download Jom Explore app
Ingat Di Eropah Homestay Ini, Rupanya Di Rawang Je!

Ingat Di Eropah Homestay Ini, Rupanya Di Rawang Je!

Jom! Cuti Staycation
By Ayunie Husna on 23 Sep 2024
Digital Editor

Teringin nak hidup seperti puteri yang tinggal dalam sebuah rumah English Cottage dikelilingi suasana tenang? Haa.. ingatkan ada di Eropah sahaja, rupanya sebuah homestay di Rawang menawarkan pengalaman sebegitu.

Dihiasi dengan hanya menggunakan satu warna sahaja. Homestay serba putih ini memberikan anda peluang untuk berehat daripada kesibukkan kehidupan seharian anda di ibu kota.

Ternyata anda terpegun melihat kecantikan The White Cottage kan? Baca sehingga habis untuk melihat apa tarikan istimewa yang ada.

Suasana Tenang, Nyaman Dikelilingi Hutan Hijau

Ingatkan di Eropah, rupanya tidak di Rawang je niPhoto from IOHOME

Tidak ubah seperti dalam filem! Homestay ini terletak di Taman Eko Rimba Komanwel, Templer. Ia dikelilingi hutan hijau memberikan suasana tenang, nyaman dari pagi sehingga ke malam.

Tambahan lupa, tidak jauh dari kawasan tersebut. Terdapat sungai mengalir, air terjun dan bayu segar. Lengkap untuk memberikan anda aktiviti untuk menghilangkan stress kehidupan seharian.

Terdapat sungai mengalir bagi menghidupkan suasana tenang Photo from IG | IOHOME

Mengambil Inspirasi Rumah Kotej Inggeris Bersama Hiasan Minimalism

Seni bina Kotej Inggeris membuatkan homestau sangat selesaPhoto from IOHOME

Perkara utama yang menangkap perhatian anda semua sudah tentu seni bina homestay ini. Mengambil inspirasi seni bina kotej Inggeris, homestay ini dibina untuk memberikan kesan elegan, mewah dan keselesaan.

Ia boleh dianggap sebagai rumah santai yang memberikan gaya hidup tenang berbanding hidup di pusat bandar. Tambahan pula, ia boleh dikatakan sebagai 'rumah kampung' orang Inggeris.

Boleh muatkan sehingga 8 orang satu masa, sesuai untuk getaway bersama keluargaPhoto from IG | IOHOME

Menariknya, The White Cottage mempunyai 2 bilik, 6 katil untuk menampung sehingga 8 tetamu dalam satu masa. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan seperti bilik mandi, penghawa dingin dan lain-lain.

Sehubungan dengan itu tema hiasan minimalism menjadi elemen penting bagi menghasilkan ruang kediaman cukup selesa.

Setiap bilik dihiasi dengan pelbagai kelengkapan cukup selesaPhoto from iOHOME

Selain Merehatkan Tubuh Badan, Jangan Lupa Untuk Menghabiskan Masa Bersama Keluarga

Nak getaway lepak bersama kawan baik sangat lah rekomen Photo from IG | tqaaa

Sementara tengah merehatkan tubuh badan terdapat beberapa aktiviti santai untuk menghabiskan masa di sini. Sudah tentu anda boleh berjemur atau mandi di kolam renang yang disediakan.

Jangan risau ia tertutup untuk memberikan privasi sepenuhnya. Seterusnya, terdapat ruang untuk berkelah atau BBQ bersama rakan dan keluarga pada waktu malam. Di samping itu, homestay ini menyediakan balkoni di bahagian belakang tau.

Ini dapat memberikan anda pemandangan yang tiada bandingan baik pagi mahupun malam ditemani bintang.

Ruang kolam mandi di belakang cukup selesa dan privatePhoto from IOHOME

Eh Eh Ada Banyak Lagi Aktiviti Boleh Dilakukan Lah!

Ada pelbagai aktiviti boleh anda cuba homestay iniPhoto from IOHOME

Anda boleh merasai suasana sungai, berbasikal di dalam hutan, jungle trekkimg, Atv, atau anda boleh berkelah disini. Jika tidur disini, mesti anda semu taknak balik kerana suasana yang nyaman membuatkan anda merindui suasana itu. Dengan lokasinya yang strategik, homestay ini juga memudahkan tetamu untuk menjelajahi tarikan menarik di sekitar Rawang, Selangor.

Kalau anda nak tahu selain daripada menikmati suasana nyaman ada juga beberapa aktiviti menarik. Contohnya ialah seperti berikut:

  • Rendam kaki di sungai
  • Jungle Tracking
  • Berkelah
  • Berbasikal sepanjang kawasan
  • Main ATV

Justeru itu, anda tidak lagi perlu menyimpan cita-cita nak ke Eropah untuk dapatkan vibe seperti ini. Waze sahaja ke alamat yang min tulis di bawah untuk menikmati pengalaman penginapan cukup menakjubkan.

📍 KM23, Jalan Rawang, Compartment 3, 48000 Rawang, Selangor

Korang Mungkin Suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok