download Jom Explore app
Tanah Suci Mekah Pun Ada Scammer Tau

Tanah Suci Mekah Pun Ada Scammer Tau

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 23 May 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Fasa penerbangan jemaah haji sudah berlangsung sejak 9 Mei yang lalu. Menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah untuk melakukan ibadah haji dan umrah ialah nikmat yang diimpikan oleh semua umat Islam.

Walaupun berada di Tanah Suci bermakna kita perlu menjaga tingkah laku dan adab. Ini tidak bermaksud semua orang akan mematuhinya, terdapat segelintir yang berani melanggar peraturan dengan melakukan pelbagai kaedah scam.

Kat Tanah Suci pun ada scammer tauPhoto from Harian Metro

Haa.. scam di tanah suci? Dahlah kena pastikan segi fizikal dan mental kita bersedia. Kini kena pastikan dapat melindung serta mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

Sedihnya semakin kerap kes scam berlaku di tanah suci dan ada 4 lokasi perlu korang awas untuk melindungi diri.

Kena Bayar Mahal Ketika Bercukur Atau Gunting

Mencukur rambut wajib tapi berhati-hati kalau kena caj mahal tuPhoto from UMI Tour & Travel

Halq dan Taqsir ialah dua ibadah penting dan perlu dilakukan apabila selesai menunaikan haji atau umrah. Ia merujuk kepada mencukur atau potong rambut sekurang-kurangnya satu inci.

Melaksanakan ibadah ini ialah wajib kepada lelaki. Justeru tidak terkejut melihat ramai orang beratur menunggu giliran untuk rambutnya dipotong. Scam ini berlaku apabila korang hendak gunting rambut.

Segelintir sindiket akan datang menawarkan gunting. Pegang sahaja gunting tersebut, mereka akan caj harga yang terlampau mahal berbanding pergi ke kedai biasa.

Perkhidmatan Ambil Gambar di Jabal Uhud atau Rahmah

Jabal Rahmah sering dijadikan tempat untuk orang ambil gambar atau berdoa temukan jodoh. Maka hotspot untuk lakukan scam!Photo from Travel Kompas

Dikenali sebagai Bukit Kasih Sayang (Jabal Rahmah), ia merupakan salah satu lokasi popular diziarahi oleh jemaah haji. Kerana ia dikaitkan sebagai lokasi untuk berdoa bagi menemukan jodoh.

Selain itu ini juga merupakan lokasi istimewa menjadi saksi tiga peristiwa penting termasuk pertemuan Nabi Adam dan Siti Hawa. Oleh itu pasangan suami isteri mengerjakan haji bersama akan ambil gambar di sini sebagai kenangan.

Maka tidak hairanlah ramai individu akan tawar perkhidmatan ambil gambar kita. Servis ini bukan percuma, korang akan dikenakan bayar mahal sekitar SR20 (RM100) ataupun lebih.

Servis tolong ambil gambar semakin banyak. Taknak bayar servis mereka? Siap sedia kena ugutPhoto from IG | Daiyantrisha

Taknak bayar? Mereka akan peras ugut korang dan lebih menakutkan mengikut korang sehingga ke hotel.

Servis Cium Hajar Aswad

Bukan senang untuk cium Hajar Aswad. Kena siap sedia untuk bersesakPhoto from CNN INdonesia

Masih ingat seorang usahawan dan pempengaruh media sosial viral kerana berhimpit dalam kesesakan orang ramai untuk cium Hajar Aswad? Kalau ya bermaksud korang sedar betapa ramainya orang yang mempunyai hajat yang sama.

Oleh itu jangan terkejut kalau ada servis atau individu yang menawarkan 'bantuan'. Bantuan tersebut dengan menolong membuka jalan supaya korang mudah ke hadapan tanpa perlu bersesak.

Pada waktu itu mungkin korang merasakan iannya nikmat atau budi bahasa. Haa.. jangan terkejut sebaik sahaja korang setuju menggunakan servis ini, bersiap sedia untuk membayar jumlah wang yang banyak.

Ada servis akan bantu mudahkan korang cium tapi bersedia kena scam! / gambar sekadar hiasanPhoto from Jazmie Jamaludin

Ada sumber mengatakan kena ugut sehingga RM1,200. Maka, berhati-hatilah.

Penipuan Ketika Urusan Jual Beli

Modus operandi paling senang! Berwaspada ketika jual beliPhoto from Utusan

Perniagaan ialah salah satu sunnah Rasulullah SAW. Lalu iannya satu kebiasaan melihat ramai peniaga akan membuka kedai di Tanah Suci dan menjalankan perniagaan di sini kerana ramai pelanggan.

Tetapi segelintir (tak semua ye!) peniaga suka sangat ambil kesempatan kepada pelawat luar. Maklumlah bukan semuanya pandai bertutur dalam bahasa Arab kan? Lagi mudahlah mereka nak scam kita.

Modus operandi-nya senang sahaja. Mereka akan manipulasi pelanggan dengan memberikan wang dengan nilai besar. Teknik ini akan mengelirukan pelanggan supaya leka akan baki pembelian.

Sentiasa cakna dengan persekitaran. Jangan anggap semua orang baik!Photo from mStar

Walaupun kedengaran pelik dan janggal. Tetap kena berhati-hati ketika proses urusan jual beli. Pastikan korang cakna serta ambil tahu berapa banyak wang keluar masuk ketika di Tanah suci.

Walaupun Melakukan Ibadah, Scam Tetap Ada!

Walaupun niat kita baik, kita kena sentiasa berwaspada dan elak kena tipuPhoto from Astro Awani

Melakukan ibadah haji ialah satu kewajipan bagi seluruh umat Islam. Walau bagaimanapun bukan semua orang mempunyai niat yang baik, ada yang datang ke Tanah Suci dengan niat tidak baik.

Disebabkan tanah suci dibanjiri dengan umat Islam dari seluruh dunia. Perkara seperti scam akan berlaku dan lebih menyedihkan tukang pelaku pula dapat melarikan diri dengan mudah.

Justeru pergi lah ke mana sekalipun. Pastikan korang tidak mudah terleka serta sentiasa berwaspada dengan persekitaran walaupun di Tanah Suci.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok