download Jom Explore app
Kenapa Orang Malaysia Tergila-gilakan Shine Muscat?

Kenapa Orang Malaysia Tergila-gilakan Shine Muscat?

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 28 Oct 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Memiliki warna cerah, tekstur rangup dan rasa manis semulajadi. Buah anggur 'Shine Muscat' menjadi kegilaan ramai sejak kebelakangan ini.

Walaupun mempunyai tanda harga yang tinggi, ia tidak menghalang majoriti warganegara untuk mencubanya. Sering laris terjual di pasar raya tempatan, ramai tertarik dengan rasa manis serta saiznya.

Memiliki warna hijau cantik memberikan keunikan Shine MuscatPhoto from Thai PBS World

Biasanya berwarna hijau, tidak berbiji membuatkan ia kelihatan unik berbanding buah lain di pasaran. Persoalannya mengapa ia begitu popular?

Asal-Usul Shine Muscat Dan Ciri Uniknya

Encik Maruyama, pengusaha Shine Muscat sedap memotong hasil tanamannyaPhoto from Taste of Japan

Menurut earth to veg, anggur Shine Muscat berasal dari Jepun telah dibangunkan pada tahun 1988 selepas melalui proses pembiakan selama 33 tahun.

Sumber buah ini boleh diimport dari 3 buah negara iaitu Jepun, Korea Selatan dan Eropah. Berbalik ke Jepun, buah ini sangat dilindungi dan anda boleh dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun kerana menyeludup benih keluar negara.

Mengapa harganya mahal? Kerana ia dihasilkan dengan penuh telitiPhoto from Taste of Japan

Kadangkala dikenali sebagai Muscatel, Moscato atau Moskatel. Terdapat lebih 200 jenis dalam keluarga ini sahaja. Tambahan pula, untuk menghasilkan Shine Muscat yang berkualiti memerlukan perhatian teliti.

Menariknya, di Jepun buah eksklusif dan mahal dilihat seperti simbol status kekayaan. Disebabkan itu, ia sering diberikan sebagai hadiah mahal.

Buah mahal dilihat sebagai status simbol di Jepun, contohnya seperti buah iniPhoto from Sakuraco

Bukan Sahaja Sedap Untuk Dimakan, Boleh Digunakan Dalam Pelbagai Cara

Selain dari makan, sering menjadi hiasan untuk pencuci mulut seperti kek iniPhoto from Reddit

Untuk pengetahuan umum, Shine Muscat serba boleh dalam kegunaannya tau. Contohnya dalam pembuatan wain, dikeringkan menjadi kismis atau digabungkan ke dalam pencuci mulut.

Kualiti tinggi buah ini tidak terhenti pada rasa dan rupa sahaja. Dari segi pembungkusan pun diambil berat untuk mengekalkan kesegaran dan daya tarikannya.

Sering diletakkan dalam bekas khas memastikan ia dilindung dengan baik, mencerminkan status premium tersebut.

Selalunya disimpan dengan cara khas untuk menjaga kesegarannya membuatkan harga sangat mahalPhoto from fruitzboi

Harga Mahal Tu Ada Kebaikkan Ke Makan Shine Muscat?

Walaupun memiliki harga mahal, tidak dinafikan buah ini mempunyao banyak khasiatPhoto from earth to veg

Walaupun memiliki harga mahal, buah ini mempunyai banyak kebaikkannya tau. Contohnya seperti:

  • Kaya dengan vitamin C, A dan K
  • Menurukan tekanan darah untuk meningkatkan fungsi jantung
  • Mengurangkan risiko pembekuan darah dengan menghalang pengoksidaan kolesterol jahat (LDL)
  • Dapat bantu mencegah degenerasi makula, mengurangkan kerosakan pundi kencing pada lelaki

Kaya dengan pelbagai vitamin dan bagus untuk menurunkan tekanan darahPhoto from Earth to veg

Didakwa Mempunyai Banyak Kimia Berbahaya Jadi Punca Kebimbangan

Telah tular, Shine Muscat yang dijual di negara kita mengandungi kimia berbahaya sangat tinggiPhoto from Malay Mail

Disebalik kebaikkan buah ini ia juga tidak lari daripada kontroversi. Ini kerana beberapa Shine Muscat yang dijual dalam negara mengandungi sisa racun perosak melebihi paras selamat.

Menurut laporan daripada Rangkaian Amaran Racung Perosak Thai (Thai-PAN), menggesa pihak berkuasa untuk ambil tindakan sepatutnya.

Kementerian Pertanian dan Keselematan Makanan Malaysia (KPKM) berkata, mereka akan menyiasat buah import ini untuk memenuhi piawaian keselamatan sebelum sampai kepada pengguna.

Perkara seperti ini sangat membahayakan pembeli yang kurang mengetahui terdapat kandungan berbahayaPhoto from XTRA

Dijual Dengan Harga Murah Menimbul Syak Sangka Di Kalangan Pembeli

Jika buah yang mahal dijual dengan harga mahal, minta lihat terlebih dahulu sebelum anda beliPhoto from FB | Great Harvest Fruit

Akibat daripada pengumuman ini, ramai netizen mendakwa buah ini boleh didapati dengan harga sangat murah berbanding beberapa bulan yang lalu.

Disebabkan itu, segelintir telah membeli dengan kuantiti yang banyak untuk menikmatinya. Walau bagaimanapun, harga yang terlalu murah mungkin datang dengan kandungan kimia tinggi ujar netizen.

Segelintir netizen dakwa kesihatan mereka terjejas selepas nikmati shine muscat 'yang murah'Photo from NST

Tambahan pula, ada juga mendakwa selepas makan, pelbagai masalah kesihatan telah timbul. "Patutlah aku bila dah makan buah ini tiba-tiba sakit perut walaupun dah basuh bersih," kata salah satu netizen.

Justeru itu, kita sebagai pembeli perlu berhati-hati sebelum membeli secara buta tuli. Jika buah yang harganya sedia maklum dijual dengan harga mahal boleh didapati dengan harga terlalu murah, mungkin ada udang disebalik batu.

Sebelum beli, pastikan anda lakukan pemeriksaan terlebih dahulu tau!Photo from Taste of Japan

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok