah Scam

Lebih daripada 203 juta ringgit malaysia ditanggung akibat kes penipuanPhoto from ASNB Academy

Menurut Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) telah menerima sebanyak 37,002 panggilan dari mangsa scam setakat Mei 2024.

Lebih menyedihkan jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh mangsa adalah sebanyak RM203.33 juta. Selain itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan terdapat 95,094 panggilan diterima dari orang ramai mengenai jenayah scam sejak penubuhan NSRC.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) beri peringatan kepada orang untuk sentiasa berwaspada ekoran kes scam semakin meningkat.

Majlis Keselamatan Negara minta ramai berwaspada ekoran kes penipuan semakin meningkatPhoto from Linkedin

Lindungi Diri Anda, Ini 5 Cara Untuk Elak Terjadi Mangsa Scam

Berikut ialah 5 cara untuk elak diri dari terjadi mangsa scamPhoto from The Sun

Untuk memastikan anda tidak rugi dan menjadi salah satu mangsa scam. Berikut ialah 5 cara terbaik wajar dilakukan seperti:

  • Jangan Klik Pautan Mencurigakan

Sebelum anda tekan pautan itu yang dihantar melalui SMS, e-mel atau di media sosial. Lihat terlebih dahulu adakah pautan tersebut sah atau palsu? Dengan tindakan ini sahaja dapat melindugi daripada majoriti kes penipuan.

  • Maklumat Peribadi Tidak Boleh Dikongsi Sesuka Hati

Maklumat peribadi seperti kad bank tidak boleh dikongsi sesuka hatiPhoto from mstar

Sebarang maklumat sensitif seperti nombor kad pengenalan, kata laluan, nama keluarga atau pasangan tidak boleh dikongsi dengan mudah. Setiap jenayah penipuan bermula dengan mereka berjaya memperolehi maklumat peribadi kita.

  • Elakkan Dedahkan TAC atau OTP

Jangan sesuka hati jawab dan angkat panggilan mencurigakanPhoto from Kosmo

Cara paling mudah Scammer nak tipu anda dengan menghantar atau mendapatkan kod TAC atau OTP. Ingat, bank atau pihak berkuasa rasmi tidak akan meminta sebarang kod melalui telefon atau mesej

  • Guna Aplikasi Pengesan Nombor

Aplikasi Truecaller dapat mencegah dan beri amaran nombor scammerPhoto from Lowyat.net

Aplikasi seperti Truecaller atau Whoscall ialah antara pelindung terbaik untuk mengenal pasti nombor telefon mencurigakan. Aplikasi ini dapat berikan amaran tentang panggilan yang disyaki sebagai scammer

  • Berwaspada Dan Report kepada Pihak Berkuasa

Sentiasa berwaspada dan report jika berlakunya kes tipuPhoto from KNLV

Jika anda menerima panggilan atau perkara mencurigakan, serta merta report kepada pihak berkuasa. Ikut gerak hati anda dan berikan sebarang info berguna kepada pihak berkuasa untuk membanteras jenayah ini.

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok