download Jom Explore app
Tips Travel: Bawa 3 Jenis Kasut Ini Untuk Tak Sakit Kaki!

Tips Travel: Bawa 3 Jenis Kasut Ini Untuk Tak Sakit Kaki!

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 17 Jul 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Antara perkara yang majoriti netizen ramai terlepas pandang semasa bercuti ialah keselesaan di bahagian kaki. Ini merujuk kepada kasut yang dibawa dan pakai semasa kita menikmati percutian.

Pemakaian kasut yang betul memainkan peranan penting. Tugasnya bukan sahaja untuk melindung kaki kita, malah memberikan keselesaan ketika berjalan meneroka tempat yang kita lawati.

Pergi bercuti takkan taknak bawa kasut selesa kan?Photo from IG | haniszalikha

Selalunya kita akan bawa satu jenis sahaja untuk 'menjimatkan' ruang beg bagasi. Cuba bayangkan anda hanya pakai selipar tetapi nak melakukan aktiviti mendaki bukit? Tidak ke ia adalah resipi kemalangan.

Dengan itu, 3 jenis kasut ini wajib dibawa semasa anda travel nanti!

Kasut ada banyak jenis tapi hanya 3 sahaja wajib bawa semasa anda bercutiPhoto from Facts

Keselesaan Memakai Kasut Sneakers / Trainers

Hip, bergaya dan trendy sneakers dan trainers memang pilihan wajib!Photo from GQ

Hip, bergaya, selesa dan trendy, sneakers menjadi pilihan majoriti netizen tidak kisah sesiapa pun. Ia adalah pilihan umum yang praktikal sesuai digunakan ketika makan angin.

Boleh dipakai dari siang sehingga malam dan melindung kaki anda daripada sebarang ancaman ketika berjalan. Sehubungan dengan itu, ia hadir dengan pelbagai gaya, harga dan jenama memberi anda banyak pilihan.

Ini adalah sneakers! bergaya dan trendyPhoto from X | flizzow

Cuma ramai sering menganggap ia adalah sama jenis. Untuk pengetahuan umum, trainers berbeza daripada sneakers. Trainers ialah kasut jogging yang direka khas untuk berlari atau berjalan jauh memberi keselesaan optimum.

Berbeza daripada sneakers yang selalunya lebih bergaya dengan keselesaan biasa sahaja. Di bawah min senaraikan kebaikan memakai jenis kasut ini;

Ini pulah ialah trainer, nampak perbezaan antara dua betul?Photo from FB | hoka malaysia

  • Memberi keselesaan sepanjang hari serta memberi sokongan ketika berjalan
  • Boleh dipakai untuk berjalan dan melakukan aktiviti yang tidak terlalu lasak
  • Ada banyak gaya, warna dan reka bentuk memberi anda banyak pilihan

Merentas Halangan Lasak Dengan Memakai Kasut But

But menawarkan perlindungan sepenuhnya berbanding jenis kasut lainPhoto from REI

Dah kenapa nak kena pakai but semasa bercuti? Kasut jenis ini berat, tebal dan suka 'makan' kaki kita. Tidak dinafikan memakai but ketika bercuti dilihat sebagai pilihan yang tidak wajar.

Namun mereka yang gemar pakai but setiap hari tahu akan kelebihan menyarung but. Majoriti but diperbuat daripada kulit, mempunyai tapak tebal dan berat untuk melindung kaki sepenuhnya daripada cuaca, aktiviti lasak dan sebagainya.

Walaupun berat dan tebal, but memastikan kaki tidak akan tercedera langsungPhoto from AskMen

Objek tajam, berat atau kaki termasuk lopak air? Tidak perlu risau, kaki anda pasti selamat! Malah ia turut mempunyai banyak gaya, warna dan fesyen yang trendy untuk anda lakukan pilihan.

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan ia tidak selesa ketika tempoh awal pemakaian. Justeru itu, pastikan anda pakai terlebih dahulu untuk melembutkan kulit but supaya ia dapat melindung kaki anda ketika bercuti. Kelebihanya seperti berikut:

Gaya but pun ada banyak, contoh macam ni cantik kan?Photo from Stridewise

  • Memberi perlindungan sepenuhnya pada kaki dan buku lali anda.
  • Sokongan penuh membantu mencegah kecederaan seperti terseliuh
  • Majoriti but ialah kalis air dan sesuai untuk dipakai ketika meredah hujan atau salji
  • Tahan lasak serta tahan lama berbanding jenis kasut lain

Selipar Pun Kena Bawak Ke?

Jangan lupa bercuti pun kena bawa selipar!Photo from Shopee Malaysia

Kalau tanya min, selipar memang wajib untuk dibawa ketika bercuti. Walaupun hanya memberikan perlindungan pada kaki kecil sahaja berbanding 2 pilihan sebelum ini. Ia tidak bermakna anda perlu meninggalkan ia di rumah.

Selipar sangat terkenal dengan ciri yang ringan, mudah, dan selesa sesuai untuk ketika tengah mood malas. Min tak nasihatkan anda berjalan dengan memakai selipar, tapi semasa berada di hotel, pakailah.

Contoh selipar trendy sesuai pakai dalam dan luar hotelPhoto from IG | birkenstock.my

Berbanding anda berkaki ayam, memakai selipar dapat melindung anda daripada tergelincir atau rasa tidak selesa. Kuman pun tidak akan melekat pada kaki ketika mundar mandir di hotel. Kelebihannya ialah seperti berikut;

  • Sangat mudah dan praktikal, tinggal sarung sahaja untuk berjalan dalam hotel
  • Memberi peluang kaki anda bernafas selepas seharian memakai kasut
  • Ringan dan tidak makan banyak ruang dalam bagasi
  • Tidak sesuai untuk pakai luar hotel, tempat lasak dan sebagainya

Contoh bagaimana nak nampak bergaya dan selesa semasa bercuti dengan memakai seliparPhoto from Style Girlfriend

Menyimpulkan topik ini, 3 kasut ini wajib untuk anda bawa ketika bercuti nanti. Setiap satu mempunyai fungsi dan peranan tersendiri untuk memudahkan serta memberikan anda keselesaan optimum semasa bercuti.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok