Kamera AwAS: Lokasi & Fungsi Yang Anda Perlu Tahu!
Haa.. lepas ni kena lebih berhati-hati ketika memandu kerana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperkenalkan sistem kamera baru! Dikenali sebagai AwAS (Automated Awareness Safety System) untuk meningkatkan keselamatan jalan raya.
Umum mengetahui kebanyakan lebuhraya dilengkapi dengan kamera JPJ yang boleh dilihat dengan mudah kan? Kamera yang dikenali sebagai AES (Automated Enforcement System) akan menangkap gambar pemandu yang memandu melebihi had laju.
Photo from Wilayahku
Ketua Pengarah JPJ Aedy Fadly Ramli berkata, "Penggantian kamera berkenaan selaras dengan penambahbaikan sistem kamera AwAS selari dengan perubahan teknologi terkini.
Dengan menggunakan teknologi Automated Number Plate Recognition (ANPR) memastikan kamera ini dapat beroperasi dengan lebih baik,"
Photo from Berita Harian
Oleh itu, apa yang anda perlu tahu tentang kamera AwAS?
Jom Ambil Tahu Kamera AwAS!
Photo from Paul Tan
Sejak diperkenalkan oleh JPJ sebagai langkah proaktif untuk kurangkan kemalangan serta memupuk budaya pemanduan lebih berdisiplin. Proses pemasangan juga dijalankan secara berperingkat di seluruh negara.
Langkah ini akan menggantikan kamera AES yang lama. Menariknya, AwAS dibekalkan oleh syarikat teknologi Ekin yang telah menang Anugerah Inovasi Jerman 2022, membuktikan kredibiliti teknologi canggih dalam peningkatan keselamatan jalan raya di negara kita.
Photo from Ekin Smart CIty Solution
BACA JUGA: SUV: Kenapa Kereta SUV Semakin Popular?
Apa Fungsi Yang Kamera AwAS Ada?
Photo from Kosmo
Tidak seperti kamera AES, AwAS mempunyai fungsi pemantauan 360 darjah. Ini bermakna ia boleh memantau kenderaan dari semua arah.
Tambahan pula, dengan sistem ini pemanduan lebih mudah dikawal serta pantau. Bukan itu sahaja, AwAS disertakan dengan fungsi Automated Number Plate Recognition (ANPR) untuk memudahkan pengesanan kenderaan yang melanggar undang-undang.
Photo from Kosmo
Selain mengesan kesalahan had laju, ini beberapa fungsi AwAS:
- Penguatkuasaan lampu isyarat
- Pengesanan U-turn tidak sah
- Pemantauan keadaan persekitaran
- Dapat mengesan perubahan luar biasa pada suhu dan kelembapan
Segala fungsi ini dapat memberi amaran awal kepada pusat kawalan JPJ. Sehubungan dengan itu, ciri penyamaran reka bentuknya menyerupai tiang hitam akan menyukarkan pemandu untuk mengenal pasti loksainya.
Sekaligus mengurangkan risiko pemandu melanggar undang-undang dengan sengaja.
Photo from Utusan Malaysia
Kamera AwAS Ada Di Mana? Ini Lokasi Terkini!
Photo from Paul Tan
JPJ telah pasang kamera AwAS di beberapa lokasi penting di seluruh negara, terutama kawasan 'panas' yang sering berlaku kemalangan atau pelanggaran undang-undang jalan raya.
Perlu diingatkan, lokasi ini akan dikemas kini dari masa ke masa tau. Anda boleh sahaja rujuk gambar yang min sertakan ini sebagai rujukan.
Photo from JomExplore
Berdasarkan data Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), AwAS telah merekodkan lebih 99% kepatuhan daripada pengguna jalan raya. Statistik ini membuktikan betapa besarnya impak teknologi ini dalam meningkatkan keselamatan jalan raya di negara.
Photo from JomExplore
Kalau Taknak Kena Saman, Pastikan Anda Patuhi Undang-Undang Jalan Raya
Photo from Kosmo
Undang-undang dicipta untuk mengawal keselamatan kita. Perkara ini sangat penting terutama di atas jalan raya di mana hampir setiap hari kita sering mendengar berita kemalanngan yang meragut nyawa.
Disebabkan itu, JPJ komited untuk melaksanakan penguatkuasaan berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333). Khususnya untuk kesalahan melebihi had laju dan tidak mematuhi lampu isyarat.
Tindakan ini ialah sebahagian daripada usaha besar untuk kurangkan kadar kemalangan di atas jalan raya. Justeru itu, mari kita sama-sama mematuhi undang jalan raya supaya dapat melindungi keselamatan diri dan orang tersayang.
Photo from Paul Tan
Mungkin korang suka: