download Jom Explore app
Old Money: Apa Pengertian, Ciri-Ciri dan Gaya Hidup?

Old Money: Apa Pengertian, Ciri-Ciri dan Gaya Hidup?

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 12 Nov 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Sejak beberapa hari lalu, seorang pempengaruh telah viral dan mencuri perhatian netizen dengan menubuhkan satu komuniti yang dipanggil 'Old Money Club'

Menerusi perkongsian di TikTok, pempengaruh tersebut memuat naik video dirinya bersama ahli komuniti sedang berjalan di tengah ibu kota.

Nampak klasik, mewah membuatkan ramai tertarik dengan gaya Old MoneyPhoto from IG | Wak Doyok

Seterusnya komuniti ini berjalan-jalan sekitar Dataran Merdeka sambil melihat reaksi orang awam di kawasan tersebut. Pempengaruh itu berkata, komuniti ini telah berjaya menarik minat lebih 300 orang walaupun sahaja ditubuhkan.

Video yang viral itu telah mendapat banyak reaksi negatif dari netizen. Majoritinya mencemuh dengan perbuatan tersebut dengan kata-kata seperti, "Old money tidak boleh dicipta macam tu sahaja,"

Oleh demikian, apa sebenarnya 'old money' yang dikatakan itu dan turut menjadi trend dikalangan netizen di media sosial?

Old Money bukan sahaja trend atau gaya fesyen, ia merangkumi segalap aspek kehidupan seseorang individuPhoto from IG | Wak Doyok

Apa Itu Old Money Sebenarnya?

Gaya Ivy League seperti ini menggambarkan apa yang netizen faham tentang trend iniPhoto from Pinterest

Richard Thompson Ford, seorang profesor Stanford yang menulis buku Dress Code: How The Laws of Fashion Made History berkata, "secara umum apa yang dikatakan sebagai estetika 'old money' merujuk kepada golongan elit pada abad ke-20.

Pakaian mereka terdiri daripada kolej Ivy League, item klasik dan dibuat untuk tahan lama. Gaya mereka boleh dipakai harini atau 100 tahun yang lalu tanpa kelihatan kekok,"

Drama bersiri, 'Succession' sering menjadi rujukan bagaimana kehidupan sebenar golongan elit 'Old Money'Photo from Pinterest

Manakala, menurut Oxford, "terma ini merujuk kepada kekayaan yang diwarisi dan bukannya diperoleh," Sehubungan itu, jika kita cuba untuk hidup seperti mereka, ia tidak membuahkan hasil.

Ini kerana anda perlu dilahirkan di bawah situasi yang betul di mana nama keluarga anda mempunyai warisan yang besar. Contohnya, golongan bangsawan.

Jika anda dilahirkan dalam golongan elit ini, barulah layak digelarkan sebegituPhoto from Pinterest

Tertarik Dengan Gaya Old Money? Guna Tips Ini Untuk Dapatkan Gayanya

Memandangkan ia sebuah trend, ini beberapa tips untuk dapatkan gaya iniPhoto from Wak Doyok

Tidak dinafikan gaya fesyen ini memang menarik. Sesiapa yang melihatnya pasti akan tertarik berbanding gaya fesyen yang lain. Jadi bagaimana cara mudah untuk anda capai estetika ini walaupun tidak dilahirkan dalam keluargan berpengaruh?

Guna tips ini:

Fokus pada kualiti bukan kuantiti sangat penting untuk dapatkan gaya iniPhoto from Pinterest

  • Kualiti berbanding Kuantiti

Perkara paling utama yang membezakan gaya ini dengan gaya lain adalah fokus kepada kualiti berbanding kuantiti. Daripada asyik mengejar trend kitaran fesyen, apa kata fokus item yang anda perlukan sahaja yang dihasilkan menggunakan bahan berkualiti.

Tona warna seperti gambar ini menepati ciri-ciri yang dicariPhoto from Pinterest

  • Pemilihan warna dan corak yang 'senyap'

Fokus kepada warna seperti biru gelap, krim, beige, hitam dan putih sebagai bahan utama dalam pakaian anda. Warna ini mencipta rupa elegan, halus dan elusif tanpa menarik perhatian. Jika ingin memakai corak pula, pilih corak ringkas seperti jalur, kotak yang boleh lengkapkan tona warna ini.

Untuk aksesori kekalkan gaya minima sahaja dan pastikan jam anda ada makna!Photo from Pinterest

  • Kekalkan aksesori dan barang kemas ke tahap minimum

Selaras dengan gaya fesyen yang senyap, halus dan terperinci. Segala hiasan dipakai secara minimum tetapi sangat bermakna. Contohnya harta pusaka keluarga yang diberikan secara turun-temurun. Aksesori yang dipilih bukan sahaja ikut trend, tapi kekal relevan sepanjang zaman.

Ingat ini bukanlah gaya fesyen semata-mata, gaya hidup anda pun kena berubah contoh mula main tenisPhoto from Town & Country Magazine

  • Menukar Gaya Hidup Sepenuhnya

Anda boleh cuba sedaya upaya untuk tiru gaya old money. Namun, jika gaya hidup anda sendiri tidak seperti golongan elit, lupakan sajalah. Oleh itu, banyakkan membaca, belajar dan terapkan budaya elit serta cuba main beberapa sukan orang elit. Seperti, tenis, golf dan polo.

Kenapa Gaya Old Money Menjadi Kegilaan & Obses Ramai Hari Ini?

Majoriti Gen-Z obses dengan trend Old Money, Siap cuba pelbagai cara untuk nampak seperti golongan elitPhoto from Pinterest

Semuanya bermula di media sosial, carian perkataan 'old money' telah memperoleh lebih 2.5 bilion tontonan di TikTok. Seterusnya perkataan tersebut turut dikategorikan sebagai 'OldMoneyOutfits' dan 'OldMoneyAesthetic' turut mendapat sehingga 222.5 juta tontonan.

Video yang memaparkan golongan muda berpakaian kemas, rapi dengan paras rupa menarik sedang bersantai di lokasi menakjubkan. Telah membuatkan ramai orang teringin untuk hidup sebegitu rupa.

Kehidupan seharian 'Old Money' dilihat menarik dan seperti dunia fantasi oleh Gen-ZPhoto from IG | prince._abdul_mateen

Perkara ini lebih jelas apabila kita melihat Generasi-Z (Gen-Z). Kebanyakan daripada mereka mempunyai aspirasi untuk mengubah hidup untuk menjadi salah satu dalam golongan elit ini.

Gaya hidup yang dipenuhi dengan kemewahan dilihat seperti sebuah fantasi (bagi Gen-Z) yang sering dilihat dalam filem. Siapa sahaja tidak teringin untuk menikmati kehidupan seperti seorang golongan elit kan?

Justeru itu, Old Money bukan sahaja anda pakai pakaian klasik ye, kehidupan anda juga menjadi penanda ukurPhoto from CARETA

Justeru itu, old money bukanlah sekadar penampilan dan gaya fesyen sahaja. Ia merujuk kepada perwatakan, personaliti dan gaya hidup sebuah golongan elit yang bukan senang untuk dicapai.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok