Dari Bangunan Heritage, Diubah Jadi Hotel Mewah
Walaupun berada di lokasi tumpuan pelancong. Else ibarat sebuah oasis syurga terletak di tengah-tengah Petaling Street menyediakan pengalaman penginapan yang sukar untuk dilupakan!
Sebelum menjadi tempat wajib dikunjungi ketika melawat Kuala Lumpur. Petaling Street merupakan lokasi utama orang untuk membina rumah serta rumah kedai ketika KL pesat membangun.
Photo from Keith Chong
Pada tahun 1931, firma arkitek Booty Edwards & Partners telah siap mencipta sebuah bangunan gaya art deco di tapak bekas rumah percutian Kapitan Yap Kwan Seng. Menariknya, ia merupakan bangunan tertinggi pada waktu itu.
Mungkin korang lalu di hadapannya setiap hari tetapi tidak perasan akan kewujudannya. Bangunan itu dikenali sebagai Bangunan Lee Ruber telah diberi nafas baru dengan mengubahnya menjadi sebuah hotel bernama Else.
Photo from Heartpatrick
Sebuah Visi Untuk Mencipta Sebuah Syurga
Photo from BURO Malaysia
Else Kuala Lumpur atau lebih mesra dikenali sebagai Else merupakan jenama yang dihasilkan oleh Justin Chen dan Javier Perez. Mereka berdua yang berasal dari Singapura mengambil keputusan untuk menghidupkan semula bangunan lama ini.
Bangunan Lee Rubber asalnya menjadi tapak untuk syarikat Lee Rubber Company. Kemudian ia diubah menjadi markas pasukan polis rahsia Jepun ketika Perang Dunia Kedua. Sekitar tahun 2000 pula, menjadi rumah, ofis, pusat tuisyen, kedai buku dan kedai.
Akhir sekali diubah menjadi syurga yang merupakan visi Justin dan Javier. Mereka giat bekerjasama dengan pereka, artis dan rakan kongsi warga tempatan untuk memastikan visi mereka tercapai.
Photo from Keith Chong
Dihasilkan Dengan Penuh Teliti Memberi Nafas Baru
Photo from Keith Chong
Untuk memastikan visi mereka terhasil. Studio Birkin ialah firma yang bertanggungjawab untuk menghasilkan konsep untuk Else. Manakala Faizah Architect bertanggungjawab untuk menyelia proses pemulihan.
Else mempunyai 49 bilik dengan keluasan lebih daripada 56,000 kaki persegi. Ia mempunyai tujuh tingkat dan fasad bangunan (muka hadapan) yang dipulihkan semula memberi nafas baru penuh kasih sayang sebaik korang melangkah masuk.
Photo from Keith Chong
Ruang atmosfera di bahagian dalam pula cukup menakjubkan. Ternyata usaha Studio Birkin memang cukup hebat, bahasa reka bentuk mereka berjaya mengimbangi motif lama dan baru, yang mentah dan halus.
Tingkat bawah menempatkan lobi dan terdapat sebuah restoran yang bernama Raw Kitchen Hall. Ia dilengkapi dengan perabot kayu arca, tempak duduk jamuan retro sambil berlatar belakang tiang gaya rekaan Rom.
Di samping itu, satu ruang atrium bertingkat telah dihasilkan melalui lantai bangunan menjadi tumpuan utama. Ia memberikan laluan untuk cahaya masuk secara semula jadi dan membawa udara segar ke dalam ruang koridor menuju ke bilik.
Photo from Keith Chong
Setiap Bahagian Dicipta Dengan Penuh Berseni
Photo from Keith Chong
Setelah selesai melihat kecantikan di bahagian bawah, apa kata kita naik satu tingkat ke atas untuk mendaftar masuk? Di sini Else memberikan banyak fasiliti dan kemudahan untuk tetamu guna.
Antaranya seperti Library Den, Gim yang dilengkapi dengan sebuah pod untuk anda cuba. Tambahan pula, barangan antik dan karya seni boleh dilihat di seluruh tempat penginapan.
Setiap karya yang ada dipilih sendiri oleh pakar yang dikenali sebagai Gilded Lions.
Photo from Keith Chong
Di Else, terdapat 4 kategori bilik disediakan untuk dipilih. Bilik yang lebih besar terletak di atas bersambung dengan struktur bangunan asal ditambah sehingga 3 tingkat. Setiap bilik dihiasi dengan penuh elegan dan juga berseni dicipta khas oleh Omar Khan, seorang artis tempatan.
Photo from Else
Dilengkapi Dengan Sentuhan Seni Tempatan
Photo from Keith Chong
Apa yang membuatkan Else lebih menarik berbanding hotel yang ada di KL ialah sentuhan warga tempatan. Setiap karya seni yang dipamerkan dihasilkan oleh artis Malaysia yang memenangi anugerah.
Antaranya seperti Fauzul Yusri, Fendy Zakri, Fawwaz Sukri dan Nathan Fikri. Selain itu, seni antarabangsa juga turut dipamerkan seperti karya daripada Joe Fleming. Fleming pernah mempamerkan karya di Los Angeles, Amerika Syarikat dan Paris.
Photo from Aud Seh
Secara keseluruhannya, satu malam di Else ialah sebuah pengalaman yang sangat berbeza walaupun berada di KL. Setiap sudut mempunyai maksud, tiada ruang dibazirkan tanpa fungsi atau seni.
Else memberikan korang ruang yang elegan untuk dihargai serta berimaginasi. Selain itu, ia juga dapat memberikan ketenangan walaupun berada di pusat bandar yang kita sudah tahu sangat bising.
Photo from Lea
Justeru itu, jika anda sedang mencari hotel yang menarik di tengah bandar KL. Apa kata nikmati pengalaman tiada bandingan di Else KL.
📍 145, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur