Langkawi Diiktiraf Sekali Lagi, Antara Pulau Tercantik Dunia!
Umum mengetahui majoriti masyarakat akan memilih pulau sebagai destinasi percutian. Barulah boleh hilangkan stress kan?
Malaysia pula cukup terkenal dengan pelbagai pulau cantik yang dianggap antara terbaik di dunia. Menurut Top Islands: Reader's Choice Awards 2024, dikeluarkan oleh Conde Nast Traveler.
Photo from Wix
Pulau Langkawi berada pada kedudukan kedua terbaik dengan nilai markah sebanyak 92.14 bagi kategori Asia. Berjaya mengalahkan destinasi terkenal seperti Bali dan Phuket pulak tu.
Pulau Langkawi Tersenarai Salah Satu Terbaik Di Asia
Photo from Gem Car Rental
Menurut laporan Conde Nast Traveler, "Langkawi menjadi kegemaran penduduk seluruh dunia. Destinasi percutian popular ini telah tersenarai sebagai salah satu di Asia yang menjadi pilihan ramai,"
Berbalik kepada senarai Top Islands: Reader Choice Awards 2024 kategori Asia. Langkawi berada di kedudukan kedua manakala tempat pertama dipengang oleh Koh Samui di Thailand.
Photo from MICHELIN Guide
Tambahan pula, perkara yang menjadi kebanggan kita apabila Langkawi berjaya mengalahkan dua buah pulau terkenal. Bali, Indonesia dan Phuket, Thailand.
Berikut ialah senarainya:
- Koh Samui, Thailand (93.54)
- Langkawi, Malaysia (92.14)
- Boracay, Filipina (91.94)
- Sri Lanka (91.28)
- Phú Quốc, Vietnam (91.01)
- Palawan, Filipina (90.68)
- Phuket, Thailand (90.44)
- Cebu & Visayan Islands, Filipina (90.29)
- Bali, Indonesia (90.15)
- Siargao, Filipina (89.2)
Photo from CuddlyNest
Dikenali Sebagai 'Permata Kedah'
Photo from Madhzir Hasan
Untuk pengetahuan umum, Langkawi pernah merangkul beberapa anugerah lain di Conde Nast Traveller Reader's Choice Awards 2022. Pada tahun tersebut, ia juga dianggap salah satu pulau terbaik di Asia Tenggara.
Bukan itu sahaja, pada tahun yang sama Langkawi dikenali sebagai Permata Kedah kerana dinobatkan sebagai Pulau Percutian Terbaik di Malaysia menurut Anugerah Industri Pelancongan Malaysia.
Photo from Tripadvisor
Menariknya, pulau Langkawi terdiri daripada pecahan 99 pulau di Laut Andaman menjadikan percutian anda sempurna. Selain itu, bagi mereka yang ingin self-reward boleh menginap di hotel lima bintang seperti St. Regis Langkawi, The Ritz-Carlton.
Photo from St Regis
Apa Yang Menarik Di Pulau Langkawi Untuk Anda Explore?
Photo from Panaroma Langkawi
Bagi mereka yang ingin bercuti di Langkawi buat kali pertama, terdapat beberapa lokas menarik yang anda boleh terokai. Antaranya seperti berikut:
Photo from Percutian Bajet
- Makam Mahsuri - Lagenda Mahsuri, cerita rakyat tempatan dipenuhi dengan daya tarikan misteri
- Dataran Helang - Patung helang menjadi simbol, Langkawi
Photo from Klook
- Kereta Kabel - Nikmati pemandangan menakjubkan sambil mendaki ke puncak Gunung Mat Cincang
- Underwater World Langkawi (UWL) - Menikmati hidupan marin di salah satu akuarium terbesar Asia Tenggara
Photo from Tour in Langkawi
- Kilim Karst Geoforest Park - Sebuah geopark UNESCO yang boleh diterokai
- Pantai Chenang - bersantai tepi pantai sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa
Haa.. bagaimana menarik kan? Selain daripada meneroka kecantikan di negara orang. Apa kata kita menikmati keindahan yang ada di negara kita kan?
Photo from Panorama Langkawi
Mungkin korang suka: