5 ‘Travel Hack‘ Semasa Naik Flight, Dikongsi Pramugari
Ahh tak sabar rasanya nak pergi bercuti di luar negara! Mesti seronok dapat naik kapal terbang dan melihat pemandangan menakjubkan dari udara kan? Sebab itu min dah bersedia awal dengan travel hack dikongsi oleh krew kabin sendiri.
Bercuti di luar negara ialah sebuah nikmat mewah yang tak semua orang dapat menikmatinya. Jadi tak hairan masih ramai terkial-kial daripada proses menaiki kapal terbang sehingga mengambil bagasi semula.
Photo from Yahoo News Malaysia
Takpa jangan risau! Sebab korang baca sahaja artikel ini sampai habis untuk ketahui travel hack apa dikongsi oleh kabin krew. Sekaligus memudahkan pengalaman percutian dan penerbangan ke luar negara.
Elak Makanan Berat Dan Berminyak
Photo from Che Nom
Menurut krew kabin bernama Jenna Wright, ramai individu mengalami masalah perut kembung semasa penerbangan. "Perut kembung ialah perkara paling menjengkelkan dalam penerbangan," katanya.
"Untuk mengurangkan perkara ini berlaku. Elak makanan yang berat, pedas atau berminyak sebelum kita terbang. Gantikan dengan makanan yang lebih mudah untuk dihadam." tambah Jenna.
Photo from iStock
Selain itu, untuk meminimumkan kembung perut. Pastikan anda minum air dengan jumlah banyak untuk kekal hidrat. Tidak semestinya sebelum penerbangan, semasa di hotel, berjalan dan sebagainya.
"Tingkatkan pengambilan air selama 24 jam sebelum dan selepas penerbangan untuk elak berlaku dehidrasi." tambah Jenna.
Photo from El Paso
Makanan Dalam Kapal Terbang Boleh Hiraukan Dulu
Photo from Reddit
Andai kata korang jeins mudah terkena masalah kembung perut serta dehidrasi. Min sarankan korang hiraukan serta elak makanan dalam kapal ketika tempoh menghidang. Sebaliknya bawa makanan sendiri.
Sebab menurut Jenna "apabila berada di atas udara selera makan kita akan hilang. Makanan kapal pula akan dipenuhi dengan garam dan minyak untuk cuba serta kembalikan deria rasa kita.
Ini sangat bermasalah bagi mereka senang kena perut kembung." kata Jenna.
Gunakan Teknologi Sebaik Mungkin Untuk Penerbangan Selesa
Photo from Explore
Dalam penerbangan, ia susah untuk berada dalam keadaan selesa. Sebab utama adalah bising, bunyi bising daripada enjin, orang dan kabin menyusahkan kita untuk kekal selesa dalam satu masa.
Kalau perjalanan pendek tidak mengapa, jika penerbangan makan masa 10 jam ke atas, menangis lah, Sebab itu penting untuk membawa headphone semasa dalam perjalanan.
Photo from Malaysia airlines
Menurut Lee Dobson, "Headphone dapat mencipta syurga peribadi yang tenang walaupun berada dalam kabin yang paling bising. Selain itu, saya sentiasa pastikan telefon dimuatkan dengan rancangan, filem dan permainan untuk buat saya terhibur.
Jangan lupa powerbank! Tiada apa yang lebih buruk apabila bersiap sedia untuk menonton filem hanya untuk mendapati bateri telefon sudah mati. Teknologi telah meningkatkan pengalaman dalam penerbangan saya.
Photo from Soya Cincau
Ia menjadikan perjalanan jauh terasa mudah dan memastikan saya tiba di destinasi dengan tenang serta penuh bertenaga untuk meneroka." katanya.
Sentiasa Bawa Pakaian Lebih Untuk 3 Hari
Photo from Cabin Zero
Walaupun kita mempunyai bagasi penuh dengan pakaian. Jangan sesekali lupa untuk membawa pakaian lebih yang boleh bertahan sehingga 3 hari. Sebab kita takkan tahu apa yang boleh berlaku apabila tiba di destinasi.
Maka ia sangat penting untuk bersedia dan berfikir pelan dari awal jika perlu bercuti panjang. Selain itu, andai kata bagasi hilang, tak mungkin kita ingin terlepas peluang menikmati percutian dengan memakai pakaian yang sama sehingga bagasi dapat ditemui.
Photo from Cabin Zero
"Sekurang-kurangnya pakaian cukup untuk tiga hari dalam beg galas kita. Walaupun kita tiada penerbangan sambungan, emergency dan sebagainya. Kes bagasi hilang adalah antara perkara kerap berlaku.
Jangan Lupa Untuk Bawa Wayar Extension
Photo from JML
Bagi seorang krew kabin, mereka sentiasa dalam perjalanan merata tempat dalam masa satu hari. Salah seorang daripada krew ini pesan untuk sentiasa bawa wayar extension dalam bagasi kita.
Ia akan meningkatkan pengalaman percutian kita secara tak sedar. Bila tengah sedap bercuti, kita akan mengecas peranti elektrik setelah balik semula ke hotel, oleh itu hanya wayar extension sahaja membenarkan kita caj banyak peranti dalam satu masa.
Tak perlu nak berebut atau tunggu giliran betul?
Justeru itu ini 5 travel hack yang dikongsikan oleh krew kabin sendiri. Tidak dapat dinafikan ia akan meningkatkan kualiti hidup ketika berada di atas udara sekaligus memberikan pengalaman percutian lebih menyeronokkan.
Mungkin korang suka: