download Jom Explore app
Bergaya Dengan Jersi Bola Melalui Trend 'Blokecore'!

Bergaya Dengan Jersi Bola Melalui Trend 'Blokecore'!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 30 Jun 2023
Digital Editor

Bola sepak merupakan sukan paling popular dalam negara menyebabkan ramai lelaki kerap memakai jersi bola pasukan kegemaran mereka ke mana-mana sahaja sampaikan pergi dating pun pakai jersi bola! Haa.. untuk kaki bola korang tahu tak ada satu trend fesyen yang akan meningkatkan gaya korang walaupun pakai jersi bola je tau, menarik kan?

Trend fesyen merupakan antara aspek paling menarik dalam dunia feysen kerana ia akan sentiasa berubah pada setiap tahun mengikut kitaran musim. Trend fesyen penting kerana ia membentuk cara orang berpakaian dan mencerminkan arus budaya sosial melalui pemakaian.

Walaupun nampak mudah tetapi setiap koleksi yang dikeluarkan akan mempengaruhi bagaimana budaya seni telah berkembang sejak berpuluh tahun.

Trend fesyen juga memberikan gambaran tentang cita rasa dan keutamaan yang sedang berkembang dalam kalangan individu termasuklah trend yang dikenali sebagai blokecore.

Hector Bellerin Pemain Bola Sepak Terkenal Dengan Gaya BlokecorePhoto from Pinterest

Gaya blokecore meraih populariti di platform media sosial kerana ia menggabungkan gaya santai kasual bersama gaya vintage untuk menghasilkan satu gaya unik yang boleh diklasifikasikan sebagai blockcore. Haa.. masih ramai ingin mencuba gaya ini tetapi masih melakukan kesilapan kecil.

Jom min kongsikan bagaimana korang boleh tapau gaya ini dengan mudah dan trend ini sangat sesuai kalau korang kaki bola sepak!

Bermula Dengan Pakaian Vintage Jersi Bola!

Jersi Bola Vintage Asas Kepada Gaya BlokecorePhoto from Pinterest

Trend blokecore mula bermula di United Kingdom di mana istilah 'bloke" merujuk kepada seorang lelaki dalam budaya pub bola sepak England dari tahun 1970 sehingga 1990-an.

Aestetika gaya blokecore jelas kelihatan menggunakan jersi bola sepak vintage sebagai asas untuk membina sebuah gaya kasual santai yang mempunyai suasana nostalgia serta retro daripada tahun 70-an, 80-an dan 90-an.

Haa.. sebab itulah korang kena mula mencari jersi bola vintage yang mempunyai keunikkan tersendiri. Selalunya pakaian vintage sangat berbeza daripada pakaian kontemporari yang dihasilkan pada masak kini. Kalau korang lihat gaya jersi bola kini dan pada tahun sebelum ini, korang sendiri dapat lihat perubahan dalam gaya rekaan.

Selain itu, gaya blokecore tidak memetingkan warna yang khusus. Jadi, korang bolehlah pilih apa-apa sahaja jersi bola asalkan iannya menarik mata dan mempunyai gaya rekaan retro! Lebih menarik kalau jersi tersebut merupakan kelab kegemaran korang dan mempunyai nama pemain kegemaran juga.

Gaya Vintaj Jersi Bola Sepak Mewujudkan Keunikkan TersendiriPhoto from Pinterest

Bukan itu je, pastikan jersi bola yang korang pilih adalah longgar dan tidak ketat supaya asas gaya blockcore dapat dimulakan.

Jangan Lupa Minta Kebenaran Nak Pinjam Jeans Ayah Korang

Gaya Seluar Jeans Midwash Yang Korang Perlu CariPhoto from Pinterest

Haa.. gaya blockcore ini mempunyai uniform khusus yang membuatkan ia rupa 'bloke' berbanding trend-trend yang lain. Selain daripada jersi bola, seluar jeans vintage juga memainkan peranan penting untuk menghasilkan gaya blokecore tau.

Jangan lupa untuk minta kebenaran ayah korang dulu sebelum meminjam seluar jeans mereka yang masih wujud sejak tahun 80-an dan 90-an. Selalunya, seluar jeans yang korang perlu cari adalah seluar jeans vintage yang mempunyai gaya potongan yang berbeza dengan gaya potongan moden pada masa kini.

Korang perlu mencari seluar jeans yang mempunyai gaya potongan straight fit, wide fit ataupun slim fit tetapi untuk menghasilkan gaya yang sedikit unik. Min rekomenkan untuk korang mengambil gaya potongan seluar yang lebih longgar berbanding ketat untuk memberi keseimbangan pada bentuk badan korang.

Selain itu, elakkan warna seluar jeans gelap seperti indigo wash. Sebaliknya, korang boleh pilih seluar jeans berwarna lightwash atau midwash yang mempunyai rupa gaya vintage retro sangat sesuai dengan gaya blokecore.

Kalau Nak Pakai Seluar Slack Pun Boleh Untuk Hasilkan Gaya Sendiri!Photo from Pinterest

Haa.. korang pun boleh melakukan eksperimentasi sendiri dengan padankan jeans lusuh ataupun koyak untuk menghasilkan gaya blockcore unik mengikut gaya personaliti korang. Ataupun, padankan jersi bola bersama seluar slack untuk menghasilkan gaya blokecore yang sedikit formal tetapi masih mengekalkan ciri-ciri gaya itu.

Tidak Semua Kasut Sesuai Dengan Trend Fesyen Ini!

Kasut Retro Sukan Seperti Adidas Samba Penting Dalam Gaya BlokecorePhoto from Pinterest

Apa yang korang perlu faham untuk melengkapkan diri dalam trend ini adalah pemilihan kasut akan melengkapkan gaya blockcore korang ataupun menghancurkan gaya ini sepenuhnya.

Tidak semua jenis kasut bersesuaian dengan trend ini kerana gaya blockcore ini mempunyai sejarah budaya bola sepak, jadi pemilihan kasut yang sangat sinonim dengan gaya bola sepak amatlah penting untuk menghasilkan trend ini.

Kebanyakkan kasut yang dikeluarkan pada masa kini berlari jauh daripada gaya retro vintage yang korang perlu cari tetapi semakin banyak jenama telah mengeluarkan semula model kasut yang wujud pada tahun 70-an sehingga 90-an!

Haa.. antara yang paling popular sekarang ini adalah Adidas Samba! Kasut ikonik daripada jenama terkemuka ini diperkenalkan pada tahun 1950 sebagai kasut bola sepak mendapat populariti sehinggakan ia masih dipakai di luar padang oleh peminatnya.

Gaya rekaan yang klasik membuatkan iannya sesuai untuk dipadankan bersama gaya blockcore korang tau! Selain itu, korang boleh pilih warna klasik seperti putih atau hitam untuk lebih memudahkan kasut ini bersesuaian dengan jersi bola yang mempunyai banyak warna.

Bukan itu je, selain daripada kasut ini. Korang juga boleh memilih kasut sukan dari pelbagai jenama lain yang mempunyai gaya rekaan yang sama seperti Adidas Samba untuk dipadankan ke dalam gaya blockcore korang tau.

Kalau korang merupakan peminat bola sepak, gaya blockcore ini sangat sesuai kerana ia membuatkan jersi bola kegemaran korang lebih bergaya serta membuatkan korang nampak lebih trendy walaupun masih dalam keadaan santai.

Pemilihan Kasut Yang Sesuai Penting Dalam BlokecorePhoto from Pinterest

Gaya yang mudah, senang untuk dipakai menyebabkan gaya blockcore amat popular dalam kalangan orang yang ingin bergaya tanpa merumitkan kepala mereka!

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok