download Jom Explore app
Kereta Kena Tarik?! Ramai Tak Tahu Apa Yang Patut Dilakukan

Kereta Kena Tarik?! Ramai Tak Tahu Apa Yang Patut Dilakukan

Hot & Viral
By Muhammad Aliff on 23 Oct 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Memiliki kereta sendiri adalah impian ramai, namun tidak semua mampu untuk membelinya secara tunai. Maka ramai memilih kaedah ansuran dilihat sebagai satu alternatif.

Umum mengetahui jika kita gagal melunaskan bayaran ansuran, kereta kita berisiko untuk ditarik. Tetapi masih ramai tidak tahu bahawa pembeli masih mempunyai hak dalam proses ini.

Jika anda memahami hak sebagai pembeli, proses ini boleh diselesaikan secara baik tanpa pertikaian.

Jika anda berada dalam situasi ini, apa yang anda boleh lakukan?Photo from Utusan

Pertama Kena Faham Konsep Sewa Beli & Tarik Kereta

Kita (pembeli) boleh dianggap hanya menyewa kereta sehingga selesai bayaranPhoto from Le Guide

Dalam urusan pembelian kenderaan ia menggunakan konsep sewa beli. Di mana kita (pembeli) dianggap sebagai penyewa, manakala institusi kewangan adalah pemilik kereta kita sehingga bayaran diselesaikan sepenuhnya.

Menurut Akta Sewa Beli, institusi kewangan berhak menarik kereta jika pembeli gagal membayar ansuran seperti yang dipersetujui.

Tapi perlu ingat hanya ejen berdaftar dari KPDNHEP sahaja berhak tarik!Photo from The Malaysian Reserve

Walau bagaimanapun, hanya ejen berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sahaja boleh melaksanakan secara sah.

Sehubungan dengan itu, ejen ini perlu melaporkan kepada polis terlebih dahulu. Barulah proses penarikan boleh dijalankan.

Sebelum anda beli kereta pastikan anda betul-betul mampu terlebih dahuluPhoto from Kosmo

Apakah Hak Pembeli Yang Anda Ada Sebelum Kena Tarik?

Apa hak anda ada bila kereta kena tarik?Photo from CARPUT

Kita sebagai pembeli masih ada beberapa hak yang perlu dihormati sebelum kena tarik. Antaranya seperti berikut:

  • Penarikan tidak boleh dilakukan di kawasan kediaman berpagar
  • Kereta tidak bleh ditarik pada cuti umum dan hanya boleh dilakukan antara 9 pagi dan 9 malam
  • Jika bayaran pinjaman melebihi 75% ejen perlu menyediakan surat arahan tarik dari bank dan perintah Mahkamah
  • Ejen penarik perlu memiliki Kad Autoriti Ejen Perolehan Semula (EPS) daripada KPDNHEP
  • Proses ini mesti dilakukan secara profesional tanpa kekerasan
  • Pembeli berhak mengeluarkan barang peribadi dari kereta sebelum ditarik
  • Laporan polis perlu dilakukan untuk mengesahkan proses ini. Pembeli boleh membuat laporan JIKA terdapat unsur jenayah

Prosedur Sebelum Penarikan Kereta

Notis Jadual Keempat akan diberikan terlebih dahulu jika anda gagal membayar ansuranPhoto from CARETA

Sebelum kereta tersayang kita ditarik, institusi kewangan akan menghantar Notis Jadual Keempat sebagai amaran awal jika pembayaran tertunggak. Notis ini memberi tempoh 21 hari untuk pembeli langsaikan bayaran.

Jika masih gagal melunaskan byaran, notis kedua akan dihantar dalam tempoh 14 hari selepas tamat tempoh notis pertama.

Sebelum kena tarik anda masih ada beberapa pilihan untuk lepaskan secara sukarela atau selesaikan bayaran tunggakanPhoto from Carsome

Kemudian, pembeli mempunyai pilihan sama ada untuk melangsaikan tunggakan atau menyerahkan kepada pihak bank. Sama ada secara sukarela sebelum proses penarikan dijalankan.

Tambahan pula, baki hutang yang belum diselesaikan akan ditolak nilai kenderaan.

Apa Yang Perlu Dilakukan Selepas Kereta Anda Ditarik?

Bila kena tarik apa yang patut anda lakukan? Duduk diam terima sahaja?Photo from Towing Murah KL Selangor

Setelah selesai prosedur penarikan, anda akan menerima Notis Jadual Kelima dalam tempoh 21 hari. Notis ini beri peluang kepada pembeli untuk membayar tunggakan dan mendapatkan kembali keretanya.

Tetapi perlu diingatkan, anda perlu membayar segala kos termasuk kos penarikan dan penyimpanan.

Andai kata hutang tersebut gagal diselesaikan dalam tempoh 21 hari. Institusi kewangan berhak melelong kereta tersebut dan terdapat kes di mana bank menawarkan membeli semula kereta pada harga lebih rendah.

Bila gagal melunaskan bayaran, bank berhak untuk lelong kereta anda tauPhoto from automachi

Jangan Lupa Untuk Ambil Segala Maklumat Tentang Ejen Penarik!

Jangan lupa untuk catat segala maklumat dan mudahkan kerja ejen tersebutPhoto from Aristocracy London

Haa.. apabila kereta kena tarik tu, janganlah halang kerja ejen tersebut. Sama ada pergi musnahkan kereta atau bertindak kasar.

Apa yang anda boleh lakukan ialah catat segala maklumat penting seperti berikut:

  • Nama ejen penarik
  • Nombor permit ejen
  • Nama dan alamat bank
  • Lokasi tempat kenderaan akan disimpan

Justeru itu, min harap info ini bermanfaat kepada mereka yang menghadapi situasi kereta bakal ditarik.

Min harap info ini bermanfaat dan membantu anda untuk selesai bayaran kalau taknak kena tarik!Photo from MyBateri

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok