Menguasai Gaya Fesyen Minimalism Tampil Lebih Bergaya
Gaya fesyen minimalism masih menjadi kegilaan ramai orang kerana mempunyai identiti serta nafas sendiri yang sangat berbeza daripada gaya trend fesyen yang lain. Namun, masih ramai orang gagal menguasai gaya ini dengan betul.
Minimalism bukanlah perkara yang baru mahupun hanyalah sebuah trend semata-mata. Iannya sudah wujud sejak beratus tahun dan merangkumi segala aspek dalam bidang seni seperti bangunan, lukisan dan pergerakan.
Maksud gaya ini adalah membuang perkara yang tidak wajar dan simpan hanya perkara yangn memberi nilai dan kegembiraan sebenar pada korang. Gaya fesyennya pula hanya memerlukan sejumlah pakaian kecil.
Cukup untuk memberikan korang kegembiraan berbanding terlebih banyak pakaian. Ia dianggap penting untuk mewujudkan kehidupan yang lebih bahagia dan lebih selesa kerana korang mempunyai jumlah mencukupi.
Oleh itu, walaupun ramai tidak memahami trend ini tetapi masih ramai ingin mencuba untuk mendapatkan gaya minimalism. Selain daripada pakaian yang mencukupi, masih banyak elemen yang korang perlu faham terlebih dahulu.
Photo from Pinterest
Supaya korang dapat menguasai sepenuhnya gaya fesyen ini. Apa kata kita tengok apa antara elemen untuk menguasai gaya fesyen minimalism!
Pemilihan Skema Warna Dengan Betul
Photo from Pinterest
Untuk membina gaya fesyen yang cantik bermula dengan pemilihan warna dengan betul. Warna memainkan peranan penting yang tak ramai perasan tau memberi kesan lebih mendalam kepada keseluruhan gaya korang.
Ramai beranggapan gaya minimalism selalunya mempunyai dua tona warna sahaja iaitu hitam dan putih. Warna akan ditentang sepenuhnya dalam menghasilkan gaya ini. Pemikiran ini sahaja dah salah tau!
Minimalism bukanlah satu warna monokrom sahaja. Korang perlu pandai bermain dengan kombinasi warna supaya tidak lari daripada asas tema gaya ini. Sebaliknya, apa kata belajar tentang kombinasi warna.
Warna tona pastel, earthy, olive masih mengekalkan elemen warna gaya minimalism tetapi memberi korang lebih banyak ruang untuk bereksperimen dan bermain dengan warna untuk tidak menjadi bosan.
Seterusnya, korang juga perlu bijak memilih warna! Ada warna yang kekal menjadi trend sampai bila-bila dan ada warna hanyalah trend semata-mata. Oleh itu, fokus korang adalah memilih skema warna dengan betul sahaja.
Photo from Pinterest
Jangan lupa untuk pastikan warna korang pilih pun seimbang dan tidak berlawanan antara satu sama lain dapat mengelakkan gaya menjadi terlalu bosan serta keras.
Bermain Dengan Tekstur
Photo from PInterest
Selain daripada warna ramai pandang ringan terhadap tekstur pakaian yang korang pilih untuk melengkapkan gaya minimalism. Pemilihan tekstur selain daripada kain kapas sahaja dapat menambah dimensi berbanding warna.
Tekstur yang menarik dan bahan berkualiti dapat membantu korang untuk mencapai siluet yang cantik merupakan asas utama dalam menguasai gaya ini. Haa.. cuba tengok balik kain jenis apa je ada dalam almari korang itu.
Apa kata mula beli kardigan, kain wafel, kain jeans yang berwarna neutral dan lembut sebagai asas untuk elemen ini. Tetapi, kekalkan warna dan bentuk ringkas dengan potongan bersih dan siluet mudah akan mengembangkan gaya fesyen minimalism korang.
Selain itu, jika terdapat tekstur yang menarik perhatian korang. Jadikannya sebagai asas dalam membina pakaian dan tambahkan aksesori atau warna lain sebagai pelengkap seperti jaket, kasut atau tali pinggang!
Photo from Pinterest
Pemilihan tekstur dengan baik dapat mengembangkan gaya korang dengan mudah tanpa memerlukan banyak usaha tau. Secara tak sedar korang dah dapat menguasai satu elemen dalam gaya minimalism.
Perhatikan Trend, Pilih Dengan Betul
Photo from Pinterest
Kitaran fesyen akan sentiasa berjalan tanpa henti dengan memperkenalkan trend baru untuk setiap tahun. Selalunya untuk orang yang kurang memahami tentang dunia fesyen, mereka akan membeli pakaian trendy sahaja.
Tetapi, korang berbeza kerana korang ingin menguasai gaya fesyen tertentu. Oleh itu, korang pun perlu memahami kitaran trend dunia fesyen kerana ia menentukan bagaimana korang adaptasi kepada perubahan.
Walaupun asas gaya minimalism adalah sederhana namun tak salah untuk mencuba bereksperimen dengan trend fesyen setiap tahun supaya tidak terikat dengan satu gaya sahaja. Korang boleh menambah sentuhan moden sebagai contoh.
Selain itu, mungkin korang masukkan trend seluar jeans potongan flare, seluar cargo ataupun kemeja kolar cuban dalam gaya minimalism menjadi sebuah konsep baru. Namun, jangan mencampurkan terlalu banyak tau.
Haa.. ramai silap apabila cuba mencampur terlalu banyak pakaian trendy sehingga hilang kecantikkannya. Untuk korang yang bergaya minimalism ni, pilih satu yang korang suka dan bermain dari situ.
Photo from Pinterest
Matlamat korang adalah untuk adaptasi kepada perubahan dan kekal konsisten tau! Jangan terkejut kalau korang sendiri akan lebih selesa apabila gaya minimalism korang mula berkembang.
Bermain Dengan Athleisure
Photo from Pinterest
Athleisure merupakan salah satu trend yang turut menjadi kegilaan sejak kebelakangan ini kerana menggabungkan banyak cabang fesyen menjadi satu gaya moden. Mungkin korang pernah lihat gaya ini tetapi tidak ketahuinya.
Menjadikan pakaian sukan menjadi kasual dan kadang kala formal dengan menghasilkan pakaian lebih mininmal tanpa membuangkan fungsi utiliti terdapat dalam pakaian sukan. Gabungan hibrid terhasil melalui arus pemodenan dunia fesyen.
Lagipun sejak zaman Covid sudah berlalu semakin ramai gemar memilih pakaian yang lebih selesa daripada praktikal seperti sweatshirt, sweatpants, seluar yoga dan beg tangan ringkas!
Disebabkan itu banyak jenama telah mengeluarkan pakaian seperti ini tetapi menggunakan kain yang lebih moden dan selesa menjadikannya lebih sesuai untuk dipakai di suasana formal dan juga kasual.
Selain itu, kerana gaya ini mempunyai elemen minimalism, tak salah untuk korang menguasai cara pakaian ini dan masukkannya ke dalam gaya harian korang tau. Jangan risau, korang takkan lari jauh daripada identiti minimalism korang tu.
Photo from Pinterest
Paling penting adalah mula dengan pakaian athleisure yang mudah, kemudian barulah korang masukkan yang lain dengan mengekalkan tona warna, siluet sederhana secara konsisten.
Barulah Boleh Menguasai Gaya Minimalism
Haa.. inilah antara elemen penting untuk korang mula memahami sepenuhnya apa itu gaya fesyen minimalism dan menguasai setiap elemenya. Ini semua berfungsi untuk membina gaya korang dengan baik.
Jangan lupa untuk sentiasa bereksperimen dan jangan takut untuk mencuba perkara baru bagi membolehkan korang dapat mengadaptasi kepada perubahan dalam dunia fesyen! Penting untuk tidak kelihatan seperti gaya orang lama.
Mungkin korang suka baca ini:
❤️ Temui Cara Memperbaik Gaya Fesyen Anda: Petua Mencari Penampilan Unik Anda! (jomexplore.io)
❤️ Menemukan Inspirasi dalam Gaya Fesyen Tyler, the Creator Pembangunan Gaya Pribadi yang Unik dan Berani (jomexplore.io)