download Jom Explore app
Tanaman Buah Melon Dihasilkan Di Taman Komuniti Pandan Indah

Tanaman Buah Melon Dihasilkan Di Taman Komuniti Pandan Indah

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 05 Mar 2024
Digital Editor

Dalam bandar pun berjaya mengusahakan tanaman melon yang mampu memberi manfaat pada komuniti taman perumahan di Pandan Indah. Buah yang mempunyai banyak khasiat turut meraih banyak keuntungan.

Selepas melihat kejayaan tanaman jagung bijirin, Kerajaan Selangor akan meluaskan program tanaman melon yang turut berjaya melihat hasilnya. Projek berkonsep hidroponik atas tanah seluas 8,000 kaki persegi berjaya menghasilkan 2,000 biji melon dalam tempoh dua bulan sahaja.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tanaman ini berpotensi tinggi untuk diperkembangan selepas mendapat permintaan tinggi dalam pasaran. Pandan Indah ialah lokasi terbaik untuk dijadikan contoh di tempat lain.

Negeri Selangor ingin luaskan tanaman melon di Pandan Indah iniPhoto from IG | mkpks

Harga melon di pasaran ketika ini sekitar RM16 sekilogram pulak tu!

Usaha Penduduk Komuniti Tempatan

Dalam masa 2 bulan dapat mengeluarkan banyak hasil untuk dinikmatiPhoto from IG | mkpks

"Projek ini tujuannya untuk komersil dan jualan. Disebabkan itu, tumpuan kami kerah kepada pengusaha sedia ada. Jika ada komuniti berminat, kerajaan negeri (Selangor) boleh bantu namun bantu kewangan tidak boleh diber kesemua tempat, tambah Datuk Seri.

Turut berkata, kerajaan negeri juga bersedia untuk menjalinkan kerjsama dengan pengusaha dan pekebun. Ini untuk mereka yang berminat untuk menceburi tanaman tersebut yang boleh mendapat pulangan lumayan.

Bermodalkan RM30,000 untuk membukan tanaman sudah memadai. Hasil jualan pula mampu mencecah sehingga RM120,000. Justeru itu, kerajaan negeri akan memperluaskan projek ini bagi tujuan komersil.

Menteri Besar Selangor sedang menikmati kemanisan buah melonPhoto from IG | mkpks

Ada banyak kaedah boleh dilaksanakan. Mungkin akan guna tanaman berkelompok dahulu untuk kumpulkan hasilnya dengan tujuan pemasaran. Kemudian mereka akan kekal mengguna kaedah penanaman sama supaya melon mengikut saiz standard ditetapkan untuk pasaran.

Apa Kebaikkan Tanaman Konsep Hidroponik?

Konsep tanaman hidroponik sangat sesuai dalam kawasan bandarPhoto from Harapan daily

Projek tanaman melon menggunakan konsep hidroponik yang bersesuaian dalam kawasan bandar. Kaedah ini dapat menanam tumbuhan tanpa tanah, sebaliknya menggunakan larutan air yang kaya dengan nutrien.

Air tersebut akan membekalkan keperluan ke akar tumbuhan. Daripada bergantung kepada kaedah tradisional, konsep ini menyediakan persekitaran terkawal di mana tumbuhan menerima unsur diperlukan untuk tumuh dengan cara lebih cekap serta tepat.

Sistemnya pula ada dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  1. Teknik Filem Nutrien (NFT): Lapisan nipis air mengalir ke atas akar tumbuhan, memberikan belakan nutrien berterusan
  2. Kultur Air Dalam (DWC): Tumbuhan terampai dalam larutan nutrien dengan akarnya terendam dalam air berudara
  3. Sistem Titisan: Penyelesaiana nutrien dihantar terus ke pangkal setiap tumbuhan melalui rangkain tiub dan pemancar
  4. Aeroponik: Akar digantung di udara dan kabus nutrien disembur secara berterusan ke akar

Contoh yang dihasilkan dalam negaraPhoto from AGRITECTURE

Selain itu, kadar pertumbuhan lebih cepat membuahkan hasil dalam tempoh masa pendek. Tak lupa juga penggunaan sumber jauh lebih cekap dan membolehkan kita mengawal faktor persekitaran lebih tepat.

Walaubagaimanapun bukan semudah itu sahaja, kita perlu memahami, memantau dan mengurus dengan penuh teliti untuk pastikan tumbuhan kita menerima keseimbangan nutrien yang optimum.

Kebaikkan Menikmati Buah Melon!

Buah melon bukan sahaja manis rasanya tetapi banyak kebaikkanPhoto from Pinterest

Buah melon ialah istilah kolektif untuk kumpulan pelbagai buah-buahan yang tergolong dalam keluarga Cucurbitaceae. Ia juga termasuk buahan seperti labu, timun dan sebagainya. Ia juga mempunyai isi manis dan berair.

Rasanya amat segar dan mempunyai sedikit kemanisan untuk memberikan rasa segar. Selalunya orang akan ambil isinya untuk dimasukkan ke dalam salad, jadikkan pencuci mulut atau minuman.

Menariknya buah ini memang banyak kebaikkan. Antaranya seperti berikut:

  1. Kaya dengan vitamin & mineral: sumber vitamin penting (Vitamin C, A, K) dan mineral (Kalium) untuk kekalkan keseimbangan cecair, elektrolit.
  2. Penghidratan: Melon mempunyai kandungan air tinggi, menyumbang kepada penghidratan.
  3. Antioksidan: Ia mengandungi antioksidan tinggi untuk membantu meneutralkan radikal bebas dalam badan. Penyakit kronik pun dapat dikurangkan
  4. Penghadaman: Ada masalah penghadaman? Makan buah ini dapat menggalkan usus lebih sihat mencegah sembelit.
  5. Mata: Vitamin A memang penting untuk kekalkan penglihatan lebih sihat termasuk menyokong sistem imun badan
  6. Jantung: Kalium boleh menyumbang kepada kesihatan jantung dengan membantu kawal tekanan darah. Pengambilan mencukupi dapat kurangkan risiko darah tinggi (hipertensi)
  7. Kesihatan kulit: Vitamin C sangat penting untuk sintesis kolagen menyumbang kepada kesihatan kulit dan membantu badan untuk perbaiki serta kekalkan tisu kulit

Lihat warnanya menawan betul kan?Photo from Harapan Daily

Oleh itu kalau lihat semakin banyak lambakkan melon di pasaran. Boleh cuba beli satu dua dan memberi sokongan kepada hasil usaha komuniti di Pandan Indah sekaligus menikmati kebaikkan daripada buah ini.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok