download Jom Explore app
5 Juta Rakyat Malaysia Berisiko Tinggi Hidap Diabetes!

5 Juta Rakyat Malaysia Berisiko Tinggi Hidap Diabetes!

Hot & Viral
By Muhammad Aliff on 09 Sep 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat untuk kurangkan pengambilan gula. Perkara ini perlu dianggap serius kerana jumlah penghidap diabetes di Malaysia adalah tertinggi di Asia Tenggara.

Ketika berucap di Majlis Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Kebangsaan 2024 semalam. Beliau menasihati tentang keburukan pengambilan gula secara berlebihan susulan jumlah penghidap kecing manis di negara.

Masih ramai warganegara Malaysia tidak menggangap diabetes sebagai perkara seriusPhoto from Telegraph India

Perkara itu bukanlah sesuatu kita patut banggakan tambah Beliau. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, kencing manis (diabetes mellitus) merupakan satu daripada 10 punca kematian utama dalam negara.

Jumlah Penghidap Diabetes Di Malaysia Kelima Tertinggi Dunia

Perdana Menteri berucap mengenai Malaysia menjadi negara tertinggi di Asia Tenggara menghidap diabetesPhoto from Anwar Ibrahim

Merujuk data daripada Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF) menunjukkan jumlah penghidap kencing manis di negara. Apa yang pasti adalah Malaysia mendapat kedudukan kelima tertinggi di dunia.

Seramai 20% populasi orang dewasa di negara sedang menghadapi penyakit ini. Sejak tahun 2021, sebanyak 4,431,500 kes diabetes telah dilaporkan berlaku dalam negara.

20% orang dewasa di negara ini tidak sedar mereka sebenarnya menghidap penyakit iniPhoto from Vecteezy

5 Juta Rakyat Malaysia Berisiko Tinggi Menghadapi Penyakit Ini

Akibat gaya hidup, seramai 5 juta rakyat Malaysia berisiko tinggi menghidap penyakit berbahayaPhoto from Berita Harian

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, "seramai 5 juta rakyat Malaysia berisiko menghidap pradiabetes dan diabetes.

Sebanyak 76% daripada jumlah tersebut tidak sedar mereka sedang menghidap penyakit tersebut. Ini kerana alasan seperti tidak melakukan pemeriksaan dan saringan kesihatan.

Maka, mereka yang berisiko tinggi menghidap diabetes tidak sedar akan tahap kesihatan mereka," kata Beliau.

Jarang melakukan medical checkup juga menjadi salah satu puncaPhoto from medicalcheckup

Pengambilan Gula Perlu Dipantau Terutama Di Kedai Makan

Bila di kedai makan, majoriti makanan yang kita gemar selalunya manisPhoto from KL Foodie

Perdana Menteri turut menegaskan tindakan segera perlu dilakukan untuk memantau penggunaan gula di kedai makan. Menurut beliau, "Saudara saudari meniaga untuk menjaga kebajikan keluarga.

Tetapi jangan korbankan orang lain. Gula berlebihan maknanya golongan yang menjual itu memberi sumbangan ke arah merosakkan badan dan kesihatan membelinya."

Selain itu, beliau turut tegas berkata kandungan gula dalam makanan dan minuman perlu dikurangkan sebanyak 50% bagi semua acara serta mesyuarat kerajaan. Perdana Menteri turut minta Menteri Kesihatan untuk pantau kantin sekolah yang didakwa menjual makanan tidak sihat.

Minuman kegemaran ramai, teh tarik juga menjadi penyebab utama mengapa kita lebih cenderung untuk minum manisPhoto from butterkicap

Bagaimana Nak Tahu Anda Sedang Menghidap Masalah Diabetes?

7 Tanda awal anda bakal menghidap penyakit kencing manis menurut KKMPhoto from Kementerian Kesihatan Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menggariskan 7 tanda peringkat awal diaebtes yang anda boleh perhatikan pada diri sendiri. Ini dapat membantu supaya pencegahan awal dapat dilakukan.

Tandanya seperti berikut:

1. Kerap buang air kecil dan selalu dahaga

2. Badan cepat letih

3. Tompok gelap pada kulit

4. Mudah rasa lapar

5. Luka lambat nak sembuh

6. Penglihatan semakin kabur

7. Sering rasa kebas di tangan dan kaki

Cara Untuk Kurangkan Gula Dalam Kehidupan Seharian Sekaligus Melawan Masalah Diabetes!

Cara untuk kurangkan gula perlu diubah termasuk gaya hidup andaPhoto from Berita Harian

Nak lawan masalah diabetes bermaksud anda perlu mengubah gaya hidup serta merta. Selain daripada mengurangkan pengambilan gula, perlu diingatkan bahawa anda juga perlu kekal aktif.

Tidak semestinya perlu bersenam serta merta. Latih diri untuk berjalan, berjogging sebelum bermain sukan lebih lasak supaya badan anda tidak terkejut dengan perubahan drastik. Selain itu, cara untuk kurangkan gula ialah seperti berikut:

Jogging atau berjalan setiap hari antara cara mudah untuk kekal badan aktif Photo from Majalah Sains

Pilih makanan dengan kandungan gula rendah atau tanpa gula

Contohnya amalkan buah dan sayur, yogurt kosong dan elak makan bijiran untuk sarapan pagi. Hadkan pengambilan pencuci mulut, kuih-muih dan lain-lain.

Kuih-muih tradisional perlu dihadkan pengambilannya untuk berubah ke arah lebih sihatPhoto from Foodpanda

Ubah corak pemakanan kepada pilihan lebih sihat

Cara yang mudah ialah berhenti makan sos cili yang sangat sinonim dengan budaya masyarakat tempatan. Gantikan dengan cili merah asli yang lebih sihat. Tambahan pula, elakkan susu berperisa sebaliknya minum susu segar sahaja.

Sentiasa pesan minuman di kedai, 'nak kurang manis ya'

Bila di kedai jangan lupa untuk pesan 'nak kurang manis' dan seeloknya amalkan minuman air kosong sahaja. Di samping itu, hadkan minuman jus buah kerana beberapa buah mempunyai kandungan gula lebih banyak berbanding serat.

Jom ubah ke gaya hidup lebih sihat?Photo from Kosmo

Perubahan tabiat baru supaya hidup lebih sihat

Jangan lupa untuk periksa senarai ramuan untuk setiap produk supaya anda tahu apa yang anda masukkan ke dalam badan. Buat perubahan secara kecil sepanjang perjalanan supaya mudah untuk biasakan diri dari semasa ke semasa.

Sehubungan dengan itu, ajar diri untuk tidak makan snek manis sebelum tidur.

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok