Terkejut Netizen Lihat Polis UK Guna Kereta Proton Waja?!
Tular di media sosial dilihat jenama kereta tempatan, Proton bukan sahaja dipakai di negara kita. Malah, di luar negara pun menjadi pilihan.
Melihat produk keluaran Malaysia dipasarkan dan digunakan di luar negara pastinya akan terasa bangga. Emosi gembira hanya mengetahui produk tempatan berjaya menembusi pasaran dunia. Contohnya, jenama Proton sudah dijual di pasaran United Kingdom (UK) sejak tahun 1987.
Photo from Flickr
Maka, terkejutnya netizen melihat polis luar negara melakukan operasi rondaan dengan menggunakan kereta tempatan.
Proton Waja Digunakan Oleh Polis Humberside, Yorkshire
Tular video di laman TikTok, pengguna (@historyoftopgear) menujukkan sebuah kereta Proton Waja diubah menjadi kenderaan polis di luar negara. Lengkap dengan corak batternburg, lampu strobe lights berwarna biru.
Ini memberikan identifikasi bahawa mereka berasal dari mana.
Dalam video tersebut, kereta itu sedang dipandu laju tetapi masih cermat di jalan raya. Menariknya, video pendek mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih beberapa ribu tontonan.
Photo from Wikimedia Commons
Netizen Malaysia Terkejut Melihat Kereta Tempatan Ada Di Luar Negara
Photo from UK Spec Proton
Melihat ruangan komen ramai warga tempatan meluahkan rasa bangga melihat kereta jenama negara. Model tersebut menjadi antara kenderaan rasmi oleh pihak polis di sana. Selain itu, segelintir netizen berkongsi soalan sama.
Mengapa kereta ini dipilih sebagai kenderaan polis di luar negara, kebetulan pula ada yang memberi penjelasan bagi soalan ini. "Waja handling tinggi, senang nak kejar suspek yang jenis main masuk lorong tiba-tiba," ujar netizen tersebut.
Photo from Reddit
Walau bagaimanapun, nama Waja tidak digunapakai di pasaran UK. Model kereta tersebut diubah menjadi Proton Impian. Perkara ini sangat biasa dalam industri automotif.
Kereta Pertama Yang Dihasilkan Direka Sepenuhnya Oleh Proton
Photo from Wikipedia
Proton Waja merupakan sebuah model kereta yang ikonik untuk jenama tempatan ini. Dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad di Stadium Malawati Shah Alam Selangor pada 8 Mei 2000. Kereta ini merupakan model pertama yang direka sepenuhnya oleh anak tempatan.
Sebanyak RM1 bilion telah dibelanjakan bagi menjayakan projek ini. Ini kerana model Proton sebelum ini adalah 'rebadge' di mana mereka mengambil model kereta dari jenama Mitsubishi. Mengubahnya untuk menepati citarasa orang kita.
Tambahan pula, Waja menggunakan 95% komponen tempatan. Bukan itu sahaja, ia dikatakan berjaya menjimatkan RM400 juta wang negara dari digunakan untuk mengimport komponen dari luar negara.
Photo from WapCar
Beberapa Fakta Menarik Tentang Proton Waja
Photo from motosport malaysia
Seterusnya ini beberapa fakta menarik tentang kereta tempatan ini:
- Proton membeli hakcipta kereta ini. Tindakan ini menjimatkan mereka sebanyak RM500 juta sepanjang jangka hayat Waja.
- Harga bermula RM58.000 untuk varian asas sehingga RM63,000 untuk varian tertinggi
- Platform Waja diasaskan dari platform kolaborasi diantara Volvo S40 dan Mitsubishi Carisma. Tetapi diubah oleh sebuah agensi kejuruteraan bernama EDAG, ini untuk memastikan kereta lebih selamat dan selesa
- Terdapat khabar angin mengatakan pelan untuk menghasilkan Waja versi diesel. Namun ia dibatalkan kerana faktor tidak sesuai
- Sistem gantungan Waja direka oleh jurutera tempatan yang mendapat pengiktirafan dari anak syarikat Proton - Lotus
Photo from Malay Mail
Mungkin korang suka: